Berderau Bersama Orang Kampung

11:35 PG JunAina 18 Comments

Cerita Jumaat lepas. Saya pergi tolong seorang kawan yang akan menerima menantu pertama di Gombak. Kawan maya yang akhirnya kami jadi seperti sebuah keluarga besar. Bermula di laman sesawang AnakPerlis.com. Silaturrahim yang terjalin terus berpanjangan hendaknya. Doktor Dinon Mohammad dan Puan Khairiah (Kak E) yang sentiasa memberi ruang di rumah mereka untuk acara-acara AnakPerlis.com. Di Facebook pula group kini lebih dikenali dengan Republic Of Anak Perlis. Masih di terajui oleh admin muka lama AnakPerlis.com cuma saya sahaja yang tak aktif.


Balik ke cerita asal. Pukul 12 tengahari saya keluar kerja, rutinnya begitu kerana syarikat tempat saya berkerja sememangnya kerja separuh hari setiap Jumaat. Sila jangan jealous. Pak Tuan jemput dan hantar ke Gombak Jaya. Rumah nampak sunyi tetapi khemah telah siap dipasang. Rupanya masing-masing sibuk di dalam rumah menyiapkan goodies dan di tepi rumah pula sibuk memasak sup gearbox. Perkara pertama yang di buat tentulah makan tengahari yang memang telah siap terhidang.


Tak banyak kerja yang tinggal. Lembu sudah siap di sembelih dari Bota, Perak. Tulang-tulang serta sedikit daging segar dibawa ke Gombak paginya. Telah siap disiang untuk digulai bersama rebung. Tulang yang besar pulak sedang mendidih di atas dapur. Habuan kami petang sehingga ke malam makan sup gearbox lah. Daging pula dimasak rendang tok juga di bawa khas dari Bota, sebahagian dibuat daging masak hitam oleh pihak katering.


Petang itu kaum lelaki sibuk menyiang 200 ekor ikan patin untuk masak Gulai Tempoyak Ikan Patin. Satu kumpulan dibawa khas dari Perlis untuk memasak Gulai Rebung Bersama Tulang dan Kerabu Taugeh Bersama Mangga. Petang tu rempah di masak bersama tulang sehingga empuk, rebung dan santan dimasukkan keesokan harinya. Kami yang datang menyibuk hanya tolong benda kecil-kecil sahaja. Merebus telur untuk bunga pahar, membasuh 10 ekor ayam untuk ayam panggang raja (hidangan meja pengantin), parut cincau untu ABC keesokannya, uruskan cili, bawang dan sebagainya. Paling best masa nilah dapat borak sakan-sakan dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Geng AnakPerlis yang ada sebelah petang Aina, Kirah, Kak Marina (mamanana) dan QaiRie. Malamnya Pak DidikKak Azie, Zul (Ladang Tebu-unikkan nick name dia), Putra aka Fadzly, Papaprince dan Md Zakie serta isteri. Eh ada ke yang saya tertinggal. Geng Kangar Dalam Kenangan (KDK) pun ada tetapi saya tak aktif kat wall depa, jadi saya tak kenal sangat depa.



 Mukadimahnya inilah tuan rumah Doktor Dinon Mohamad. Letih no nak terima menantu, macam-macam kena pikiaq. Sedih pun ada jugak nak lepaskan anak perempuan almaklumlah. Depa dah biasa buat katering jadinya soal menu, resepi dan berkaitan tu tak menjadi masalah besar. Belakang tu yang berjanggut putih adalah Pak Din tukang masak sup gearbox.



Kalau dah majlis rumah sendiri makan-makan saudara serta kawan-kawan di oder dari katering sahaja. Banyak benda lain perlu di selesaikan. Inilah menu tenghari kami. Nasi putih, ayam goreng berempah, kupang goreng cili, gulai lemak nangka ikan masin, ulam, sambal belacan dan buah betik. Air kopi'o', teh tarik dan sirap.



Ini kesedapan melampau. Kecik-kecik dan comel-comel sahaja lepat pisangnya. Memang rajinlah dok kelebek lepat secomel ini. Lepat tajaan kakak tuan rumah. Dia memang orang berniaga.



