Anak Lambat Belajar

11:36 PG JunAina 36 Comments


Hari ini bermula Peperiksaan Akhir Tahun bagi adik dan abang, seorang di sekolah rendah seorang di sekolah menengah. Anak-anak rileks sahaja, tengok tv, main game dan bila petang main bola kat padang mau adik maupun abang sama sahaja perangainya. Sebagai ibubapa tentunya kita mahukan yang terbaik buat mereka, jadinya tak berhenti jugalah mulut bercakap tetapi anak begitulah juga suka ambil ringan setiap perkara.


Adik merupakan kategori anak lambat belajar. Mula membaca sepenuhnya bila berada di Tahun 3 tetapi tahap pemahamannya masih lemah. Setiap butir bicara kita adalah perlu kepada penjelasan yang lebih terperinci, begitu juga bila dia membaca penerangan yang lebih dalam adalah perlu. Tulisan juga sangat-sangat perlu di perbaiki.


Semasa ketiadaan penjaga selama seminggu setiap pagi saya akan meletakkan nota di atas meja sebagai pesanan kepada adik dan abang supaya mereka tidak leka apabila berada di rumah. Biasanya saya akan meletakkan dalam bentuk angka. Contohnya:

1. Rm5-belanja sekolah abang, Rm3 belanja sekolah adik, Rm 7 potong rambut adik, Rm5 sarapan (contoh perbelanjaan)
2. Jangan buli adik (ditujukan buat abang).
3. Jangan bergaduh dengan abang (ditujukan buat adik).
4. Jangan ponteng sekolah.


Jumaat saya berkerja separuh hari dan saya sangat tersentuh bila balik kerja terdapat satu nota tulisan tangan adik berbunyi 'Kenapa mama tiap-tiap hari tulis pesanan jangan ponteng sekolah?'. Walaupun ayatnya sangat tidak teratur dengan tulisan tangan yang sangat comot.


Adik nampak aktif seperti anak-anak lain tiada cacat cela dan kekurangannya. Di sebalik itu dia ada kelemahan tersendiri iaitu sukar untuk mengingati apa yang kita ajar. Dia akan 'hidup' dalam duninya yang tersendiri, boleh bermain denga kereta kecilnya seharian tanpa kawan, menonton tv seolah dia berada di dunia tv tersebut, bermain dengan belalang mahupun serangga lain yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol. Bila bercakap selalunya ayat-ayat yang di keluarkan sangat teratur tidak seperti anak-anak lain yang bercakap dengan lebih santai. Setiap arahan adalah perlu di beri dengan jelas umpanya perlulah menyebut namanya diikuti dengan arahan kalau tidak sampai esok pun dia hanya buat tak tahu.


Dia anak saya, buah hati dan bunga cinta kami. Kekurangan itu kami terima dengan redza. Mencuba untuk menjadi ibubapa terbaik buat dia. Mungkin nampak saya sangat memanjakan anak-anak dimata orang lain tetapi itulah cara saya terutama sekali dalam soal adik. Anak bongsu yang Allah beri sedikit kekurangan untuk menguji saya mungkin.


Saya pernah juga menulis tentang adik di sini, di sini dan sini.



Handsome tak saya? Ramai saudara mara dan kawan-kawan mama kata muka saya copy-paste muka abah tapi saya tetap sayang mama lebih dari abah tapi abah pun saya sayang lebih jugak.



You Might Also Like

36 ulasan:

  1. Mendidik anak bukan untuk jadi cemerlang pendidikan aje Aina. Bapak kakak selalu kata tak cemerlang tak apa tapi mestilah biar jadi 'orang'. Maksudnya macam dialah walau tak sekolah tapi anak-anak semua tak pernah tak cukup makan. Pendidikan sempurna. Apa guna cemerlang tapi terselit 'nanah' yg mendukacitakan keluarga.

    Moga adik menjadi 'orang' seperti yg keluarga kakak maksudkan Aina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kak. Aina sentiasa berusaha ke arah itu...

      Padam
  2. semoga Adik sentiasa dalam lindunganNYA, amin...

    BalasPadam
  3. setiap anak ade kelemahan dan kelebihannya kan kak..sbgai parent kne la sbr kan

    BalasPadam
  4. Moga dak Adik kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    BalasPadam
  5. Inshaallah adik akan berjaya seperti kakak dan abgnya jugak suatu hari nanti wpun lambat..don't give up on him..:)

    BalasPadam
  6. I ada anak sama ngan anak U. I discover anak I ada minor dyslexia. Ramai orang-orang yang berjaya dan terkenal ada penyakit ni. Contohnya Amir Khan, Walt Disney dan byk lagi. Diorang ada special skill yang kurang ada pada org lain. Bagus untuk discover. Cubalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya [ernah cuba ajak suami pergi ke Persatua Dyleksia untuk buat ujian tetapi suami menolak. Jadinya saya cari ikhtiar sendiri untuk mengajar dia.

      Padam
  7. Sebalik kekurangan adik...dia msti ada kelebihn lain tu kak......

    BalasPadam
  8. eh kak..dee nmpk dia bijak aje..setiap dari kita kan tak sama..keunikan dia tulah keistimewaan dia..

    BalasPadam
  9. insyaAllah, sabar akak Allah yang balas :)

    BalasPadam
  10. salam kunjungan semula...

    tersentuh baca ntry akak nih psl anak bongsu akak.... dana paham apa rasanye kalu anak kite lain skit dr anak2 lain sbb anak dana ada masalah jantung berlubang, pembesaran dia mmg agak lambat dr bby lain hingga sekarang tp bg kami... dia ttp terbaik, setiap pencapaian dia apa yg dia lakukan setiap hari 1pembelajaran utk dia, walaupun dulu mula2 dana selalu terasa kalu org tanya kenapa anak lambat, kenapa kecil tp skrg dana rasa bangga... dia yg dulu kecil sgt2 skrg dh boleh berlari, boleh berckp mcm anak2 lain walaupun lwt sedikit...

    maap kak, awal2 komen dh terbebel panjang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 kita rasa sangat 'teruji' sedangkan ada lagi insan lain yang lagi hebat ujiannnya. Akak harap dana juga tabah menghadapi ujian ini.

      Anak kita tentulah kita bangga!

      Padam
  11. sebab dia kerap tengok tv sebab tu bahasa dia gunakan pun macam dalam tv,..anak saya pun bercakAp macam tu.saudara mara kata bahasa buku..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu dia sebolehnya akan buat bahasa yg sangat teratur tetapi dulu2 dia selalu tersalah cakap maksudnya dia nak terangkan benda lain tetapi cakap benda lain.

      Padam
  12. alahai sayu lieya bace nukilan akak ari ni...in sha Allah kak..berkat sabar akak, berkat didikan akak dan guru2 adik pasti leh seiring ngan kanak2 seusia die...cube kesabaran kene tgi.....lagi pun biase la kak lain2 budak lain tahapnyer....ape yg pasti, aunty lieya doakan adik sentiasa sihat dan membesar dgn berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat....amin

    BalasPadam
  13. Salam.
    Sesungguhnya Jun amat prihatin akan anak2. Moga adik dan abang jadi anak soleh, yg pandai, yg mengembirakan hati ibu bapa.Anak yg dpt mendoakan kita bila kita tela h tiada. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah...saya sentiasa berharap dapat menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Saya selalu berpegang kejayaan dalam hidup bukan sahaja berjaya di dalam pelajaran tetapi lebih dari itu.

      Padam
  14. Moga adik berjaya menjawab soalan peperiksaan tu dengan baik.. semua budak-budak memiliki kelebihan tersendiri.. mungkin kelebihan adik dalam bidang lain?.. siapa yang tahu kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah...itulah yang saya harapkan suatu hari mungkin semuanya akan berubah.

      Padam
  15. assallam Aina..anak kita aina..mesti kita sayang kan..semoga anak2 kita berjaya dalam kehidupan mereka nanti

    BalasPadam
  16. harap2 Dania pun boleh jawab dengan tenang...bukan apa..Dania ni jenis cepat lupa..banyak main je..

    BalasPadam
  17. Hensem Hikram ni......
    Betul JA semua ibu bapa kalau boleh mmg nak anak mereka menjadi yg terbaik...
    Cukup bersyukur tu....walaupun ada sedikit kekurangan tapi masih ada kelebihan ditempat lain...

    BalasPadam
  18. selalu juga jumpa anak murid masa sekolah rendah lambat nak catch up tapi bila sekolah menengah berdesup lari tinggalkan kawan .Mungkin anak Jun begitu...jgn putus asa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak harap pun macam tulah...mungkin bila dia semakin matang dia akan berubah.

      Padam
  19. Aina boleh layari internet dan tengok cara terperinci macam mana nak tackle kanak2 yg ada msalah pmbelajaran.At least boleh apply kat adik. Tapi kalau kita tengok balik ramai tokoh dunia yg ada msalah pmbelajarn masa kecik tapi become somebody bila dewasa.Pray adik will be the same.Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kak. Ini pun Aina dah apply sedikit sebanyak sebab tu dia dah lancar baca sekarang selain dari kegigihan cikgu kat sekolah Aina bantu sikit2 kat rumah. Dia ni tak boleh berkeras kena lembut2 ja ajar dia kalau di tengking langsung blur dan keras kat situ je tak boleh fikir langsung.

      Padam
  20. Hencemnyaaaa....dah rupa pengantin acik atie tgk gambar tu!

    BalasPadam
  21. anak lelaki biasanya sama muka ayah. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata org tua2 kalau anak lelaki sama muka ayah panas.

      Padam
  22. Tak pe... mungkin dia lambat sikit jika nak bandingkan dengan budak yg sebaya dengan dia.... mana tahu bila dah besar sikit dah matang ke fikiran dia lebih cerdas dari orang lain....

    BalasPadam
  23. Anak kedua saya pun macam slow jugak tapi saya selalu berusaha untuk mendidik dia..Insya Allah kak, kita sama2 cuba..Semoga anak2 akak berjaya dalam peperiksaan.

    BalasPadam
  24. anak ke2 kak pun kategori lambat. walaupun kak ni cikgu, namun kerana kita bukan terlatih guru pendidikan khas, usaha lebih dari si abang. tapi..dia ada kelebihannya sendiri. kak pupuk ke arah itu. kak tak harap dia cemerlang dalam akademik. sekarang ni kak latih dia baca dan hafal ayat (ingatan). nampak perubahannya sedikit demi sedikit..

    BalasPadam
  25. cerita akk ni mengingatkan sy kpd cucu arwah jiran sy. dia dulu main sorang2 ckp sorang2 pendek kata duduk dlm dunia dia yg terseniri. skrg alhamdulillah da jd engineer..sapa sangka, bdk mcm tu da jd 'manusia'...

    BalasPadam