Shopping Bazar Raya di Jalan TAR
Syurga membeli belah bagi penghuni ibukota. Sebut sahaja Jalan Tuanku Abdul Rahman di bulan puasa pasti terbayang di mata ratusan gerai yang menjual pelbagai kelengkapan untuk menyambut lebaran terutama pakaian, tudung dan biskut raya. Tak kurang juga barang perhiasan rumah seperti alas meja dan bunga-bunga hiasan turut dijual kerepek, ketupat, serunding dan pelbagai barangan lain.
Seperti biasa pada hari Jumaat menyusur jalan dari pejabat ke Cap Square, melintas jalan melalui Jakel dan Ariani terus ke Jalan Masjid India telah penuh gerai-gerai. Kemudian menyusup masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, seribu satu macam pilihan yang ada. Tepuk dada tanyalah poket, poket bajet masing-masing. Harga barang agak berpatutan, banyak pilihan cuma perlu sabar ketika berjalan.
Tahun ini kelihatannya gerai-gerai sedikit teratur di Jalan Masjid India. Jalan tidak di tutup tiada juga gerai yang berada di atas jalan raya yang menghadkan ruang untuk kereta melaluinya. Parking moto juga masih ada kerana tahun lepas saya salah seorang yang menerima saman kerana parking motor di laluan pejalan kaki. Lalu saya bertanya kepada penguatkuasa DBKL. Seharusnya di mana kami perlu parking sedangkan lot parking motor dijadikan gerai, bila parking merata kami disaman jadinya DBKL kutip hasil umpama serampang dua mata, dua-dua dapat hasil. Tahun ini alhamdulillah parking motor tidak di usik cuma sedikit mengganggu hadapan gerai peniagalah. Penguatkuasa pun ada di merata-rata menjalankan tanggungjawab dengan amanah, begitu juga dengan pasukan polis dan juga persatuan peniaga di situ masing-masing ada tanggungjawab sendiri.
Lautan manusia di Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman menguji kesabaran pada bulan puasa. Kunjungan pada hari cuti Nuzul Quran, sesungguhnya saya lupa hari tersebut Selangor bercuti, jadinya saya turut terperangkap dalam kesesakan orang ramai padahal tiada apa yang penting yang saya cari cuma singgah dalam perjalanan ke Stesyen Komuter Bank Negara.
Pelbagai tudung dan baju yang terdapat di Bazar RayaJalan Tuanku Abdul Rahman.
Baju kanak-kanak perempuan yang cantik dan comel. Harga? Saya tidak pulak peduli kerana di rumah tiada lagi anak kecil (anak tumpang saya dah belikan baju).
Pelbagai jenis biskut raya, beraneka pilihan. Terdapat juga popia simpul, dodol dan kuih-kuih tradisional yang lain.
Selain memberi kemudahan kepada warga kota untuk membuat persiapan raya bazar raya ini juga membantu menjana pendapatan berganda buat peniaga-peniaga di sini. Bayangkanlah tapak-tapak gerai di sini mejadi rebutan ramai, ada yang sanggup membeli dengan harga puluhan ribu ringgit. Bilangan pengunjung yang ramai kerana Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman berada ditempat yang sangat strategik memberi kelebihan kepada peniaga-peniaga di sini. Kemudahan pengangkutan awam terutama bas dan LRT juga memudahkan pengujung untuk ke sini tanpa perlu melalui kesesakan lalu-lintas.
Masih buntu dengan persiapan raya apa kata kunjungilah Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman pasti tidak mengecewakan.
Rasa mcm nk pi jln TAR..tp x sanggup dgn kesesakkan....
BalasPadamMemang best pg Jalan TAR tu.Barang murah2.Cume bulan puasa ni kena fikir banyak kali sebab penat dan malas bersesak dgn org ramai.Ngee.
BalasPadamPenah soping raya kat jln tar ni dlu time nak raya...masa tu masih ddk di kl lagi...time tu...masih sanggup pegi lagi...walaupun tgh pose...tp...skrng...klau disuruh ke c2...sy akan pikir 2 3 kali gak...pening..! Tgk orng ramai2 skrng ni....huhuhu....
BalasPadamterasa kemeriahan sbb TAR mmg sentiasa sesak tmbh2 nak raya..huhu
BalasPadamSanggup akak redah jln TAR mase ni. Huhuhu....
BalasPadamsy pegi last week..ya rabbiiiii... sesak giler esp kt sogo + LRT
BalasPadamHi....x sabar nk pegi weekend nie kalau ade rezeki..huhu
BalasPadamSalam Jun!, saya tak sanggup bersesak-sesak meredah jalan TAR tu. Mahu pengsan dibuatnya...
BalasPadamKakak tak pernah jejak jalan TAR yg femes tu Aina. Kalau tengok tv tunjuk masa berita tu nampak memang sesak betul..
BalasPadamBelum sempat nak terjah jalan TAR lagi.. tengok laa weekend nie kut.. Nak gak rasa kemeriahannyaa heheh..
BalasPadamwak pon X penah smpi jln tar sepelaung je ni dr opis wak ..,uHuuu
BalasPadamdee pergi jalan tar hari biasa je..naik lrt dari bangsar..tu pun time lunch..hehehe..
BalasPadamLama benar saya tak sampai di TAR ...
BalasPadamsemua ada kat jalan TAR...
BalasPadamhati kena sabar mana jalan jem..orang ramai kan..
kalau bulan pose mmg x datang la kesini. x tahan sesak. alangkan bulan x pose pun x datang. inikan pulak bulan pose.
BalasPadamamboi dah macam iklan kat tv lak ...
BalasPadamkitapun suka ke sana.. kalau nak beli tudungtu memang kat situler tempatnyer... tapi dah lama sangat tak ke sana ...
tak sempat nak ke jln TAR thn ni...rasanya macm dah beli semua persiapan...tp rasa mcm tak puas pulak kalau tak pergi ke sini..dah mcm Tradisi pulak..tiap2 thn ke sini...walaupun cuma nak beli sehelai tudung...
BalasPadambila bershopping di jalan TAR, perlu persediaan kuat dr segi fizikal & mental
BalasPadamTak sanggup pegi waktu siang. Banyak tahun tak pegi. Then tahun lepas kami pegi, tu pun malam Raya. Masih ramai, tapi ok la tak penat sebab boleh makan minum.
BalasPadamlama dah tak pegi jalan TAR... dulu boleh kata setiap hari jumaat pegi sana cuci mata, lepas dah pindah keje ke sh alam takde dah..
BalasPadamtak sanggup nk shopping kat sana....ramai dan sesak , jauh plk tu..
BalasPadammmg sesak giler lah kat sini !
BalasPadamTahun ni saya tak ke sana. Sederhana saja. Cari keperluan di SP saja. Memang rambang mata nak buat pilihan..cuma kaki kena kuat, heee
BalasPadamkwn saya ada tapak kat jalan TAR tu kak...
BalasPadammewah hidup dia sekarang...banglo dia je 1.5 million...semua hasil berniaga kat jalan TAR tu lah..
tu lah namanya rezeki masing2 kan...
tak sanggup rasanya nak terjah jalan TAR sekarang ni...mesti tengah sesak dengan orang ramai yang shopping raya...
BalasPadamuih.. tak sanggup nak meredah jem dan manusia ke dan di sana!
BalasPadamTeringin gak nak gi tapi rasanya hubby tu mmg tak mo sebab je...lagi lagi dahh nak raya ni...kusss semangat...lagilah jemnya!
BalasPadam