Menu MerdekaRaya Rumah Saya

12:00 PTG JunAina 21 Comments


Berdebar pulak nak terima tetamu Sabtu nanti. Tetamu saya semua VVIP tau, yelah kawan-kawan serta jiran-jiran semua VVIP di hati saya tanpa mereka siapalah saya, itulah pelengkap kehidupan seharian. Tempat berkongsi suka duka, senang susah kalau tak banyak sedikit mesti kita syer jugak.


Sekali lagi saya ingin mengulangi jemputan makan-makan MerdekaRaya di rumah saya pada Sabtu, 31 Ogos 2013. Rumah saya ini di Taman Kajang Utama kalau ada yang sudi silalah singgah nanti. Menu seperti hanya ringkas sahaja. Saya merancang untuk masak Laksa Perlis, Nasi Impit, Gulai Ayam Bersama Rebung Madu, Kuah Kacang, Kek Coklat Kukus. Biskut memang sudah habis kat rumah yang tinggal cuma Almond London, kalau ada hidangan biskut lain bermakna itu biskut beli.


Kenapa saya pilih 31 Ogos 2013? Saya tahu tarikh itu penuh dengan aktiviti rumah terbuka, majlis kahwin dan sibuk perarakan Hari Kemerdekaan jadinya mesti semua orang sibuk memenuhi aktiviti tersebut. Bagi saya hanya inilah tarikh yang sesuai, meraikan kawan-kawan sempena Syawal dan mengambil semangat Hari Kemerdekaan. Sebenarnya bila Cuti Umum jatuh pada hari Sabtu pejabat saya akan tutup pada hari Jumaat kira macam replacement la. Jadi saya ada masa untuk ke pasar pada hari Jumaat dan buat persiapan yang mana patut. Ahad pula saya dapatlah rehat sehari.




Laksa Perlis yang kata seorang blogger nampak pucat tapi sekali try pasti awak nak lagi dan lagi. Kepekatan ikan yang sangat menggoda. Laksa tanpa hiasan dalaman tapi kicap tu tak boleh tinggal okeh...kehkehkehhh...tapi hari Sabtu nanti adalah hiasannya. Orang Perlis makan laksa berulamkan daun selom, timun, bawang dan cabai Melaka (tetiba konpius cabai tu mai dari Melaka ka?).



Ini pula snap dari periuk ja menu entah bila. Gulai Ayam Bersama Rebung Madu (tempat saya panggil rendang sebab kuah pekat cuma resepi ini menggunakan remaph kari ayam, bahan-bahan lain sama sahaja seperti masak rendang, cili diganti dengan rempah), Sabtu nanti boleh gu dengan Nasi Impit kalau saya rajin sikit mungkin akan buat pulut lemak jugak boleh makan dengan gulai nak berketupat palas bagai rasanya tak kot.


Tergoda tak tengok menu? Kalau semua tu tak ada kita minum teh 'o' dan biskut 4 segi jelah ye. Saya bukan tukang masak hebat tapinya saya akan cuba memasak dengan penuh kasih sayang untuk hidangan buat kawan-kawan cewwaaahhhh... Sebenarnya saya tak nak publish no telefon di sini tapinya saya takut kawan-kawan tiba-tiba sabtu tu terlalu di Kajang dan terasa nak singgah pula. Sila ambil no telefon ini laju-laju 017-3022257. Saya bila di rumah jarang buka blog, FB pun kadang-kadang sahaja.



You Might Also Like

21 ulasan:

  1. sy buat juga 31hb ni..hehe..

    BalasPadam
  2. wah sedapnya menu merdeka raya..insyaAllah. terima kasih dgn jemputan raya .

    BalasPadam
  3. Memang sangat tergoda...tapi apakan daya...

    :(

    BalasPadam
  4. maunya tak tergoda! cair air liur akak Aina!
    jeles betul, tak dpt makan gulai ayam ngan rebung madu tu huhu...Sabtu Ahad akak penuh ngan catering...arini pun catering gak, masak utk Subang Jaya..baru nak lurus pinggang jap ni...

    jeles...jeles..

    BalasPadam
  5. mesti sedap laksa tu kann aina..rugi la kakain tak dpt dtg..ada byk jemputan...semua area shah alam je..

    BalasPadam
  6. Takda la jauh sangat. Saya duduk serdang. Nampak sedap je menu tu kak. Hehe

    BalasPadam
  7. mmmm sedap nyerrrr.. nak p xleh sebab jauh ^_^

    BalasPadam
  8. saya baru pekena laksa kola.of course kena tmbah kicap bru trangkat.and cabai melaka sekali la...adui trpepak cabai.keluaq ayaq mata Aina oi..

    BalasPadam
  9. tepon pink tu termasuk dalam menu sekali ke.. kiki..

    email no tepon kat aanas.569@gmail.com
    sat lagi takut sesat takdak sapa nak kontek..

    BalasPadam
  10. Ala kalau dekat sure farah buat muka tak malu p umh akak..hehehe ;p

    BalasPadam
  11. teringin nak singgah tp MALU sgt.. kompom akak xkenal sy kann.. huhu

    BalasPadam
  12. tergoda dengan semua menu..tapi tule, esoknya 1 sept tu hari sekolah kat sp ni, huhu..

    BalasPadam
  13. nak jugak beraya umah akak tapi takde kat KL la pulok. out station ikut hubby..

    BalasPadam
  14. sedapnya akak...wawa pernah makan sekali ja laksa perlis...sedap bangat...makan kat kedai nat pokok getah...member bawak pi situ

    BalasPadam
  15. Wah boleh singgah ni kalau tak malu hehe.....area mana tu JA....

    BalasPadam
  16. terima kasih menjemput aina

    BalasPadam
  17. meriah nye menu open house akak!!..

    BalasPadam
  18. Kalo dkt kompom sy terjah nih..hahaha

    BalasPadam