Selamat Hari Lahir Iqbal Hadi
IQBAL HADI - KEJAYAAN PEMIMPINItu maksud nama dia.
4hb Julai 2000 tepat jam 11.50 malam dia di lahirkan. Menerima dengan seribu kesyukuran dalam kepayahan. Sebaik dilahirkan di bawa ke NICU kerana lemas. Sedih. Terkenang saat-saat kehilangan putera sulung suatu ketika dulu. Masa tu hanya Allah sahaja yang mengetahui hati ini. Sayangku Ya-Allah tidak setanding sayang Mu. Redza.
5 hari selepas kelahiran dimasukkan semula ke hospital kerana jaundis. Tak banyak yang mampu dilakukan, doktor nasihat tukar darah. Hanya air mata menjadi peneman ketika itu. Di bawa masuk ke bilik rawatan, tanpa suara. Sedih, hiba dihati bila di bawa keluar rupa-rupanya mulut dimasukkan puting kosong dan ditampal dengan salotep untuk mengelakkan terdengar suara dia menangis. Tali pusat pula dipotong sehingga nampak pusat. Darah dimasukkan dan dikeluarkan ikut pusat. Masa tu rasa ingin meraung. Air mata terasa kering sudah.
Sehari sebelum harijadinya yang ke-8 sekali lagi musibah melanda. Cuai mungkin. Itulah suratan ilahi kami terima dengan redza. Akibat bermain mesin basuh satu ruas dari jarinya manis tangan kanannya terpaksa di potong. Hanya Allah s.w.t yang tahu bila seorang ibu terpaksa membuat keputusan seberat itu. Menyambung dengan risiko terpaksa dipotong lebih banyak sekiranya jari tidak dapat bercantum atau membuang sekadar yang ada sahaja. Apa pilihan yang ada?
Sedari kecil kesihatannya memang kurang baik. Asthma sehingga biru tubuh badan, keluar masuk hospital perkara biasa. Sehingga sekarangpun kesihatannya tidaklah sebaik teman sebayanya. Pernah kejang sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Selalu sakit kepala. Rasanya sudah naik jemu cikgu mendengar alasan yang sama. Sebagai ibu hanya Allah s.w.t yang tahu hati ini. Tak ingin rasanya anak-anak sakit sebegitu.
Syukur alhamdulillah. Hari ini genaplah 13 tahun umur dia Iqbal Hadi bin Satmi. Anak sulung yang diharapkan dapat menjadi contoh buat adik-adik, menjadi anak soleh. Datuk, nenek, bapa dan bapa saudara kamu orang baik-baik jadi berusahalah menjadi seperti mereka. Tiada apa yang mama inginkan melainkan menerima doa dari anak yang soleh.
Iqbal Hadi (baju pink) masa ini umur dia 7 tahun.
Sekarang dah jadi anak bujang.
wah.. tngk gambar yang pertama tu.. macam baru2 ja lagi gambarnya..huhu..tup2 dah besar dah.. ^^
BalasPadamsannah helwah untuk Hadi.. belajar elok2.. ! :)
selamat hari lahir anak
BalasPadamsemoga menjadi anak yang baik yang sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah
semoga berjaya di dunia dan akhirat juga
Happy birthday iqbal..
BalasPadam1st dapat kawan nama iqbal ialah tahun 1980.
Ekceli dia anak saudara bff, tp iqbal manja dgn akak lagi...
selamat ulangtahun kelahiran ke-13 buat iqbal hadi. jadi anak yang soleh ya. your mama loves u very much...:-)
BalasPadamassalam.. happy birthday utk anak... congrate untuk ibu!
BalasPadamOhhhh inilah iqbal Hadi....Hensem mcm dah bujang 17 tahun... Biasalah tu RS... Mmg banyak dugaannyakan membesarkan anak ni
BalasPadamHepi besday Iqbal..inshaallah dlm kesusahan, moga Allah memberi kesenangan dimasa depan..
BalasPadamKhasiat Jelly Gamat Gold G Mengobati penyakit Obat Rematik secara alami tanpa efek samping
BalasPadam