Nostalgia Raya Pertama

6:00 PG JunAina 1 Comments


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog Rider Sejati. Syawal ini moga datang dengan seribu kegembiraan dan raikannya dengan penuh kesyukuran.


Teringat hari raya pertama bertahun-tahun dulu, nostalgia zaman budak-budak yang girang bila Ramadhan berlalu pergi bermakna tiada lagi puasa nan tersiksa. Budak apa dia tahu. Perkara pertama mak mesti ingatkan 'Jangan lupa niat mandi sunat hari raya'. Laju-laju mandi dalam kesejukan air telaga depan rumah bawah pokok nyok. Gigil tapi gigih nak pakai baju baru.


Lepas tu ikut mak pergi solat hari raya, wajib sebab nanti AJK Masjid akan bagi duit raya hasil dari sumbangan orang ramai termasuk duit tabung masjid. Biasalah budak-budak mana hendak sembahyangnya lebih main ja, usai solat kanak-kanak berbaris panjanglah. Teruja sangat walaupun hanya dapat Rm2. Masa tu kira banyaklah awal tahun 80an.


Balik masjid apa lagi ukur kampunglah dari satu rumah ke satu rumah kumpul duit raya. Bukan banyak pun satu rumah mungkin dapat 2 kupang paling banyak 5 kupang tapi kumpul-kumpul banyak jugaklah. Hairan sungguh waktu tu tak kenal letih. Keluar pagi petang baru nampak muka kat rumah lepas tu keluar duit raya masing-masing kira siapa paling banyak.


Bila besar sikit dah pandai nak jalan-jalan jauh sikit selalunya pi rumah cikgulah. Kayuh gerek kata orang tempat saya. Gigih kayuh berkilometer semata-mata nak beraya rumah cikgu, nanti boleh eksyen dengan kawan-kawan yang kita dah beraya rumah cikgu. Korang ada? Selalunya konvoi 2-3 oranglah.


Pakai baju baru, kasut baru, mak saya suka belikan subang gayut-gayut bila pakai goyang kiri kanan kalau saya warna biru adik (tukang jahit sayalah) warna pink,boleh makan sakan-sakan, kumpul duit raya tiada apa yang lebih lebih nikmat di tika itu. Syawal berlalu penuh kegembiraan.



You Might Also Like

1 ulasan:

  1. btol akak....kutip duit raya 1 kampung....pastu keje kira je lah duit tu...tak jemu2 kira :)

    BalasPadam