Promosi Biskut Raya

11:22 PG JunAina 27 Comments


Sebulan sebelum berpuasa dah berpusu-pusu kaki-kaki bisnes sibuk mempromosi biskut raya masing-masing. Tuan punya biskut sibuklah dok buat sample bagai. Edar sana edar sini kat agent-agent masing-masing. Meriah. Kemeriahan raya sebelum puasa.

Saya. Jarang mengoder biskut raya kecuali tart gulung atau apa-apa jugak tart. Tahun lepas saya mula buat tart gulung sebab penat membeli. Bayangkan saya terpaksa membeli 8 balang tart setiap kali hari raya dengan kos min Rm30/sebalang. Jadi saya nekad untuk buat sahaja. Kenapa 8 balang? Rumah mak mesti bawak balik 3 balang kerana ramai tetamu. Kat rumah sendiri 2 balang, rumah adik 1 balang, mertua 1 balang dan mertua adik 1 balang. Adik masuk dalam senarai penerima kuih kerana tiap-tiap tahun dia sibuk dengan tempahan baju. Tukang jahit mana sempat tengok kuih. Biskut lain yang biasa saya buat Almond London dan Cornflake Coklat kegemaran anak-anak. Tart Gulung pulak kegemaran abah dan mak tok.

Kalau ada yang malas nak buat atau tak cukup masa boleh sahaja oder. Jom jamu mata.

1.   CHOC. CRUNCHY COOKIES = RM30
2.   PALOVA VELVET COOKIES = RM28
3.   CHOCOLATE COFFEE COOKIES = RM29
4.   CORNFLAKES COOKIES = RM28
5.   BISKUT KUACI = RM28
6.   ALMOND CHOC. COOKIES = RM29
7.   CORNFLAKES MERINGUE = RM29
8.   CHOC. HAVENT COOKIES = RM29
9.   SERI KANDI COOKIES = RM29
10. SAMPERIT = RM20
11. TART NENAS GULUNG = RM24
12. OAT SALJU = RM22
   
               
 Package ini siap ada free riben untuk buat hamper sebagai pemberian kepada emak mertua, saudara mara dan kawan-kawan. Tarikh tutup oder hanya 2 hari je lagi iaitu pada 10.7.13. Ini kawan saya punya. Kalau ada pertanyaan bolehlah call or sms  Ruhaizad Salleh 017-6557331








Tart Nenas.

 Samperit dan Oat Salju.


Storage. Nampak sangat kat pejabat.


Ini pulak hasil kerja tangan kawan saya yang lain. Ann. Rajin sungguh dalam dok bekerja tiap-tiap hari masih sempat dia buat kuih bagai. Kalau bekenan boleh email juna_ai@yahoo.com nanti akan dipanjangkan kepada tuan punya badan.


SATU BALANG – RM17.00

Banyak lagi sample biskut kat pejabat ni. Sampai penat nak layan dan serba salah hendak menolak. Itulah bagai dikata kalau sejenis kuih nak di oder sampai 8 balang mau pengsan! Rasanya tahun ini beli kerepek banyak-banyak kot, beli kat Pasar Borong ja, dah dapat supplier yang best. Orangnya best, kerepek best, harga pun best jugak.



You Might Also Like

27 ulasan:

  1. Belum ramadhan sudah terasa raya pula bila melihat kuih2 ni, hehe
    Semoga murah rezeki di ramadhan ini :)

    BalasPadam
  2. salam ..sedapnya biskut raya tuh..kalau dekat2 dah order daa..:)

    BalasPadam
  3. waa memacam ader ni....tart nenas paling saya suker...

    BalasPadam
  4. Kakak ni Aina kalau biskut meamng lebih suka buat sendiri. Tapi tahun ini kakak rasa nak beli ajelah... anak-anak dah makin kurang suka makan biskut. Mereka lebih suka ketupat rendang, mee bagai..

    BalasPadam
  5. time ni semua nampak sedapkan...
    no. 2 tu macam best saja...

    BalasPadam
  6. Wuu..sedap2 kuihnya..almond london......tart nenas pun sedap...

    BalasPadam
  7. assalamualaikum jun..tak pe kalau bos tak kisah..he~

    penuh le pejabat tu dgn segala kuih muih ye..meriahnya..

    selamt berpuasa semoga sehat menjalani segala ibadah.

    BalasPadam
  8. thn ni xfikir sgt psl kuih ry..mgkn buat 1-2 jenis kot nnti. ikut badan larat ke tak..hehe

    BalasPadam
  9. semuanya nmpak sedap..azie tk leh tgk biskut2 nie gerenti semua nak nanti hehe :D

    BalasPadam
  10. nanti PM tanya wife tengok dia berminat nak order tak...:)

    BalasPadam
  11. kat ofis saya ni pun ramai yg meniaga kuih raya kak...sampai pening nak pilih sbb terlalu byk...hahaha...

    BalasPadam
  12. Sejak dah tak bekerja ni JA okje buat je...buat biskut yg confirm anak makan mcm choc chip...lepas sebalang tuk MIL dgn Mak kandung dah le.... Huhu

    BalasPadam
  13. wahhh semua nampak sedap2 biskut raya ni.

    BalasPadam
  14. Adik SA buat kuih..tp untuk mkn anak betanak je..kat umah SA kuih x laku..more to mknan yg berat2 mcm mee goreng...mee sup..mee kari...nasiayam...

    BalasPadam
  15. tak sabar nak ngunyah biskut raya! hihihi~

    BalasPadam
  16. Fuh samalah ditempat kerja sudah ada sampel dan kataloh kuih Raya. :-)

    BalasPadam
  17. Banyaknya biskut raya...
    Sejak duduk utara, biskut utk rumah sendiri tak banyak pun tak apa sebab depa tak beraya cam orang kl atau orang johor (raya sebulan!)

    BalasPadam
  18. bermacam2 biskut ..nampak sedap dan cantik..selamat berniaga dan selamat menyambut ramadhan almubarak..

    BalasPadam
  19. buat sendiri lagi puas hati + berbaloi2.. rajin dgn idak je.. pastu dapat jimatkan sikit kos sedia ada..

    BalasPadam
  20. salam kenal dari fifi.. nampak best je kuih2 tu..

    BalasPadam
  21. wahh bersusun stok biskut raye hah heheeheh....lieya tak order lagi pun ni...malas ar nak beli byk2 sbb tak abis pun kat umah tu...nak masuk raye haji tak abis2 lagi hah...beli kepek2 je laa laku nampaknyer...

    tapi lieya tertarik red velvet cookies tu...tak penah rase....nampak mcm cun jek ....

    salam ramadhan buat juneaina sekeluarga...semoga ramadhan kalini memberi keberkatan kepada kite dan kite mendapat rahmat dari NYA...in sha Allah.....

    BalasPadam
  22. Saya tahun nie mungkin tak oder sgt laa cookies nie.. byk kerepek2 jerk sebabnya kdg2 tak abis pun.. :)

    BalasPadam
  23. uiiii da mcm kilang kuih raya ni ;-)

    BalasPadam
  24. zura prefer kerepek berbanding biskut2 raya.. biskut kalu makan banyak nanti muak pulak..

    BalasPadam