Sihir, Makhluk Halus Dan Kewujudannya
Sejak di kampung lagi badan telah mula terasa lemah, kegirangan beraya setakat 3 hari sahaja lepas tu hati jadi tak tenteram. Masih bertahan sehingga sekarang cuba lawan hati dan perasaan. Baru sahaja keadaan semakin pulih balik kampung kali ini dah terasa balik. Pergi beraya rumah emak saudara di malam hari rupanya depa panggil 'bomoh' untuk ubatkan sepupu perempuan yang sekian lama sakit sekejap hilang kemudian sakit lagi. Tiba-tiba pengsan, kadang-kadang mengeras badannya dengan mata terbeliak. Sudah jenuh berjumpa ustaz baik tak lama menyerang kembali. Badannya semakin lama semakin kurus dan cengkung.
Semua itu di kaitkan dengan ilmu hitam, sihir dan jin yang dihantar katanya. Ustaz ubat macam mana pun akan kembali juga. Sepupu saya banyak amalkan doa dan ayat-ayat Al-Quran tetapi hanya mampu bertahan. Katanya juga akibat dengki, sakit hati dia menjadi mangsa almaklumlah menjadi polis di kawasan luar bandar pulak tu tempat bertugas dia masih ramai yang mengamalkan ilmu sebegitu. Sejak malam itu saya cepat resah, gelisah, sukar tidur. Saya kuatkan hati, lawan juga perasaan tu.
Letih. Sejak saya keguguran bulan Febuari lalu perasaan ini jugaklah yang datang, mengimpit hati, perasaan dan hidup saya. Saya menganggap ianya sebagai kemurungan selepas keguguran almaklumlah selepas 9 tahun saya mengandung lagi tiba-tiba gugur, emosi saya mungkin tidak stabil. Berusaha mengurut serta berubat dengan bidan, saya juga mendapatkan khidmat perubatan secara Islam di Darul Syifa, Bandar Baru Bangi, balik kampung mak pula berusaha secara tradisional. Berbulan-bulan akhirnya semangat saya semakin pulih tetapi sejak malam 'bomoh' itu mengubatkan sepupu saya tiba-tiba saya jadi tidak keruan walaupun saya langsung tidak menjengah ke ruang tamu tempat mereka berubat saya cuma mambatu di dapur.
Kalau saya tahu tak mungkin saya pergi. Menyesal. Percaturan Allah telah tentukan begitu. KehendakNya. Saya tak pasti apa yang saya lalui sekarang kesan dari malam itu atau mungkin juga semangat saya yang tidak kuat. Kat kampung macam-macam ada. Ilmu Allah ada ilmu sesat pun banyak, masih juga ada yang mengamalkan benda-benda pelik sebegitu.
Saya perlu kuat melawan perasaan dan rasa ini. Semakin bertambah umur saya jadi semakin lemah, takut pada benda yang tak pasti. Hanya yang merasa serta melalui tahu perasaan ini, satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
saya tak dapat nak faham sgt kak. saya harap akak kuat untuk menghadapinya. semoga allah berikan kekuatan untuk akak.
BalasPadamSemoga semangat Aina akan pulih semula. Berdoalah kepadaNya.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamluangkan masa ke darul syifa' sekejab. setiap petang sabtu dikhaskan untuk wanita sahaja.
Beberapa hari lepas, daku dituduh bomohkan orang (hantar sihir kenakan orang), kononnya dengan upah RM5 ribu. Cer agak apa perasaan kita dituduh begitu?
kwn sy kena jg.pastu benda tu tetiba jd batu api. melaga2 kami...
BalasPadamtu la kan...memang kat kampung orang tua2 zaman dulu2 kuat membela dan banyak ilmukan...takutla saya dengar...moga kita dijauhi benda2 ni semua...
BalasPadamKuatkan semangat Jun. ..
BalasPadamTak tau nak kata apa...brtullah , baik buruk perlakuan seseorang bergantung pada hatinya. Yang melakukan sihir dan semuanya kerana hati juga.
Kuatkan iman anda, berbanyakkan bermunajat dan berdoa...segalanya dari Allah dan hanya dengan izinNya. Sabarlah menempuh ujian ini...
BalasPadamBerusahalah mencari penawarnya.
kita hanya mampu berikhtiar setakat yang termampu dan selebihnya tawakal dan berserah kepada Allah
BalasPadamHarap2 tak ada apa2 yang buruk berlaku ya. Kena kuat juga
BalasPadamsemoga kuat melawan dugaaan. insyallah
BalasPadamBenda ni senang masuk dlm bdn org yg lemah. pergi jumpa ustaz rashid di darul syifa atau isterinya ustzah baiyah. Mereka pakar. Selmt hr ry jun.
BalasPadameloklah kiranya puan pergi semula ke darul syifa, bangi. dapatkan rawatan semula.
BalasPadamsekadar nasihat ikhlas dari saya.
Tak tau nk komen sebab tak pernah mengalami, apa pun benda benda mcm tu mungkin jugakkan JA...harap awak akan sihat yeh!
BalasPadam