Tautan Dua Jiwa Atikah dan Syaiful

9:44 PG JunAina 16 Comments




Pembuka bicara terimalah free style dari pengantin sekeluarga.

Syukur alhamdulillah. Sempurna sudah majlis pernikahan Atiqah dan Syaiful serta majlis menerima menantu Dr Dinon dan Puan Khairiah. Majlis sederhana tapi sangat meriah. Meriah dengan makanan. Meriah dengan keluarga. Meriah dengan kenalan. Kami tumpang gembira dengan kemeriahan majlis.


Majlis yang ringkas. Pukul 11am majlis ijab dan qabul bermula. Syukur alhamdulillah pengantin lelaki berjaya lakukannya dengan mudah nampak dari wajahnya yang tenang tetapi di hati hanya Allah s.w.t yang tahu. Selesai majlis pernikahan sesi bergambar bersama keluarga. Tanpa majlis persandingan, pelamin sekadar untuk sesi photoshoot sahaja.



Pengantin di meja makan beradab. Masih mengenakan busana yang sama, hanya pengantin lelaki menukar baju dan pengantin perempuan mengenakan layah di kepala.



Kek pengantin tiga tingkat. Air tangan si ibu buat anak tersayang. Kek coklat, red velvet dan rainbow cake yang di jadikan bertingkat-tingkat. Ada yang berkenan?



Meja makan VIP dengan pelayan khas. Bukan membezakan tetamu yang hadir sekadar memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu dari pihak lelaki yang datang jauh dari Johor.



Di hujung sana ada dua buffet untuk tetamu. Lauk yang sama sahaja di hidangkan bezanya cuma kena layan diri. Khemah dari hujung ke hujung untuk memberi keselesaan kepada jemputan supaya tidak perlu menunggu untuk duduk makan.



Candy corner dan cendol sebelah menyebelah. Ada kek cawan, lolipo, gula-gula, kuih bangkit dan jeruk. Agak-agak bro tu boleh lawan Tengku Mahkota Johor tak? Ampun tuanku.



Kek cawan yang menjadi kegemaran. Cantik dan suka sangat.





Makcik apron merah yang sibuk. Hari tu dia jadi tokey ABC. Biasa kalau AP.com ada aktiviti dia jugalah yang dok bertungkus lumus sagat ais. Orang Perlis panggil benda tu 'ais sagat'. Kena time panas-panas apa nak kata.



Budak tu seronok duduk kat photo booth. Masa ni dah petang jemputan pun dah tak ada apa lagi kami pun bergaya sakan-sakanlah kat situ.


Tak banyak gambar yang di snap. Segan (malu kata orang Perlis). Kalau rajin terjahlah blog yang ingin kukongsi kat sana pun ada jugak cerita yang sama tp gambar-gambar yang lagi syoklah. Menu kenduri yang sangat banyak Gulai Rebung Bersama Daging serta Kerabu Tauge dan Mangga signature rakyat Perlis (suami), Gulai Tempoyak Ikan Patin serta Rendang Tok signature orang Perak (isteri), ayam golek, keli berlada, sambal goreng dan daging masak hitam (ada ke yang tertinggal?). Ayam panggang raja yang menjadi signature dish tuan rumah dibuat khas untuk makan beradab. Selain itu ada kuih seri muka dan bingka ubi yang sedap sangat. Teh tarik sebagai pembasah tekak ada di coffee corner.


Seperti biasa rumah ni dah macam rumah sendiri. Pandai-pandailah layan diri. Nak makan, nak minum, nak ke bilik air mahupun nak bungkus makanan bawak balik pandai-pandailah buat sendiri. Jadinya petang tu adalah habuan untuk geng 'kedehoq'.


Akhir kata. Selamat pengantin baru buat Atiqah dan Syaiful. Jadilah pasangan suami isteri yang sering bertolak ansur, saling faham memahami dan jadikanlah agama itu sebagai pedoman dalam mengharungi bahtera. Buat Dr Dinon dan Kak E selamat menjadi pak mertua dan mak mertua yang baik. Rasanya buleh dah tu jadi role model untuk anak menantu!


You Might Also Like

16 ulasan:

  1. makcik apron merah tu blogger jgk kan?saya ada komen kt blog dia semalam

    BalasPadam
  2. salam.suasana ceria dan buat mood jaid senang..wah mahu ramai tetamu yag datang ini kan..

    BalasPadam
  3. aahai akak...meriahnya kenduri kawen sekarang ni...macam2 ada :)

    BalasPadam
  4. Comelnya tema coor dia.

    Ade rupa ke kak mcm TMJ? Ishhh!

    BalasPadam
  5. kek tu cantiklah...berkenan sgt.

    BalasPadam
  6. amboi kak azie tu...bz nmpk?
    best nyer tgk kek cm tuuuu

    BalasPadam
  7. meriah dan grand kak majilisnyer...suke tgk...susun atur semua sempurna, cantik n kemas...mesti tetamu pun seronok n teruja kan kak....

    kek tu laa cantik...bertuah dpt cut cake pengantin hasil air tgn ibu sendiri....

    BalasPadam
  8. Memula tu kakak ingat eh sedara Aina macam muka Azieazah hihi.. Tapi bila Aina kata tengok blog yg ingin ku kongsi tahulah kakak tak salah org...

    BalasPadam
  9. Bestnya tgk org kawen..huhu....

    BalasPadam
  10. Meriah dan grand majlis! Semoga pengantin berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

    p/s: salam kenal, nak tau kenapa nama blog rider sejati...unik :)

    BalasPadam
  11. selamat pengantin baru...
    besar-besaran tuh...

    BalasPadam
  12. Tahniah utk pasangan pengantin..sekarang ni kan kat majlis kahwin (yg moden la) mesti ada photo booth ni kan..comel je misai tu..hehe

    BalasPadam
  13. kek tu menariklah.. nampak sedap je :)

    BalasPadam
  14. cantik pulak photobooth tuuuu ;)) pastel sangatt warna pelamin tu.. nice.. ;)

    BalasPadam
  15. Ohhhh ini yg RS rewang tu yeh... Sekarang ni dahsyatlah siap ada canry corner bagaikan RS

    BalasPadam
  16. photobooth tempah mana kak?

    BalasPadam