Jemputan Rumah Terbuka Saya
Assalamualaikum.
Tentunya semua sibuk memenuhi undangan rumah terbuka sempena Syawal tahun ini.
Insyaallah. Dengan rendah hati saya ingin menjemput teman-teman datang ke rumah.
Tarikh : 31 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 2-7pm
Bukanlah rumah terbuka beria-ia, hanya jemputan untuk mengeratkan ukhwah yang ada. Berkenal-kenal dengan lebih rapat. Pada yang sudi sila tinggalkan email address untuk butiran lanjut. Asalnya saya hanya menjemput jiran-jiran dan kawan-kawan anak sahaja tetapi saya panjangkan juga pada teman-teman yang setia mengunjungi blog Rider Sejati yang tidak seberapa ini.
Tiada khemah yang dipasang hanya makan bersila di rumah sempit kami, tiada hidangan istimewa juga hanya mungkin secawan teh o dan sepiring biskut tawar sahaja.
Pada saat akhir juga Pak Tuan pula bagitau tidak dapat bersama kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan mungkin dapat berada sekejap sahaja, jiran-jiran sudah dijemput akhirnya majlis mungkin akan berlangsung tanpa kehadiran suami.
Inilah rumah kecik saya tak ada yang berubah, langsir, sofa, perabot dan susun aturnya masih sama. Rumah kecik saya di tingkat dua jadi memang kena panjat tanggalah. Insyaallah 2-3 tahun lagi kita pasang khemah di luar rumah ok.
Salam JunAina...Terima kasih menjemput,mungkin xdpt join sama sbb ada hal yg perlu diuruskn.Semoga ramai yg hadir ya...
BalasPadamTak apa insyaallah lain kali boleh join.
Padamsalam akak....tak dapat pergi la akak..jauh...mesti best kalau dapat join ni
BalasPadamKalau sesat2 kat KL bagitau tak raya pun boleh datang.
Padamthanks akak...insyaAllah
Padamjun, kalau dekat..kak dah memanjat tangga ke tingkat 2 tu :D))
BalasPadamSaya tunggu kak Anim pindah dekat2 lah manalah tahu ada rezeki panjat tangga tingkat 2 nanti.
Padamjelesnya baca jemputan ni...
BalasPadamsabtu dan ahad akak tgh ligat bersilat...
Rezeki tu kak tapi manakan sama masakan akak dengan masakan ceq ni haaa...:)
Padamwow...jemputan menarik ni, umah june kat area mana ye..?
BalasPadamKajang!
PadamRumah Kakcik pun sempit Aina.
BalasPadamTeringin nak datang tapi pd tarikh yg sama kakcik mungkin ke Pahang...
Belum rezeki nak singgah rumah Aina tu kakcik...insyaallah nanti kita makan2 lagi lain kali.
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamErrrr...Sabtu tak free la yang, jumpa bawah pokok hari lain boleh tak?
Boleh2...tak ada masalah...hahaaa...
PadamLain hari pun boleh mai la...malam pun boleh singgah kami simpan laksa. Mau?
Thanks kak Jun....alahai SA byk betul jemputan 31hb nanti....wedding pun byk.. x berani janji nk dtg...
BalasPadamBetul tu banyak majlis 31hb tu.
PadamUdahnya Jumaat saya cuti jadi boleh la start masak2 apa yang patut. Jadi Ahad boleh rehat.
Saya teringin nak pergi..
BalasPadamMaaf..tak dapat hadir...31 Ogos ni saya pulang ke JB hadiri majlis kahwin adik saya ( majlis sebelah lelaki). Moga majlis akak diberkahi Allah...Insya allah
Tak ada rezeki lagi lah DZ...insyaallah lain kali.
PadamKasi la alamat kak.insya allah akn smpi (sbb beraya @ bangi ms tu nnt)
BalasPadamDah email ye dik!
Padamaniesksw@yahoo.com.my
BalasPadamkalau dekat nak jugak saya bertandang, berkenal-kenal dengan kak JunAina..
BalasPadamterus terang saya suka jemputan yang telus begini, ukhwah itu lebih penting dan berharga nilainya. :-)
sedihnya saya sebab 31/8 saya tak balik kl... :(
BalasPadamlangsir hijau CT ado..?
BalasPadamLangsir tu kalau nak tengok kena masuk bilik tido sayalah!
Padamterima kasih krn menjemput ye kak..kalo dkt leh dtg..huhu
BalasPadamaina...tarikh tu ada kenduri dan ada jemputan dari rumah abang kakian buat open house jugak...tak ada rezeki nak beraya rumah aina...
BalasPadamTeringin jugak nk merasa laksa perlis tapi hari tu adik beradik pak tuan kita pulak nk dtg!...
BalasPadamkebetulan umah kawan zura kt kajang pn ada wt open house gk aritu.. kalu dh lama kenal akak blh jerk zura gi..
BalasPadam