Baunya harum semerbak, mencuit selera. Resepi khas rempah ratus campuran Pak Din yang kemudian di blender, ditumis dan dimasukkan tulang dan dibiarkan kering airnya barulah di masukkan air. Di biar mendidih sehingga 4 jam. Memang terbaikkk... Makan dengan bihun kaler kuning apa nak kata!



Orang Perlis tengah pesiang ikan patin, yang duduk abang sulung Doktor Dinon. Jenuh depa dok pesiang pasai ada dua tong besar ikan patin buah di datangkan khas dari Pekan, Pahang. Separuh ja siap pasainya depa letih bertolak malam dari Perlis dan sampai awal pagi. Geng AnakPerlis sambung pesiang malamnya, depa masak kuah gulai tempoyak sekali dan pagi esoknya masuk ikan dan timun.



Patin Buah dari Pahang. Bakal menjadi korban.



Tukang masak khas dari Perlis yang masak gulai rebung, diserah sepenuhnya kat depa. Tukang kucai tu QaiRie geng AnakPerlis.com yang bila ada aktiviti ja mesti ada.



Menu malam di masak oleh Pak Didik/Haji Kamarudin Rejab. Dia memang tukang masak hebat! Sedap tau Kambing Kabsah air tangan beliau. Saya tabik pada lelaki-lelaki yang pandai masak ni.



Pelengkap hidangan. Karima daging, dalca, salad dan sos lupa pulak apa nama sos hijau tu.

Petang bawak ke malam bergotong-royong di Gombak Jaya. Hampir pukul 10 malam kami balik. Tinggallah geng-geng yang baru sampai menguruskan selebihnya yang masih belum selesai. Kuala Lumpur agak sesak almaklumlah keesokkan harinya Kelantan bertemu JDT!


You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Aktiviti makan2 macam ni memang best

    BalasPadam
  2. meriahnya...
    tengok patin buah dah tahu masak apa ha..ha..

    BalasPadam
  3. terlioq tengok kambing kak besah .. hehe.

    berderau tu dalam bahasa baku maknanya lain pulak kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing kak besah tu kami pandai makan sahaja, masak tak reti kena makan kat kedailah.

      Berderau dalam bahasa bukunya kena rujuk kamus dewanlah. Nanti saya nak invite Mak Ngah sertai saya dalam Anak Perlis...:)

      Padam
  4. kak, patin buah tu buat msk apa ye?

    BalasPadam
  5. Berderau tuh mcm berkampung ye

    BalasPadam
  6. meriahkan apabila gotong royong ramai-ramai macam tuh...:)

    BalasPadam
  7. lain dari yang lain sajian menunyer tapi nampak menarik & sedap sgt !

    BalasPadam
  8. Salam kenal junaina..dlm Byk2 gmbr sya nmpk lepat pisang..huhu..sya peminat tegar lepat pisang..hehe..sya folo blog junaina :D

    BalasPadam
  9. Sedapnyaa tgk sup gearbox tuh.. :)

    BalasPadam
  10. WOW! Menunya terbaik la kak Jun & lepat pisang tu mmg nampak melampau kesedapannya.

    BalasPadam
  11. tu diaaa...meriahnya. belum hari kenduri pun dah meriah makan-makan. alhamdulillah. seronok. terasa kemeriahan gotong royong berkenduri kendara macam ni. Terasa la jugak semangat macam di kampung2 dulu. uih..tak tahan tengok makanan kat sini....cobaaaaaann!

    BalasPadam
  12. Dah lama tak berimpun seronok dapat jumpa kawan-kawan.. Yang penting Kak Aina maintain comel... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestkan Mai! Lama tak jumpa mai dan anak2. Hero kecik tu behave ja.

      Comel eh? Hahahaaa...perasan kejap!

      Padam
  13. aina, berderau? lama tk dengar prkataan ni..dulu2 selalu dengar masa kecik2.berderau menanam(padi), berderau usung rumah, berderau ketam padi..now kehidupan modern org semua sebuk..dah hilang masa nak berderau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berderaulah kak IndaMarya. Tolong2 mana yang patut ja.

      Nostalgiakan ayat 'berderau' tu?

      Padam
  14. Memanglah tak menahan tengok ikan patin tu...dah terkecur air liur walaupun baru dengar nak masak tempoyak! sedapnya RS...
    Memang penatkan bila jadi tuan rumah ni

    BalasPadam
  15. huwaaaa ikan patin gulai tempoyak, nangis terliur !!

    BalasPadam