Pembuka Selera Syawal 1434 H

12:07 PTG JunAina 30 Comments

gambar raya
Mak dan anak-anak perempuan di pagi raya.

Syukur alhamdulillah selepas sebulan kita berpuasa dan bekerja keras mengejar pahala berganda Allah telah menganugerahkan Syawal sebagai ganjaran kesungguhan untuk diraikan. Syawal 1434 Hijrah tetap diraikan dengan penuh gembira dalam kesederhanaan.


Tahun ini mak tersenyum puas bila enam orang anak-anaknya dapat berhari raya bersama, biasanya adik perempuan akan bergilir beraya di Kelantan sebelah suaminya dan tahun ini giliran beraya di Perlis.


Kali ini tahun pertama kami beraya tanpa tok yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lepas tetapi rumah pusaka peninggalannya tetap meriah dengan anak dan cucu. Semua berkumpul di pagi raya di rumah pusaka yang didiami anak paling bungsu. Juadah tetap tersedia seperti sediakala.


Tahun ini juga jangan tak tau saya buat ketupat palas sendiri sebab kesiankan mak yang bertungkus lumus siapkan ketupat. Kalau ikutkan hati hendak saya saya tunjuk-tunjuk dan bayar sahaja di pasar tetapi kehendak mak nak anak-anak merasa air tangannya sendiri.



Abang beraya dengan mama, sebulan berpuasa dia banyak membantu menyediakan juadah berbuka setiap hari walaupun hanya dibeli. Bila mama dan abanh balik kerja siap masak nasi, buat air dan hidangkan juadah berbuka. Biskut raya pun abang yang tolong mama buat.



Mama dan anak-anak, permata hati, siulam jantung.

Beginilah saban tahun, tanpa edisi bergambar sekeluarga yang bersungguh-seungguh. Ada sahaja terkurangnya sejap abang tak ada, kejap kak hilang kejap-kejap lagi adik pula entah ke mana, almaklumlah sepupu-sepapatnya ramai ada sahaja aktivitinya. Memang tak akan ada sesi bergambar dengan sempurna.


Entah bila juga raya saya akan sempurna. Saya tersenyum tetapi di hati saya juga menangisi kekurangan yang ada tetapi saya tetap redha. Suatu hari masanya akan tiba juga kerana perancangan Allah lebih hebat dari perancangan kita sebagai hambanya.



Gambar yang paling saya suka. Raya cara kampung sambil duduk di beranda (kata orang tempat sayalah). Sebenarnya beranda tu bersambung dengan rumah batu tetapi tetap ada sentimental value yang tersendiri. Port lepak-lepak sampai pagi.



You Might Also Like

30 ulasan:

  1. Bila kita rasa kita ada kekurangan, ingatlah ada orang lain yang berganda kekurangannya... (hehehe... kakcik pandai taip je ni...)

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kakcik... Ni pun dah kira syukur sesangat walaupun tak sempurna anak2 dan mak tetap ada disisi, kiranya ada pro & kontralah.

      Padam
  2. Seronokkan raya dapat berkumpul semua adik bradik wpun orng tua dah takder...pandainya akak buat ketupat..jeles tgk..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan pandai sgt pun mak siap 3 biji akak siap sebijik ahahaaaa...

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    Ohhhhh sangat tenteram lepak2 di situ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom...jalan2 Perelih kita lepak2 sakan2 sambil minum kopi ditemani hembusan bayu sawah...cewaaahhhh...

      Padam
  4. Sedapnya ketupat palas..
    Susah nak cari, sebab beraya di rumah family saya di Johor, takde yg buat...sebelah mertua di N9 pun, takde yg buat..

    Nak bergambar seisi keluarga yg besar mmg cabaran :) Tips nya, pagi2 raya, usai solat raya, cepat2 kumpulkan ahli keluarga..before masing2 sibuk dgn agenda tersendiri..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap DZ, nanti kalau ada rezeki dan ahkak rajin boleh buat makan2 kat rumah Dato'.

      Padam
  5. seronoknya raya...
    macam-macam citer ada...
    perancangan Allah kita tak tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...raya mana2 pun best.

      Saya redza sahaja dengan ketentuan Ilahi. Ada hikmahnya tu.

      Padam
  6. apapun mmg seronok bila raya ni kan !

    BalasPadam
  7. tajuk pembuka selerakan.. ingatkan ada gambar rendang ketupatker!!! muka adik beradik samaler...

    BalasPadam
  8. rumah nenek saya dah tak ada beranda! tak best! hahaha.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah...meriah juga raye akak lieya bace ni...yg penting dpt bersama dgn yg tersayang kan kak....

    terra gakakak buat ketupat palas tuh....sedap tol mkn ngan rendang...cume lieya kat johor mmg ketupat nasi jek laa jumpe....

    BalasPadam
  10. selamat hari raya kak...:)
    jauhnya kg akak...nun diutara ye...sy pun panggil beranda kak...

    BalasPadam
  11. Meriahnya dpt berkumpul beramai2 dengan adik beradikkan..

    Wahh wat ketupat palas gak yer.. sedap tuh.. cicah ngan rendang.. :)

    BalasPadam
  12. Wah meriahlah semua dapat balik beraya tahun ni.

    Aina kali pertama ke buat ketupat palas sendiri? Kami pun ini kali pertama buat ketupat palas sendiri. Sebelum ini arwah emak saya yang buat. Saya tolong2 aje. Nasib baik menjadi w/pun first time ..... ngeeee

    BalasPadam
  13. dapat kumpul ramai-ramai..seronok beraya kan

    BalasPadam
  14. bg akak yg penting masa raya semua anak2 ada depan mata....itu jer la penglipur lara yg ada sebelum memasing memulakan kehidupan memasing suatu hari nanti...kan aina?

    BalasPadam
  15. Salam Aina
    Bila hariraya saat berkumpul
    Semua adik beradik mmg saat yg dinanti2kan...
    Bukan selalu kan dapat bertemu..
    Jika tiada kematian, perkahwinan dan musim perayaan... Tak dalah nak bertemu sesaja...

    BalasPadam
  16. raya tahun depan nak tumpang beraya kat kampung junaina lah! meriah je rasa. saya boleh tolong balut ketupat palas...tak payah tunjuk2 bayar lagi..ekekeke

    BalasPadam
  17. ketupat palas, ummi suka sangat.
    Best kan JunAina..dapat beraya dikampung, meriah jadinya bila semua berkumpul.

    BalasPadam
  18. Seronok beraya dengan anak2 kan kak..Muka akak adik beradik semua dan mak hampir seiras..

    BalasPadam
  19. Weyy bila ntah dapat beraya kat kampung yang ada beranda camtuh! Rindu la sangat....!

    BalasPadam
  20. beranda tu buat port berkelah pon best tu hehe

    BalasPadam
  21. Susana kampung memang tak sama dgn di bandar Aina. Tambah lagi suasana masak-masak sendiri yg pastinya memerlukan kerjasama. Semua ini yg buat mak gembira sebenarnya...

    BalasPadam
  22. Gambar mencerikan segala-galanya...kemeriahan yg menjadi kenangan, semoga bertemu kembali di tahun hadapan.

    BalasPadam
  23. Emak confirm suka bila semua anak anak dapat berkumpul....
    Nape tak ambik peluang bergambar sefamily JA... rugi tau! hehe

    BalasPadam
  24. 'beranda' tu kitorang panggil wakaf...

    BalasPadam