Berbuka Puasa Resepi Sup Ikan Mudah

12:32 PTG JunAina 25 Comments


Saya memasak ikut kehendak anak-anak tetapi sesekali saya memasak juga mengikut selera sendiri dan biasanya ini adalah lauk kedua bermakna lauk anak ada jugaklah. Jadinya hari tersebut mesti ada dua main dish selain sayur dan ikan/telur goreng.

Selera tak pernah berubah cumanya jarang dapat memasak mengikut kehendak sendiri.

Resepi Sup Ikan Mudah.

Bahan:
Potongan Ikan Jenahak/Ikan Merah (2 potongl)
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah (bawang kecil)
Seinci halia
(Tiga bahan ini di tumbuk agak kasar)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu makan serbuk sup (biasa saya guna Adabi)

Hiasan:
Tomato potong dadu (buang biji).
Daun bawang
Daun sup


Cara memasak :

Panaskan minyak masak.
Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Biar sampai wangi.
Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk kasar goreng kekuningan.
Masukkan air biarkan mendidih, masukkan lada hitam dan ikan.
Didihkan dengan api perlahan sehingga ikan masak.
Masuk garam secukup rasa.
Hiaskan dengan tomato, daun bawang dan daun sup.



Sup ikan entah bila. Tanpa daun bawang dan daun sup tapi rasa masih sedap.

Biasanya saya memasak mengikut apa yang ada di dapur. Sekiranya saya hendak masak kari buka sahaja peti sejuk santan kotak sudah habis (tak perasan) saya masak juga kari tapi jadilah kari mamak, kari tanpa santan. Macam nak buat sup ikan ini jugaklah tanpa kadang-kadang serbuk sup tak ada saya tumis ja bahan rempah yang ada di dapur. Memasak ini memerluka kreativiti. Kita buat dia so hentam sahajalah.



You Might Also Like

25 ulasan:

  1. Betul2...sgt setuju....masak dari hati dengan kasih sayang ...kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak dengan kasih sayang itu yang anak2 dan suami teringat2.

      Padam
  2. Btul2... Kak...klau nak ikut resepi sangat...mmg payah la...sy klau lauk pauk ni...main cmpak2 je..kita buat dia ye x?...hehe..

    BalasPadam
  3. thanks kak aina bg resepi...nanti wawa leh try :) nampak sedappp

    BalasPadam
  4. Kak Azie kalu masak sup ikan akan gunakan sup bunjut jer. Boh batang saderi.

    uishh rasa lama dah tak buat sup ikan. Nak cari kepala ikan la hari minggu nih.

    BalasPadam
  5. makan sup masa panas2 dengan nasi mmg sedap..
    kalau kakain ada sambal belacan mmg bertambah2 la nasinya tuu...

    BalasPadam
  6. Sy suke sgt sup ikan ni kak. Makan lak dgn sambal kicap. Peh!!! Tak terkata!

    BalasPadam
  7. kari tanpa santan lagi lagi best...sesuai utk orang yg nak jaga kesihatan.., dan yg terbaik hari2 makan sup, senang ja buat sup ikan ni rupanya...selalunya sebelum tanya resepi dah siap terhidang..lupa terus haha.

    BalasPadam
  8. sy rs mcm da berkurun x mkn ikan jenahak ;-)

    BalasPadam
  9. oh...setuju dengan kata-kata sis tu...masak perlu kreatif. Tak semestinya bahan tak cukup tak jadi, yang penting sedap hehe

    BalasPadam
  10. Kalau pandai masak ni, takdak bahan ttetap menjadi kira kreatip la ;)
    MJ takdak bahan tak reti...hehee

    BalasPadam
  11. Bila masak sup ikan kak Zai suka masukkan beberapa biji cili api bila nak makan pecahkan aje.

    BalasPadam
  12. lama betoi nisah tak masak sup ikan nih..

    Nisah share resepi ye :)

    BalasPadam
  13. Kakak rasa param tempat kakak tak nampak ada jual sup ikan jenahak ni. Kalau ada pun agaknya kakak beli Aina..

    BalasPadam
  14. yang makan kita...bukan orang lain..
    suami kak pun tak bagi duduk dapur lama-lama. masak cepat, ringkas, dan boleh makan

    BalasPadam
  15. sedapnya...nk buat la ari minggu nt

    BalasPadam
  16. Hi Aina, makanan sihat, spatutnya kita makan selalu, tapi anak2 pulak tk suka,depa ttap prefer ayam jugak. saya tiap2 hari pun boleh.tapi bukan jenahak la..he he

    BalasPadam
  17. akak pun suka sup ikan yg ringkas camni.... simple tp sedap

    BalasPadam
  18. kita suka tapi anak2 tak suka plk..

    BalasPadam
  19. Aina,
    Selalunya yg hentam sajalah tu yg sedappppp

    BalasPadam
  20. m3h pun selalu gak wat sup ikan ini..mmg sedap kan..budak2 pun suke

    BalasPadam
  21. Nampak sedap tu JA...lama tak buat sup ikan ni...
    Memang betul.... kena kreatif nak memasak ni....tp selalunya OKje bila tak cukup bahan terus nak mengelat malas nak masak hehe

    BalasPadam