Resepi Cornflakes Coklat Sempoi

12:00 PTG JunAina 18 Comments


Gigih kerjakan biskut kat rumah. Sebenarnya saya salah menghitung hari, mabuk puasa kot. Sangkanya masih ada dua kali Sabtu sebelum mula bercuti jadinya sambil lewa sahaja siapkan biskut konon masih ada masa. Bila anak bagi tahu hanya lagi seminggu akan balik kampung saya naik angin juga sampaikan dia ambik kalendar dan tunjuk. Masa tu sedang berbaring selepas berbuka puasa terus bangun, duduk dan menung. Kemudain bingkas ke dapur buat biskut. 


Almond London yang dibiarkan bogel buat sementara waktu tetapi sejak dua malam lepas saya gigih celup coklat hasilnya berbalang-balang saya dapat. Teringin? Lihat kat sini. Malam tadi pula saya gigih buat Cornflakes Coklat Sempoi. Kenapa sempoi? Sebab saya hanya gunakan 2 bahan asas utama.



cornflakes coklat sempoi

Hasil kerja keras semalam dapat 3 balang malam nanti mungkin lagi 3 balang tu pun tak cukup lagi kena jadikan 8 balang.


Resepi Cornflakes Coklat Sempoi

Bahan-bahan:

Cornflakes
Coklat bar (belilah kat kedai jual barangan buat kek saya beli yang besar nak lagi sedap beli coklat yang mahal).
Sedikit butter untuk kilatkan coklat (tak ada pun ok ja).


Cara-cara:

Masak air dalam periuk.
Potong coklat kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk berasingan.
Letak magkuk atas periuk, hanya perlukan wap sahaja tak perlu dimasukkan mangkuk ke dalam air.
Masukkan sedikit butter.
Kacau sehingga coklat cair.
Angkat.
Ramas cornflakes sedikit.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
Kacau rata.
Cedok dengan sudu masukkan ke dalam cup.
Hias dengan manik urai.
Masuk ke dalam peti ais sekejap sekadar untuk keraskan coklat.


Mudahkan? Tak perlu oven untuk membakar pun. Anak-anak pun suka. Biasa orang lain buat letak badam dan perasa hazelnut tapi saya tak nak sabotaj raya suami kerana dia tak boleh makan semua tu. Jadi mengalah jelah asal suami pun enjoy biskut mudah saya ini. Satu lagi jimat kos!



You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Resipi sgt senang.. dan sedap.. TQ share resipi.. :)

    BalasPadam
  2. Senang jer nak buat rupanya.. nak buat dengan tak jer sebenarnya kan ;)

    BalasPadam
  3. saya sangat suka biskut yang berasaskan coklat. terliur dibuatnya :)

    BalasPadam
  4. semudah ni?? nak tryy jugakkkk... heeee~

    BalasPadam
  5. mmg sempoiiiii sng kennn hehe

    BalasPadam
  6. Sy x buat konflek ni thun ni kak...leceh nak msukkn 1 1 dlm cup tu..mcm lmbat...takut baby meragam plak nnti....itu kukis thun ni yg senang2 je...hehe..

    BalasPadam
  7. ni mmg bes..igt lagi..lecturer yg kasik resepi nih..tp tak buat jugakkk...igt nati blk kg nak buat cornflakes madu. kalo sempat la..huhu

    BalasPadam
  8. Gigih sguh sis buat kuih raya , ramai jugak la blogger yg update entry psal kuih raya nie . Pyka thun nie main tnjuk2 je . Hee

    BalasPadam
  9. ada orang letak madu kadang2 kan..
    nampak sedap ni!

    BalasPadam
  10. ehhh seronokknyaaa kakkkk!
    elok2 la plak oven buat ragam nak raya ni ...
    sesuai sungguh ngan resepi cornflakes coklat akak ni ...
    klu rajinnn (kalauuuuu) boleh la saya try buat nanti ...
    for sure bukan untuk raya tapi untuk anak2 makan la ni kang ;)

    BalasPadam
  11. Boleh cube la...memg seng...

    BalasPadam
  12. waaa...kacang aje.. nak wat gak la.ihihihi

    BalasPadam
  13. wah.. sng je... kejap lagi nk buat.. thanks sharing.. & salam kenal.. :)

    BalasPadam
  14. Nanti nak try buat jugak le.

    BalasPadam
  15. kak, msa double boiler tu lam coklat tu nk letak susu x?

    BalasPadam
  16. rugi bru baca skrg.....raya haji nnti nk buat la

    BalasPadam
  17. Sebelum ni sy buat rse lemau la, xthu npe.

    BalasPadam