Pemilihan Nama Blog
Masa nak buat blog dulu tak pernah pun terfikir yang nama blog ini akan mempengaruhi hidup atau tidak pengunjung ke blog kita. Senang diingati, ringkas, pendek atau mempunyai daya tarikan tersendiri serta unik. Banyak panduan untuk memilih nama blog ada dikongsi oleh blogger-blogger hebat, cari sahaja mesti banyak yang dikongsi. Masa buat blog dulu buta segalanya jadi main hentam keromo sahaja asal ada. Tak reti. Bukan tak nak belajar tetapi kita tak tahu pulak semua itu mempunyai kepentingan tersendiri. Buat blog pun hanya untuk suka-suka. Bila dah lama-lama belajar sikit-sikit baru tahu yang dengan blog pun boleh jana duit, ada juga yang menjadikan blog ni sebagai pekerjaan tetap. Memula melopong jugak. Hebat tu. Jadi saya mula banyak membaca dari blog-blog yang ada. Sikit-sikit dan pelan-pelan kata orang.
Sebagai permulaan budak baru belajar saya gunakan platform blogspot, percuma ja pun. Eloklah untuk budak baru nak belajar macam saya. Merancang jugak untuk menggunakan domain sendiri nanti. Masih menilai pro and kontra. Asalnya pun saya hanya ingin menjadikan blog sebagai e-diary tetapi sekiranya ia dapat menjana pendapatan sampingan rasanya tak salah untuk lebih serius. Buat sesuatu kerja mesti bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasilnya. Yang bulat takkan datang bergolek yang pipih tak akan datang melayang.
Relaks Minda pernah mengajukan persoalan kepada saya kenapa nama blog saya 'Rider Sejati' dalam komen di salah satu entri saya. Sebelum menggunakan Rider Sejati saya menggunakan 'Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa' tetapi ramai pulak kawan-kawan sukar mengingati kerana terlalu panjang kemudian saya megubah arah. Rider Sejati terbit dari idea gelaran ibu saudara kerana sememangnya saya seorang 'rider'. Setiap kali dia ingin mencari alamat sekitar Kuala Lumpur pasti dia akan telefon saya untuk memastikan alamat tersebut dan jalan yang perlu dilaluinya. Hampir 6 tahun saya menunggung motosikal bekerja di PJS1, Petaling Jaya. Saban hari Kajang-PJ-Kajang. Kemudian saya beralih angin ke Kuala Lumpur saya masih menunggang motosikal. Sekarang masuk tahun ke-7. Bayangkan saya terpaksa melalui Jalan Tun Razak yang sangat sesak saban hari.
Impian gila saya suatu hari ingin memiliki motor berkuasa tinggi, mula-mula dulu saya lebih meminati Honda tetapi sedikit tergugat dengan kehebatan Kawasaki yang menguasi jalan ketika ini dan mungkin ini sahaja jenama yang mampu saya miliki dengan model yang saya berkenan dihati dan berkenan kat poker jugaklah. Hajat dihati ingin memiliki Ducati, lebih teruja jika tiba-tiba ada yang memberi BMW tetapi keduanya diluar kemampuan. Pakai baju kenalah ukur di badan sendiri. Saya kurang meminati easy rider lebih kepada superbike. Saya gila motor berkuasa tinggi tetapi buat masa sekarang segalanya saya simpan dihati, insyaallah ada rezeki saya akan usahakan untuk milikinya juga. Saya bukanlah wanita lasak tetapi saya berhati lasak.
Ducati Monster 795 ABS Rm66,888 (Sumber Bikers Magazine). Kalau ada yang tiba-tiba nak penuhi impian saya dengan Ducati ini haruslah saya melompat bintang berkali-kali.
http://juneaina.blogspot.sg/ saya pilih nama sendiri June panggilan keluarga dan kawan-kawan Aina pula saya lebih di kenali dikalangan rakan siber. Saya gembira menggunakan nama sendiri. Sekiranya memilih menggunakan domain sendiri mungkin akan memilih nama yang lebih padat dan ringkas. Nama yang menggambarkan kerekter saya sendiri kerana saya masinh ingin mengekalkan blog 'Rider Sejati'. Biarlah ia di sini sebagai monumen peringatan buat saya. Kenangan untuk selamanya.
Penulisan di dalam blog ini lahir dari jiwa saya. Apa yang di lalui saban hari, terlintas, terfikir mahupun pengalaman sendiri atau pengamatan sekeliling. Lahir dari pandangan kacamata seorang aku yang tidak sempurna.
Moto besar.... Suka jgk...
BalasPadamRozie dok pendam ja ni...nyaris2 dah dulu tp husband dok jeling ja last2 beli rumah...hahaha...
Padampasti ada sbb tersndiri utk pemilihan nama..
