Market Value Rumah Meningkat

11:55 PG JunAina 21 Comments


Bulan November genap setahun urusan membeli rumah kami di Taman Taming Impian. Alhamdulillah semu a urusan jual beli berlangsung dengan baik walaupun proses pinjaman sedikit memakan masa di mana akhirnya bank yang sudi bagi adalah bank tempat tiap-tiap bulan gaji saya dimasukkan. Sebenarnya saya tak cuba dibanyak bank pun cuma 3 sahaja tu pun dah rasa penat. Allah s.w.t permudahkan urusan dari berjumpa agen (adik tuan rumah saya agak sebab Sir namenya sama) sehinggalah urusan dengan peguam semuanya very smooth. Saya bersyukur sangat sebab mendapat perkhidmatan dari sayarikat guaman yang sangat efisyen dan banyak membantu dalam urusan jual beli dan pada akhirnya penjual turut menggunakan peguam yang sama. Pegawai bank tempat saya uruskan pinjaman suggestkan saya guna khidmat syarikat guaman ini dan ini adalah pilihan yang terbaik!




Saya pernah bercerita di banyak entri di blog saya termasuk Panduan Membel  Rumah, Tip Membeli Rumah, Catatan Kenangan Impian Kami Sama, Impian Kami Sama Jumpa Peguam Untuk Urusan Seterusnya dan Rumah Baru Kami. Itulah antara kisah perjalanan yang memberi satu pengalaman baru kepada saya dalam urusan pembelian rumah memandangkan suami menyerahkan segala urusan pada saya. Lagipun inikan rumah saya!


Saya sangat beruntung kerana dapat membeli rumah tersebut dengan harga kurang dari Rm300k. Alhamdulillah. Mengikut harga kebanyakan rumah kawasan tersebut yang diikalankan adalah lebih Rm300k. Dalam masa 4 bulan dari tarikh saya membeli saya sudah boleh menjual rumah tersebut dengan harga tambahan  sebanyak 50k dari harga asal. Saya beli bukan nak invest tapi untuk duduk jadi nilai tersebut saya letak ke tepi.


Semalam saya intai-intai market value untuk rumah sekitar Taman Taming Impian yang diiklankan di internet. Gosok-gosok mata saya tengok, kalau saya tak grab rumah tu tahun lepas memang saya tak mampu lah nak beli tahun ini. Itulah di namakan rezeki. Rumah kalau naik sekitar Kajang sekarang memang tak ada yang murah lagi. Kajang 2 juga sudah tiada pembinaan rumah teres cuma yang ada semi-d dan super link yang berharga Rm750k dan ke atas. Gulp!



Tengok tu harga rumah semua melebihi Rm300k di taman perumahan yang sama, ada satu rumah tu saya tak dapat nak upload gambarnya Rm380k dan terjual pulak tu tapi mungkin yang tanah belakangnya ada 10 kaki kot rumah saya cuma ada 5 kaki tapi orang masih sanggup beli. Iklan penuh boleh tengok kat sini.




You Might Also Like

21 ulasan:

  1. salam Juneaina...gitulah value rumah klu kat bandar2 bsr...Klu kat taman2 yg kat luar bandar ni..masih murah lg.Mana yg tak mampu..trpaksa la menyewa hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  2. dah boleh pindah masuk rumah baru ke Aina

    BalasPadam
  3. bestnya rumah baru..beli rumah ni kalau tak byk ragam tu yg tak sakit hati. sy beli rumah yg dah nak hampir siap sampai dpt kunci mkn 9 bln jugak. tapi puas hati, alhamdulillah ada jugak rumah utk berteduh.

    BalasPadam
  4. Junaina..bertuah Jun dapat harga tu, memang harga rumah betul2 mahal sekarang kan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah urusan selesai yer. masuk rumah baru sememangnya teruja lah.

    BalasPadam
  6. Rumah sy kat Puncak Alam tu ms kami beli dulu, bwh RM200k. Skg ni seme up to RM200k. Rate sewa pun tgi sbb dkt dgn U. Tak lama g, Tesco siap...lagi naik market value. Phewww!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah yang penting dah ada rumah baru..Sekarang ni kira beruntung dapat beli rumah kan kak..

    BalasPadam
  8. Aina..
    Kajang 2 tu mmg cantik lokasinya. Cuma harganya dekat jutaan ringgit...
    Nanti akan ada stesen besar dekat2 situ. Makin naiklah harga rumah di kawasan kita.

    BalasPadam
  9. Memang mahai rumah la ni.... untung sapa beli dulu2..

    BalasPadam
  10. memang betul...rumah sekarang harga sgt2 tinggi...untung beli awal...nasib lambat kenal dgn jun...kalau tak..boleh refer panduan2 jual beli rumah tu....sudah nasib sy kut..sangat penat dengan urusan beli rumah..beli 3 bulan sebelum kawin...tapi hampir 2 tahun duk menumpang umah mak..baru dapat masuk duduk umah sendiri..gara2 procedure pihak guaman dan pejabat tanah..sangat penat!

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan sis ye..best kalau dh ada hartanah sendiri ni..

    BalasPadam
  12. Alhamdullilah, akak dah ada rumah nama akak sendiri...:)
    So rumah atas nama suami, di sewakan ke?
    Rumah di Klang Valley, Penang, JB..mmg mencanak canak naik harga..beli lah cepat cepat..

    BalasPadam
  13. Sekarang ni memang harga rumah melambung tinggi..kesian tgk anak2 muda yang semakin sukar untuk memiliki rumah sendiri..

    BalasPadam
  14. hbeslah sya kena korek duit tabung cmni nk beli rumah dlm bbrpa thn lg.msti lg cepat naik T_T

    BalasPadam
  15. Gulp, telan ailior tengok harga. Memang bagus beli umah awal2, aset, sangat berguna untuk kemudian hari.

    BalasPadam
  16. Harga rumah bawak 300k dah tentunya dlm 250k kan JA.....memang mahal mahal rumah sekarang nikan...

    BalasPadam
  17. bertuah akak dpt harga tu sbb rumah pon makin mahal... untung kak dah ada rumah sendiri..

    BalasPadam
  18. alhamdulillah..impian terlaksana
    nampak cantik la umah kat pic tu kak
    umah dulu agak murah, skarang bertingkat ganda harganya

    BalasPadam
  19. seronoknya dah ada rumah sendiri, sy wlpn duk rumah sendiri tp riso tanah tu tanah pajakan... aduhai kena cari rumah jugak ni...

    BalasPadam
  20. smlm usha2 la tgk rege rumah area sini...mmm tok sah ckp laaa.... rm12 juta pon ada kak... plg murah RM89K...nun duduk ats kayangan...

    BalasPadam
  21. Betul akak.. harga rumah skrg mmg semakin mahal tambah2 pulak kat area sana..bertuah akak dpt beli sblm hrga melonjak naik kan..

    BalasPadam