Rendang Udang & Spaghetti Sardin

8:29 PG JunAina 19 Comments


Sabtu cuti sekolah ganti untuk anak-anak bersekali dengan jamuan majlis hari raya. Abang minta buatkan Kek Coklat Kukus, masa kakak nak balik kampung mama buatkan juga dah rezeki kawan-kawan sekolah dia kerana bila sampai kampung rupanya hari tu sekolah buat jamuan raya yang ada pun kek tu sahajalah.  Mak tok potong-potong terus bawak ke sekolah. Kali ini abang minta buatkan untuk kawan-kawan dia jadi buat extra untuk adik juga.


kek coklat kukus

Bertungkus lumus buat Kek Kukus Coklat ini sampai pukul 1am, pukul 5 bangun letak topping pulak. Rezeki anak-anak dan kawan sekolah dia orang, juga saya jadikan buah tangan buat Dato' dan Datin. Rupanya Dato' selain suka durian coklat juga jadi kegemarannya. Resepi mudah serta ringkas yang penting sedap. Nanti saya kongsi. Saya kukus terus dalam bekas macam tu senang nak makan keluar satu-satu nak jadikan buah tangan ambik sahaja sebekas.


Usai uruskan anak ke sekolah kami suami isteri bersiap untuk ke rumah Dato' Abdullah Al-Hadi, lama rasanya sudah tak menjengah ke Musolla Ehsan. Dato' awal lagi sudah sms beri tahu teman-teman lain sudah sampai tetapi kami lewat sikitlah uruskan anak-anak dulu. Bila sampai Anyss dan Bujal sudah pun balik. Kebetulan juga rezeki kami berjumpa dengan anak saudara Dato' iaitu Prof. Kamal dan isteri.



Hidangan air tangan Datin. Saya dapatlah merasa Rendang Udang yang sedap tu lepaslah kempunan dok mengintai Rendang Udang Kak Ina. Lemang pun sedap lembut ja, lemak.



Sambil makan kami berborak. Pak Tuan dan Dato' dah lama kenal jadinya banyak cerita yang nak dikongsi. Baju putih dan tudung ungu tu suami isteri anak saudara Dato'.


Datin sedang menunggu saudaranya datang dari Singapura dan tunggu kami suami isteri jugaklah. Dapatlah kami merasa air tangan Datin, Nasi Minyak dan Rendang Udang memang sangat sedap. Ada lemang, serunding, ayam bakar dan ikan tuka bakar. Alhamdulillah rezeki.


Kemudian kami beransur pulang tapi kalau ikutkan Dato' dan  Datin memang panjang lagi ceritanya tetapi kami perlu memenuhi undangan di Shah Alam pula. Terbayang-bayang kelazatan Spaghetti Sardin yang pernah saya rasa satu ketika dulu. Terus ke Shah Alam, dapat jemputan dari blogger Kak Yan. Makan yang di hidangkan sedap sangat. Kek-kek yang pelbagai memang buat mulut saya tak berhenti mengunyah. Saya gila kek!


spaghetti sardin, majlis raya. open house


Dua gambar kat atas saya cilok dari blog Kakcik. Bertiga tu saya memang dah lama kenal Acu, Kak Ida dan Kakcik tentu-tentulah tuan rumah tu jugak. Dell pertama kali jumpa ramah sangat, insyaallah panjang umur jumpa lagi ye. Tak lama lagi dah nak balik ke Mesir pun, anak perempuan dia dah rupa anak Arab!



Hidangan yang buat mulut saya mengunyah tanpa henti. Seorang yang gila kek dan dessert tak akan pernah menolak bila dihidangkan semua ini! Air tangan ChefCiJu. Satu lagi air dengan dedaun mint tu memang sangat menghilangkan dahaga. Saya suka!


Memenuhi jemputan mengeratkan ukhwah, bukan hanya datang makan-makan dan balik tanpa tujuan. Insyaallah moga Allah memurahkan rezeki buat tuan rumah, jangan serik jemput kami lagi.




You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Patutlah kakcik macam kenal je gambo spaghetti tu...hehehe...

    Bila nak buatkan kek coklat untuk kakcik pulak? :)

    BalasPadam
  2. dh lama tak buat kek coklat....adehhhh ~ cm mana nk diet nie bila teringin nk mkn mcm2

    BalasPadam
  3. rendang udang...????? tak pernah makan....sy suka udang....kalau rendang ayam dah mmg sedap...rendang udang mestilah lagi sedap ni......ishhhhh

    BalasPadam
  4. wow bestnya ..gathering raya.

    BalasPadam
  5. wahhh sedapnya mcm2 ada..lapau la plak pepagi nih :)

    BalasPadam
  6. pertemuan yg seronok ni kak..sambil makan2 mcm2 menu lazat dpt berbual mesra kan...mengeratkan lagi silaturahim.....

    rendang udang lieya tak penah mkn...mesti sedap tu, lagi2 kalo udang galah....

    BalasPadam
  7. Sedapnyaa tgk kek coklat kukus tuh bagus gak buat cara gitu kan..

    Seronok jlan2 ke rumah terbuka blogger yer aina makan pun sedap2.. :)

    BalasPadam
  8. Maacam sedap je bunyi rendang udang tu.. Belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  9. Kalau ke rumah Yan yg pasti mesti makanan terhidang sedap belaka sebab rumah dia ada specialist masakan Chef CiJu..

    BalasPadam
  10. semua berbunyi sedap.. kruk kruk perut saya.. hahaha..

    BalasPadam
  11. Ya saya bermiant sangat dengan resepi kek coklat kukus tu... *menanti dengan penuh kesabaran*

    BalasPadam
  12. kek kukus ni sedap sebenarnya...memang berhajat nak buat juga...
    best makan-makan...

    BalasPadam
  13. wah padat aktiviti makan2 yer

    BalasPadam
  14. akak...kek tu nampak sedap sangat...banyak menu...rendang udang...1st time dengar ni akak

    BalasPadam
  15. Penggemar kek rupanya....kira sehari tu mmg beropen houselah yeh JA....kenyanglah perut sampai ke malam yeh....

    BalasPadam
  16. kek coklat tu nmpk moist sgt !!!!

    BalasPadam
  17. Wah, banyak aktiviti makan2. Seronoknya. Asalkan namanya udang, masak apapun saya suka. Begitu jugaklah dgn spaghetti. Masalahnya tau makan aje, masak ala-ala kadar je.

    BalasPadam