Resepi Satay Ringkas di 4 Syawal
Entri terakhir kisah raya saya kerana esoknya saya akan bertolak balik ke Kajang. Rindu wehhh tinggal seminggu orang tu. Seperti biasa akan ada edisi bakar membakar. Tahun lepas buat siang tapi kali ini pakat-pakat main api belah malam.
Syawal ke-4 Makcik Uji dan adik Eja (tukang jahit saya) pergi pasar beli ayam dan daging. Saya bangun pukul 9am jadi ketinggalan kereta api (bangun subuh tidur balik dan akhirnya mak pulak kejut...perggghhh...). Itupun sebab mak nak ajak pergi rumah kawan dia kalau tak mahu dia biarkan tidur sampai tengahari.
Biasanya kami berbbq sahaja tapi tahun ini Makcik Uji nak buat satay, bakar ikan temenung dan saya beli sosej. Menu simple. Tambahan nasi putih, sup ayam, nasi impit dan kuah kacang. Alhamdulillah semua makan sampai kenyang. Ada yang terkecil hati bagai abaikan sahaja, ini bukanlah majlis besar-besaran cuma makan-makan keluarga, siapa datang bermakna rezeki jadi makanlah. Tiada jemputan secara rasmi.
Resepi Satay Ringkas Makcik sangat senang rupanya bawang putih, bawang merah, serai, halia, lengkuas , garam dan gula sebagai perasa (sesetengah resepi latak jintan). Kisar halus semua bahan dan perap bersama ayam atau daging.
Resepi Satay Ringkas Makcik sangat senang rupanya bawang putih, bawang merah, serai, halia, lengkuas , garam dan gula sebagai perasa (sesetengah resepi latak jintan). Kisar halus semua bahan dan perap bersama ayam atau daging.
Mak ajak saya pergi rumah kawan dia jadi saya bersiap lawa-lawa tinggalkan depa yang sibuk dok siat ayam, potong daging dan siang ikan. Aktiviti balik dari pasar.
Balik bawak mak jalan-jalan sertai depa dok cucuk satay, saya beli sosej budak-budak cucuk sosej pulak. Tiga orang tu anak makcik saya, walaupun dia muda setahun dari saya tapi anak sulung dia dah berumur 16 tahun, anak saya baru 13 tahun.
Malam saya keluar lagi, kakak merengek hp rosak. Dah esoknya mama nak balik Kajang terpaksa jugak penuhi permintaan dia. Mak tok dah pesan jangan beli hp baru tapi hati mak cair sahaja, dah le dak pompuan tu dok jauh-jauh dari mama tak mampu nak tolak permintaan dia. Mula-mula membakar dekat beranda konon nak lepak santai, tau-tau hujan pulak terpaksa lari ke tepi rumah yang berbumbung.
Saja nak tayang-tayang, inilah beranda depan rumah pusaka nenek saya. Sebenarnya yang di depan tu tingkap tapi depa main langkah ja keluar masuk ikut situ, rasanya tak lama lagi jadi pintu kot.
Beraya di kampung memang ada jiwa berbanding raya kat bandar. Jiwa itu lebih kepada mengutip kenangan-kenangan lalu. Meniti zaman anak kecil, remaja dan dewasa. Di setiap fasa pasti ada memori-memori indah raya yang tak mampu kita lupa.
Wah..ada beranda la...seronok duduk ambil angin petang ni
BalasPadamwow satey segala.meriahnyaaaa~
BalasPadamShare resepi ler...
BalasPadamHhuhuhihih
Buat apa pun Aina kalau ramai-ramai tak rasa letihnya tapi seronok yg dirasa, buat kerja sama-sama dah siap makan ramai-ramai- best!
BalasPadamalaaa bestnya cucuk satay beramai2..
BalasPadamlme x mkn satay..nk ckit kak..hee
BalasPadamboleh lah try resepi akak nie untuk bbq kat umah mak acu nanti
BalasPadamcam sedap je :)
Assalamualaikum. salam kenal ye Jun Aina. Terima kasih kerana bertandang ke blog saya.
BalasPadamMemang betul raya dan kampung adalah sinonim.
der jiwakan.. tapi memangpun esp kalau ada opah @ orang tua lagiler syiokkkkkk... sepupu2 berhimpun.. memang meriah.. penat tapi happy..
BalasPadamWah!! sate.... bila kak aina nak ajak we ols plak makan ;)
BalasPadamberanda mcm tu mmg best...kat kampung nenek saya pun ada...tu yg best beraya di kampung kan kak...jiwa tu lain...
BalasPadammeriahnye kak....seronok gitu...ramai2 buat sate..
BalasPadamlieya tertarik ngan beranda tu...mmg cantik...nampak clasic...
ramai ramai buat seronok kan.. kalau sorang2 nak buat ni pengsan.. padahal nak makan nya kejap je.. hahaha..
BalasPadamseronokkan duduk kat kg ada beranda mcm tu...
BalasPadamberkumpul ramai2 mcm benda boleh sembang...
Biasalah tu kita tak buat rumah terbuka mcm yg dibuat oleh orang2 kenamaan. Tapi sesiapa yg datang kita alu2kan. Makan ikut apa yang ada. Kalau ada satay mcm yg Aina buat tu, dapatlah merasa satay.
BalasPadamTak payah sentap2 jika tak dapat jemputan rasmi ..... huhu
Cantik wakaf tepi rumah tu
BalasPadamMeriahnya...yg menarik bila berkumpul mcm2 kenangan zaman kecik2 timbul balik ...betul x?
BalasPadamalahai akak...feveret wawa ni sate...buat ramai-ramai ni bertambah meriah kan
BalasPadamCucuk satay walaupun rempah perapannya simple tp akan jadi sedap kalau makan reramai dan berebutkan JA...
BalasPadammusim raya ni mmg mabuk satey la kan..
BalasPadam