Jodoh Penuh Debaran

9:44 PG JunAina 16 Comments


Syawal masih meriah. Ramadhan yang berlalu masih berbekas kuat di hati, berkat Ramadhan bertali arus sehingga kini. Alhamdulillah.


Jodoh pertemuan di tangan Allah tetapi sebagai hambanya kita sepatutnya berusaha kearah itu bukan hanya berserah kepada takdir semata. Setelah berusaha bertawakkallah moga Allah mempermudahkan segalanya.


Kali ini mungkin Allah telah memakbulkan doa mak yang satu ini, juga mungkin doa saya sebagai adik setiap kali sujud sunat di hening malam tentunya doa mak lebih mustajab.


Setakat ini telah ada perkembangan positif kedua belah pihak. Angah berubah kearah yang lebih positif kerana mungkin sudah ada hala tuju dan tanggungjawab yang bakal di galas. Selama ini tanggungjawab hanya pada mak tak lama lagi mungkin akan lebih dari itu.


Mak senyum sakan-sakan sejak Syawal ini. Kami adik beradik sibuk dah dok plan macam-macam. Kenduri kahwin terakhir rumah mak pun 12 tahun yang lepas masa raikan perkahwinan tukang jahit sayalah. Semua orang tak sabar. Almaklumlah lama sangat dok tunggu hati si Angah terbuka untuk seorang perempuan.


Doa yang terbaik buat depa dua semoga adalah jodoh depa, tak ada masalah besar yang melanda.



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. alhamdulillah...moga brjalan dgn lancar ~

    BalasPadam
  2. inshallah..kalau ada jodoh tak ke mana..semoga angah bertemu jodohnya

    BalasPadam
  3. Moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNYA..

    BalasPadam
  4. As-salam Aina..

    Alhamdulillah.. semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan.. semoga segalanya akan berjalan lancar nanti..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..terbuka juga hatinya..moga berbahagia hingga ke akhir nyawa..amin..

    BalasPadam
  6. insyaallah.. jika mmg jodoh.. xkan kemana.. :)

    BalasPadam
  7. Salam Syawal Aina

    Ameeennn...
    Insyaallah dipermudahkan

    BalasPadam
  8. alhamdulillah sampai jodoh jgk kan...semoga berkekalan...

    BalasPadam
  9. Tahniah untuk adik. Smoga urusan berjalan dgn lancar dan dipermudahkan olehNYA.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah akhirnya terbuka hati angah utk berumahtangga.

    Bila nak adakan majlis perkahwinannya tu Aina?

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. bertemu jodohnya...

    BalasPadam
  12. Amin... doa dimakbulkan. Semoga bahagia!

    BalasPadam
  13. Ya Allah Aina kakak rasa Mak lagilah gembiranya tak terkata. Yelah dah 41 tahun manakala adik-adik semuanya dah ramai anak memang tepatlah masanya. Indahnya peraturan Allah tanpa di duga, jalinan di hari raya ye Aina:)

    BalasPadam
  14. wah! ada kenduri kawin. best2!

    BalasPadam
  15. Syukurrrr....dengan pompuan yg hati tu ke JA?

    BalasPadam
  16. insha allah, semoga dipermudahkan segala urusan...

    BalasPadam