Entri Lucah
Puasa yang melangkah hari yang ke 8. Kita sama-sama bersemangat mengharunginya dan sama-sama gigih serta berlumba-lumba merebut pahala berganda. Puasa, terawikh, sedekah, qiamullai, membaca Al-Quran buatlah semampu dan sedaya mungkin. Setahun sekali kita berjuang habis-habisan mengutip segala kebaikan yang ada pada Ramadhan yang penuh barakah ini.
Rupanya ada juga yang jenis tak faham bahasa, tidak tahu menghormati Ramadhan. Dalam orang lain berebut-rebut mengejar pahala ada juga yang teringin hendak berbuat dosa, mencemari bulan yang mulia. Maksiat tetap berleluasa, bertabahlah pada mata kita yang memandang tak mampu ditegur dengan secara lisan tegurlah di dalam hati minta dilindungi keluarga terutama anak-anak kita dari perkara sebegitu. Suatu hari pasti akan terbit rasa insaf dalam diri mereka, insyaallah.
Semalam juga amarah menguasai diri. Blog saya, entri saya bukanlah berunsur lucah! Tiada ciri-ciri seumpamanya langsung dan saya juga tidak ingin menulis tentangnya juga diulangi lagi tidak ada entri lucah! Biarlah apa yang saya kongsi menjadi tempat saya menjana pahala kelak bukan membilang dosa. Nauzubillah! Saya menyimpan sabar, nasiblah di bulan Ramadhan ini tingkat kesabaran saya lebih.
Hamba Allah ini memberi komen pada salah satu entri saya. Terima kasih. Apa yang membuatkan saya marah kenapa mesti berunsur lucah sedangkan dalam entri tersebut langsung tidak melibatkan perkataan yang boleh menaikkan syahwat. Agaknya inilah golongan orang yang sudah tidak siuman, tidak mampu lagi membezakan yang baik dan buruk.
Saya marah sebab tu saya publishkan sahaja apa yang ditulis, siapa dia dan bila. Komenlah secara berhemah. Hormatilah tuan punya blog sekurang-kurangnya. Profile saya bertudung, bukan berseksi terselak pakai baju bagai kain tak cukup atau tertetas benang. Saya wanita Muslim yang ada maruah. Jangan di perkotak-katikkan semangat juang yang ada di dalam diri kami walaupun wanita. Kalaupun tidak bertudung sekalipun hormatilah dia sebagai wanita yang selayaknya di hormati. Kami bukanlah jenis pelacur jalanan.
Maaf kepada semua saya memang marah tetapi marah yang bertempat. Bagi saya pengomen sebegini tidak dialu-alukan di sini. Tidak mengapa jika tiada pengunjung dari ada pengunjung yang sakit jiwa sebegini. Komen biarlah ikhlas, gunakanlah akal jangan diguna nafsu semata!
Astaghfirullah... harap jgn adalah pengulangannya lagi. Malu, sedih dan sungguh tak patut betul..
BalasPadamrasanya mcm dia nak promo bisnes je sis..tp tulah wrong place lah kan...respectlah sket orang..
BalasPadamNak promote apapun tak kisah le tapi biarlah betul caranya.
PadamBulan ramadan ni la ramai yg menguji kite kan,....
BalasPadampelik-pelik orang sekarang ni...rambut sama hitam hati lain-lain
BalasPadamSabarlah...ucaplah istighfar berulang kali. Tengah marah...fikiran bercelaru.
BalasPadamLihat kembali pd entri ini, anda kata blog ini utk anda menjana pahala, tapi ianya menjadi tempat luahan kemarahan pula. Anda siarkan pula segala perkataan itu. Tidakkah ianya mengundang dosa?
Dalam menyurakan kemarahan atau utk peringatan, kita masih perlu menjaga adap agar kita tidak menjadi mangsa kemarahan orang lain atau memanjangkan dosa.
Ini adalah perkara biasa didunia media sosial di alam maya yang tanpa sempadan ini. Kita kena bijak dan sentiasa bersedia dgn pelbagai perkara yg tidak di jangka.
Anggaplah ianya satu dugaan dan cabaran buat anda...terutama di bulan Ramadhan yg mulia ini. Ambil positif, jadikan ia satu pengajaran yg berguna.
Sabar ye...jgn marah saya pula ye...sekadar beri pendapat.
Terima kasih kerana menegur...:)
PadamSemasa marah syaitan memang asik cucuk2 ja kita tapi bagi saya manusia macam ni kenalah kot bagi pengajaran sikit. Bagi teguran supaya lain kali tak lah sewenang-wenangnya dia buat kat blog orang lain pulak.
aduhai..mcm2 hal kan kak..sbr jela..
BalasPadammmg kurang ajar.sabar ye.manusia,biasalah.akal xde.ada otak je.
BalasPadamyewww kenapa dia macam tu..:(
BalasPadamHmm, macam-macam ragam manusia kan....
BalasPadamjom berbuka sama.... tetiba...
BalasPadam(kita nak hibur kan hati yang amarah tu.... hehe)..
sabar eyhhh...
sgt2 kurang ajar ni kak....tapi tu laaa...kompom nak promot produk nie...cume silapnye tak kene tempat....
BalasPadamKalau nak promot barang tapi kenapa tak ada link atau apa2 info pun tentang mamat ni. Cuma nama je. Sekurang2nya blog link ke blog yag dia follow ke... Entahlah mungkin kot dia nak promote barang kalau tak pun mungkin dia ni spesis gila seks...ahahaaaa...
BalasPadamsalam kenal sis aina. Tq sudi folow. Follow sini jugak =)
BalasPadamMoga Puan JunAinan sentiasa berada dalama Rahmat Allah.
BalasPadampengomen berkenaan patut tanya dengan pakar sakit tuan atau pegawai perubatan.
BalasPadamgelojoh sgt nk promot brg smp tk peduli sensiviti org...
BalasPadamkita doakan dia insaf dan brubah :) sabar..
BalasPadammemang lucah ayatnya...
BalasPadammacam2 feel ada..
sabo je la kak..anggap je dia sengaja menduga kita d bln yg baik ni
BalasPadamSakit jiwa dia tu JA.... janji blog perempuan je pas tu buat sesuka hati!Manusia...manusia...
BalasPadamYa Allah..memalukan... semoga dia insaf..
BalasPadamapalah komen benda yang mengarut ni.. memalukan betullah..
BalasPadamapaker halnyer pulaktu yerk.. isyh tak baik sungguhler...
BalasPadammemang tak dialu2kan kedatangannyer..
Apa jenis manusia la die nih..bulan pose pun ckp yg bukan2
BalasPadamSalam RiderSejati,
BalasPadamBlog anda telah disenaraikan dalam blog saya.
Tahniah.
kadang2 spam kak , dia dtg dengan auto robot , ada je keyword yang dia dah setting maka komen tu ada di blog kita ,, jd elok tekan spam , supaya google cam benda tu adalah spam .
BalasPadamerkk.. x pe la kak..
BalasPadambiar dia hilang penis dia nnt..
asyik sgt nk menyebut kan..
sabar je lah..
dayah selalu dpt komen yg lebih kurang mcm tu..
BalasPadamdelete je..