Projek Iqra - Shopping Raya 2013
Sila rujuk entri sebelumnya di Mereka Yang Perlu DiBantu - 'Projek Iqra'.
Syukur alhamdulillah. Saya berkongsi idea bersama teman-teman untuk sama-sama memberi sumbangan, mengumpul jumlah yang kecil seorang sedikit ibarat kata pepatah 'Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit'. Teman-teman sepejabat yang sentiasa tak lokek, yang sentiasa merendah diri untuk sama membantu.
Saham akhirat ini moga dapat membantu meringankan sedikit beban pihak penjaga anak yatim/asnaf terbabit. Memberi dengan harapan ada segaris senyuman disebalik kepayahan yang dilalui. Rawan hati tak dapat kami bantu cuma sedikit perhatian meringankan beban hati yang ada.
Terima kasih terutamanya buat Kak Idah yang banyak menyalurkan sumbangan peribadi dan juga dari teman-teman akak yang lain. Buat Kak Habsah, Fadzli, Rose, Faizah dan Eti keikhlasan kalian membantu hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya. Sedikit atau banyak bukan pokonya tetapi hati yang ikhlas hanya Allah mampu membalasnya.
Sumbangan telah di masukkan ke akaun Projek Iqra dengan selamatnya. Juga telah mendapat pengesahan daripada petugas di sana. Jumlah keseluruhan yang terkumpul Rm616 membolehkan kita menaja 3 orang anak yatim/asnaf dan selebihnya sedekah kepada rumah kebajikan terbabit untuk kegunaan lain.
Insyaallah tahun hadapan kita boleh berkongsi lagi membantu setakat yang kita mampu. Banyak atau sedikit tidak penting paling penting ikhlas. Semakin banyak kita memberi semakin banyak juga kita akan menerima. Semoga Allah s.w.t meberkati usaha kita ini.
Salam Ramadhan
BalasPadamAlhamdulillah, dah terlaksana hajat di hati
Mmg saham akhirat sangat perlu kita pertingkatkan sebagai bekalan nanti, insyallah
Tabarokallah... alhamdulillah bukan semua org mampu berbuat demikian Aina. Gandingan yg baik dapat penghasilan yg baik. Doa anak yatim tak ada hijab. Beruntunglah mereka yg dapat berbuat kebaikan utk golongan yatim ini.
BalasPadamAlhamdulillah..
BalasPadamalhamdulillah...tak semua orang ada inisiatif untuk membantu macam ni...teruskan ye kak aina
BalasPadamDan yang paling penying ikhlas kan,.,..
BalasPadaminsya Allah
BalasPadamSalam Ramadhan Aina
BalasPadammoga amalan diterima oleh Allah
Syukur alhamdulilah...besar ganjaran akan diperolehi di syurga nanti...subhanaAllah :)
BalasPadamalhamdulillah..betapa besar maknanya sumbangan tu untuk anak yatim dan golongan asnaf yg memerlukan. besar jugak ganjarannya..lebih2 lagi di bulan barakah ni.. :-)
BalasPadamJazaakallahu khairan daripada team Projek Iqra' :)
BalasPadamJazaakallahu khairan daripada team Projek Iqra' :)
BalasPadam