Balik Kampung

6:00 PG JunAina 19 Comments


Kampungku melambai-lambai, ternampak mak tersenyum menyambut kepulangan kami di muka pintu, kakak berlari girang bila mama sampai ke kampung. Segalanya buat saya tak sabar hendak memegang setereng kereta. Insyaallah akan bergerak pukul 9 am. Destinasi tentulah tanah tumpah darah Kampung Pida 2 Sekerat, Arau, Perlis (klasikkan nama kampung saya).


Perjalanan merentasi 500km moga Allah s.w.t lindungi saya dan anak-anak sehingga sampai ke destinasi dan balik semula ke Kajang, jangan tanya kenapa hanya bersama anak-anak kerana setiap orang ada kisah hidupnya sendiri. Kisah yang menjadi rencah masam-manis kehidupan, kalau tak tawar je hidup ye dok. Saya tak mahu sedih-sedih menyambut lebaran, saya nak gembira dengan mak, anak-anak dan keluarga.


Walaupun penat, letih tetapi seribu kepuasan bila dapat tengok wajah mak, cium tangan dan pipinya juga dapat peluk erat-erat anak perempuan nan seorang. Rindu depa dua. Rasa tak sabar nak sampai kampung. Mak mesti masak best-best untuk anak cucu.


Buat semua sahabat maya berhati-hatilah semasa memandu don't sleep and drive! Nak sleep berhentilah di mana-mana Hentian Rehat dan Rawat yang di sediakan dan pastikan juga tempat yang kita nak berhenti tu terjamin keselamatannya. Menjelang musim perayaan ini segalanya mungkin boleh berlaku.



You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Selamat bercuti & selamat hari raya..
    Doa moga selamat perjalanan pergi dan pulang.
    Moga dipermudahkan segala urusan..

    p/s : sgt jeles ok..sy still keje sampai hari rabu...

    BalasPadam
  2. Kak...moga selamat perjalanannya....jauh tu..perlis....
    Sy dah smpi kg da pun....:-)

    BalasPadam
  3. selamat hariraya kak jun yee..,ehHHEe

    BalasPadam
  4. Hati hati di jalan raya okeh!

    Tiada kata secantik bahasa,
    Tiada kad seindah Kad Raya,
    Andai tersalah tingkah dan kata,
    Marilah bermaafan sesama kita.

    SELAMAT HARI RAYA,
    Maaf Zahir Batin.
    Ikhlas penuh kasih, Kak Azie

    BalasPadam
  5. selamat hari raya aina...
    maaf zahir dan batin..

    BalasPadam
  6. selamat hari raya kak..hati-hati

    BalasPadam
  7. hati2 kak
    salam lebaran buat akak sekeluarga

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan Aina

    saya doakan agar selamat dalam perjalanan serta dipermudahkan

    moga ceria didalam keredaanNya

    BalasPadam
  9. Selamat balik kg jun. moga selamat sampai. Jgn sedih2 raya ni. Ceria ceria je selalu. Yg lepas tu jangan dikenang.

    BalasPadam
  10. Hee best nya.. seronok kan kampung jauh2 ni.. baru feel kampung..lagi2 tengok anak2, kemain suka dorang dok kat kampung

    btw Selamat Hari Raya Aidilfitri Dear...
    Semoga bergembira & ceria disamping orang tersayang yer ;)

    BalasPadam
  11. Selamat menemmpuh perjalanan yg jauh kak... Dan selamat berhari raya :)

    BalasPadam
  12. Selamat smpai ke kg halaman..
    Selamat hari raya.. :)

    BalasPadam
  13. June..selamat hari raya. hati-hati dijalanraya.

    kak pun balik ber3 dengan anak2..perjalanan kami dekat 800km tau, hee..
    Kena ingat, Allah bersama kita. Manusia tak mampu beri mudarat kepada kita tanpa izinNYa

    BalasPadam
  14. Semoga selamat sampai kampung....... hati-hati memandu, ingat orang tersayang

    Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  15. Safe journey kak...


    Selamat hari raya
    Maaf zahir batin

    BalasPadam
  16. semoga selamat sampai dan gembira di samping keluarga.. :)

    BalasPadam
  17. Jauhnya perjalan, moga selamat sampai ke destinasi ye ;D

    BalasPadam
  18. tk pa, asal balik kmpung and you happy. bnda lain tolak sebelah dulu..memang semua org ada kisah pahit manis.kalau tidak bukan hidup namanya kan? enjoy yr raya.lapangkan hati. ingat yg di depan mata, yg belakang sana..let them be ...kdg2 kita kena fikir yg kita nak .demi anak2 kan?

    BalasPadam
  19. nnt mai raya kat alor setaq yek.. i blk raya kedua..
    raya ketiga ada kat umah.. raya keempat tak ada..
    raya kelima ada balik.. (raya kelima acu ngan sis haliza nak mai umah)

    BalasPadam