Resepi Nasi Ulam dan Asam Pedas Keladi Perlis
Kalau penduduk di Pantai Timur Terkenal dengan Nasi Kerabu di utara pula terkenal dengan Nasi Ulam. Cara hidangan agak berbeza bagi kedua jenis nasi ini. Sebahagian bahan asas tetap sama. Nasi Kerabu sangat mudah di dapati walaupun di Kuala Lumpur dijual di mana-mana gerai sarapan tetapi Nasi Ulam sangat jarang dapat dilihat. Kebiasaannya hanya dijual ketika hadirnya Ramadhan, itupun sangat terhad bilangan penjualnya.
Bahan asanya adalah nasi, putih, ulam-ulaman dan kerisik. Lagi banyak jenis ulam yang di masukkan lagi beraroma nasi ulam tersebut bermakna semakin sedap. Daun
sekentut antara ulam wajib yang perlu ada kerana aromanya. Kenapa di panggil daun sekentut? Cubalah anda ambil daunnya koyakkan sedikit dan hidu pasti anda akan dapat jawapannya.
Resepi Nasi Ulam
Bahan-bahan:
Nasi putih
Ulam-ulaman (lagi banyak jenis ulamnya lagi sedap-beluntas, sekentut, ulam raja, kaduk, mengkudu, tenggek burung, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain yang ada sekeliling rumah)
Kerisik
Bawang
Serai
Lengkuas
Lada (tumbuk halus)
Garam
Ikan kering
Cara:
1. Semua ulam dihiris halus.
2. Bawang, serai dan lengkuas ditumbuk halus (ada sebahagian tempat hanya mayang sahaja).
3. Masukkan nasi ke dalam mangkuk gaul bersama kerisik, lada dan bahan tumbuk.
4. Masukkan ulam-ulaman, gaul rata akhir sekali masukkan ikan kering yang di carikkan mejadi kecil. Paling senang guna isi ikan talang (garam ikut kesesuaian).
Biasanya di hidangkan bersama Asam Pedas Keladi tetapi resepinya agak berlainan dari asam pedas kawasan selatan tanahair. Sangat mudah untuk memasaknya.
Resepi Asam Pedas Keladi
Batang keladi
Sedikit cili kering (boleh diganti dengan serbuk cili tambah serbuk kari)
Asam keping
Bawang merah (di tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)
Daun kesom
Beras yang digoreng sehingga sedikit kekuningan serta wangi dan ditumbuk (sedikit sahaja fungsinya untuk memekatkan kuah dan kuah akan wangi dari beras goreng)
Isi ikan yang di rebus dan tumbuk halus (biasanya ikan kembung putih atau nama lain pelaling kadang-kadang saya tak masukkan pun)
Air
Cara-cara :
1. Siang keladi dengan membuang kuli bahagaian luar jangan dikupas pulak tapi siat je dari bahagian bawah tarik ke atas.
2. Rebus keladi dan tos
3. Didihkan air masukkan bawang merah, asam keping, isi ikan rebus dan serbuk beras didihkan perlahan-lahan.
4. Masukkan keladi, lada hitam dan daum kesum biar mendidih sekejap dan tutup api.
* Saya kalau buat asam pedas cara utara ni main lebur sahaja rempah dicampur dengan serbuk cili. Kadang-kadang ada orang panggil
Asam Rebus.
Puasa terakhir yang lalu bapa saudara minta Makcik Uji buatkan nasi ulam, tiap-tiap tahun tok akan buat tapi tahun ini terpaksalah makan air tangan orang lain pulak. Nak membeli di Bazar Ramadhan semua peniaga dah tutup kedai masing-masing sibuk dengan persiapan raya.
12 Rider Beraksi: