Celcom! Lagi-Lagi Celcom

10:04 PG JunAina 9 Comments

Entahlah. Nak marah Celcom atau nak marah diri sendiri.
Dulu masa nak ambik package Celcom tak ada orang paksa, kita rela nak guna dia so nak marah pun tak kena.
Apa yang pasti asyiknya kita yang terkena dan kena ke depa sahajalah.
Dua purnama sudah Celcom Broadband kat rumah tak boleh nak access.
Hairan jugak bil berbayar tapi tak boleh masuk internet.
Kata anak modem sudah rosak, mak buat tak dengar.
Sebulan kemudian baru teringat bila sampai email mengatakan ada bil perlu diselesaikan sebanyak Rm156.00.
Buntang mata kejap. Timbul tandatanya yang besar dalam kepala.
Pakage paling minimum diambil Rm48 sahaja, apalah sangat setakat nak check FB. Update blog sikit-sikit (tu pun banyak buat kat pejabat).
2 bulan tak bayar baru Rm96, berhenti bayar sebab walaupun tiada tunggakan internet tak boleh masuk.
Telefon Khidmat Pelangan Celcom, katanya ada beli data. Itu tanda soal datang lagi.

Tengahari Khamis lepas dengan hati yang bengkak pergi Celcom Service Center, Jalan Ampang.
Menunggulah. Nasib baik yang melayan tu tak banyak songeh.
Layan penuh sabar siap buat report.

Apa dey. Dua bulan hampa dah blok aku punya internet pas tu tiba-tiba boleh pulak aku beli data. 2 kali pulak tu tarikh hampir sama 3hb April dan 4hb Mei. Katanya sama ada melalui panggilan telefon, sms atau guna on line. Mula-mula confius jugak tapi bila fikir-fikir kalau call mestilah tuan punya buat sendiri, kalau sms mesti nak ada pengesahan tuan punya broadband, kalau on line application nak kena online guna internet mana pulak. Paling penting pasai apa nak tambah data bila internet dah kena blok.

So belagak pandai sikitlah dengan budak tu. Dengan confidentnya bagitau dia kalau guna online you all boleh check portkan? Kalau call atau sms boleh check nomborkan jadi silalah buat kerja anda. Rm60 saya nak bayar sia-sia? Tidak! Lebih baik bawak anak-anak pergi makan-makan lagi bagus.

Sekarang menunggu. Katanya seminggu lagi baru dapat tahu, itupun kita kena call Service Center tanya. Check modem katanya tak boleh detact bermakna modem tu dah nam jahanam padahal belum setahun guna rasanya. Rezeki aku tak baik kot guna Celcom Broadband ni, orang lain guna elok ja. Dulu pilih Celcom coz coverage dia bagus, balik kampung pun ada line boleh nak berinternet. Tunggu tengoklah siapa yang kena manalah tahu kot-kot sendiri punya salah, sendiri punya leka dan sendiri buta IT.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. byk tu kak... tp at least bgs jg sbb akk x berdiam diri...ada org reda je...sabo ye kak

    BalasPadam
  2. Bila sesekali kena macam ini hati radang juga Aina. Apa lagi keputusan tak dpt on the spot. Kena tunggu kalau beritanya baik ok lagi kalau sebaliknya hm.... nampak gaya kena ubah anginlah.

    BalasPadam
  3. assalam Aina..memang selalu nak marah kalau jadi macam ni kan..
    acik guna unifi pun ada masa tak dapat..anak suruh telefon..tapi acik malas nak telefon..nanti selepas setengahari tak de..dia datang balik dengan sendirimya

    BalasPadam
  4. adoii...leceh sungguh bila jd camni kann..mana2 pon telco pon sama kak...sumer ada je prob...huhuu

    BalasPadam
  5. sekarang ni ccelcom kerap juga buat perangai. saya punya pakej unlimited, tapi hantar sms cakap data dah nak habis? saya nak kena rujuk balik ibu pejabat ni

    BalasPadam
  6. huhu..susah nak komen ni..xde pengalaman pakai celcom broadband..dee pakai UNIFI je..hehehe..

    BalasPadam
  7. bertukarlah kepada maxis...heheh...

    BalasPadam
  8. Lorr kesianya Aina.. Sabar jaa laa yer..tgkkan apa keputusannya.. pas nie kalau rasa tak berbaloi tukar aje laa network provider yang baru..

    BalasPadam
  9. saba byk2, benda2 mcm ni kena call celcom selalu ni kalau idak... !

    BalasPadam