BalasPadamsamalah kt rider juga ni..hihihi
Hahaha...masa 1st time saya baca nama blog ni, saya gelak...Sebab selalunya yg guna istilah RIDER ni ialah lelaki..:)
BalasPadamApa apa pun, saya respect kat akak...Saya sendiri tak berani nak tunggang motor masuk KL..Ngeri!
salam ramadhan # 9
BalasPadammcm m3h dlu pening gak mula2 masa nk pilih nama tuk blog..fikir punya fikir teringat ade ank tiga2 hero..terus letak mama3heroo..hehe
1st time berkunjung ke blog kak aina dulu...dalam hati 'wow! rider sejati'...memang unik nama ni
BalasPadampemilihan nama blog memang penting bagi yang serius untuk menjana income dari berblog
wawa tengah imagine akak bawak ducati ni hihi
Hahhaaa...wawa imagine dulu akak bawak kris sambil cilok2 kat KL cam ner.
Padam1st time nisah tgk "Rider Sejati" akak, ia terlahir sebuah pendapat nisah "Minah rempit" hehe yang suke bermotosikal dan cenderung ke arah tu . once upon a time, me also minah rempit . tapi apabila cara pemakaian harian bertukar, perlu jugak menukar rempitan motor itu ke pemanduan kereta. minat terhadap motor besar perlu di tinggalkan. Mana mungkin perempuan berbaju Jubah naik motor2 besar yang perlu menonggeng2 kan hahahhaha (buruk nanti rupe nisah masa tu). anyhow, semoga impian akak memiliki motor besar tercapai . INsyaAllah...
BalasPadamooo...macam tu rupanya dapat nama Rider Sejati...bila tengok nama, terbayang awek naik motor besar pakai jaket kulit ^_^
BalasPadamducati monster tu...
BalasPadamSama la kita but blog dulu main hentam je letak nama, sudahnya sampai sekarang nama blog MJ sukar diingat..hehee
BalasPadamAda plan nak bertukar ke Wordpress tapi tunggu dulu kot :D
tak sangka ada maksud tersirat rupanya nama blog ni..
BalasPadamdan tak sangka minat motor besar rupanya...
hehe, nureen plak combine nama nureen ngan asben :)
BalasPadamperghh.. besaq jugak cita2 tu.. ducati monster..? haha.. itu sy punya la..
BalasPadamSalam juneaina..betul tu.Dgn nama blog,kita dikenali dikalangan blogger2.
BalasPadamfollower ke 399.. follow me back yea.. im newby..
BalasPadamingt lg dulu masa hingusan nama belog kite
BalasPadam"Melody hatiku"..
kihkih geli plak
perghhh ducati monster..
ok macam tu ke ceritanye !
BalasPadamUncle memang mudah tertarik dengan nama blog yang catchy macam ni...
BalasPadamNama tu kira first impression la....
Selalu la singgah uncle tp blog uncle lagi glamer lagi catchy...hahhaa...
Padamoooo itu cerita nyer...bleh msk dlm buku sejarah x kak? ;-)
BalasPadamSejarah blog bolehlah.
Padammmg sempoi la rider sejati..
BalasPadambetul jugak..masa memula pilih nama blog..tak pnh tahu nama blog tu ada peranan besar dalam dunia blog nih..
:)
Salam,
BalasPadamAdoiyai... Tu dia, soalan pendek di jawab dengan satu entri... Harap2 ianya bukan sebab marah atau geram ye..hehe.
Saya kalau jumpa sesuatu yang unik dan pelik, menjadi keinginan utk tahu kerana pasti ada sesuatu yg istimewa desebaliknya. Kini tahulah kenapa Blog ini bernama Rider Sejati...
Tak adalah marahnya. Rasa gembira dapat berkongsi, sekururang-kurangnya dapat juga saya buat entri dari soalan tu. Mungkin dengan sesuatu entri kalangan kita boleh salaing lebih mengenali.
PadamBerhati lasak tak sama ke dengan wanita lasak, hee.. Kak ni rasanya wanita lasak tapi cengeng..camna tu. wanita lasak pada kak bukan semesti mirip pada lelaki. Tapi wanita lasak tu dia tahan cabaran, berani.. Kak rasa ciri2 tu ada pada june.
BalasPadamKak Anim boleh le kot di katakan macam tu. Insyaallah setakat ini masih mampu lagi menghadapi cabaran yg datang tp kadang2 hati perempuan menangis juga ada masa lembutnya.
PadamJangan lupa JA..... kalau dah beli motor besar nanti singgah rumah okje nak tumpang hehe...
BalasPadamBerani ke nak tumpang?
PadamAda kawan takut nak tumpang JA bawak moto, ngeri katanya walaupun dok kat belakang sahaja.
ingatkan lelaki sebab rider ni selalu lelaki yang guna.. =)
BalasPadamPerempuan tak boleh eh?
PadamBaru nampak gempak sikit...heheheee...
sepelaung je PJS 1 tu dari rumah dan klenet saya awak!!
BalasPadamSaya tahu awak! Hahhaaaaa...
PadamDulu tu kawasan saya tapi dulu saya tak ada blog tak kenal awak kalau tak boleh lah saya mintak mc selalu hahahaaa...
teringat dulu masa rider. almost 3 years juga. :)
BalasPadam