Ramadhan 15 - Rindu Mak

8:41 PG JunAina 21 Comments


Syukur alhamdulillah. Menginjak 15 Ramadhan kita melalui bulan yang penuh keberkatan ini. Terlalu pantas masa berlalu. Terasa masih banyak yang perlu dikejar dan dibuat sebelum ia berlalu pergi. Suntuk rasanya masa apatah lagi bagi wanita yang sememangnya akan ada masa perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu, rasa rugi tetapi itu adalah kehendak Allah juga. Terasa rugi sangat bila seminggu tidak dapat menunaikan ibadah puasa, berterawikh, membaca Al-Quran barang sehelai-dua paling sedih bila terpaksa melupakan solat malam. Doa yang tidak terhijab di bulan Ramadhan, sungguh saya terasa rugi.


Menjelang pertengahan puasa hati tiba-tiba terasa hiba. Teringatkan mak di kampung. Usia sudah 62 tahun menguruskan 3 anak lelaki yang semuanya belum kahwin termasuk cucu perempuan berumur 12 tahun (anak sayalah tu). Kudrat yang semakin berkurangan dia terpaksa menguruskan semuanya, makan dan pakai mereka, mengurus rumah. Kalau saya mampu mahu sahaja gajikan amah tetapi mak pula tidak mahu katanya dia masih kuat. Sebenarnya semangat sahaja kuat badan taklah kuat sangat.


Awal puasa mungkin mak masih kuat tetapi sehari dua ni nampaknya sahur mak seperti sudah hilang rentaknya. Biasanya 3.30am mak sudah sibuk di dapur. Dua hari lepas sehingga saya telefon hampir pukul 5am mak baru teraba-raba mengangkat telefon, lewatlah sahur. Hari ini 4.30am saya telefon katanya baru bangun. Nampak mak semakin letih, tidak berdaya seperti awal puasa dulu. Rutin saya memang begitu setiap tahun akan telefon mak setiap kali bersahur, saya akan pastikan mak bangun. Lepas itu saya akan telefon tukang jahit (adik sayalah tu) depan rumah kejutkan sahur jugak manalah tahu penat menjahit tidurnya nyenyak pula.


Doa saya setiap kali sujud solat malam nan satu belum tertunai, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik hendak di beri. Jodoh. Bukan buat saya buat Angah iaitu abang saya. Hanya kepada DIA saya meminta (bukankah begitu selayaknya kita sebagai hambaNya). 'Pertemukalah jodoh Angah dengan wanita yang mampu membimbingnya ke jalan yang diredai olehMu, yang mampu memberi kebahagiaan buat Angah dan buat mak'. Bukan memilih, bukan tidak dipilih tetapi Angah bimbang andai menantu yang dibawa balik ke rumah tidak dapat melayan emak selayaknya.


Kerinduan ini saya simpan kemas setiap saat ada dihati saya. Setiap doa saya akan diulang-ulang penuh kesabaran, percaturan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat setiap hambanya. Saya percaya dan saya berserah.



You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Semoga mak kita sentiasa di dalam kesihatan yang baik...insya Allah akan sampai jodoh yang baik buat Angah tu..

    BalasPadam
  2. Allah maha mengetahui apa yg kita tak ketahui Aina. Pasti ada hikmahnya.

    Kakak pun setiap kali nak bersahur kami adik-beradik saling memanggil walau sekadar melalui talian tapi sebagai ingat-mengingatkan mana tahu ada yg terlewat.

    BalasPadam
  3. salam ramadhan # 15
    mujur rumah m3h ngan mak dekat je..bleh jengok selalu..kalulah jauh..mst rindu kan

    BalasPadam
  4. insyaAllah, jangan berhenti berdoa

    BalasPadam
  5. I Miss My Mak too..isk..isk..isk..

    BalasPadam
  6. huhuhu...saya pun rindu ma sy...

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan Aina

    moga ibu Aina sihat sejahtera agar dapat menjalani ibadah dengan cemerlang

    BalasPadam
  8. umur lebih kurang dengan mak nur...
    tiada lain yang kita pohon semoga mak kita sihat hendaknya...
    tang jodoh tu semua ditangan Allah...moga doa dimakbulkan, amin..

    BalasPadam
  9. Semoga doa akak dimakbulkan, insya Allah.

    Teringat mak saya, juga menguruskan dua orang. Masak..basuh. Semoga mak kita diberi kesihatan & kekuatan.

    BalasPadam
  10. in sha Allah kak...moga Allah dengar doa kite...skrang ni mmg mase yg terbaik tuk mendapatkan doa yg mustajab....bulan baik kan...moga2 ape yg dipohon diperkenan Allah taala...amin...

    BalasPadam
  11. moga mak akak sihat-sihat selalu..

    BalasPadam
  12. InsyaAllah, ada jodoh terbaik buat angah...

    saya pun rindu mak di kampung...huhu...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah anak yang baik menelefon emak setiap hari..

    Kita doakan yang terbaik buat emak ye ;D

    BalasPadam
  14. baca entry terkenangkan mak dan ayah..
    moga orang tua kita sihat dalam menjalani kehidupan seharian hendakNYA.

    BalasPadam
  15. Assalam, JunAina
    Pak Temuk mohon izin singgah. Terima kasih mampir ke blog Pak Temuk.

    Semoga ibu JunAina, dan yang serumah dengannya, sihat sejahtera dan dapat berpuasa dengan cemerlang. Amat wajarlah kerinduan terhadapnya di saat-saat begini, doakanlah kesejahteraannya, dan lakukanlah segala-gala yang terbaik untuknya sementara dia masih ada. Selepas Allah dan Rasul-Nya, ibulah segala-galanya bagi kita.

    BalasPadam
  16. nak cari isteri solehah yang dapat membantu suami ke syurga...insyaAllah, tetap ada buatnya. tambahan, niatnya murni.

    p/s Ramadan ini saya belum berkesempatan berbuka bersama Bonda saya

    BalasPadam
  17. Muda lagi emak JA yeh.... umur lebih muda dpd kakak OKje yg sulung...
    Mungkin belum ada jodoh yg sesuai tu JA.....
    Untuk mencari menantu yg sudi hidup sebumbung dengan mertua bukan senang JA... lebih eloklah Angah tidak beristeri kalau niatnya untuk menjaga emak...

    BalasPadam
  18. semoga doa yang akak panjatkan tercapai...dan semoga emak sihat-sihat hendaknya...salam kenal follow sineh...

    BalasPadam
  19. didoakan mak kak aina sihat selalu...yang penting tak lupa kat orang yang membesarkan kita :)

    BalasPadam
  20. Semoga mak akak sentiasa sihat selalu dan kuat sepanjang bulan ramadhan ini. Kalau nenek eka, umurnya dalam 67 tahun, sakit lulut. Tapi Alhamdulillah, Mak tam, iaitu adik mak , sefamily duduk dgn nenek.

    Takdelah risau sangat.

    Berkenaan adik eka tu, eka pun terkejut dia pregnant lagi. Tapi sebab masa dia keguguran haritu, janin keluar semua. Tak payah cuci. Tu yang kuat agaknya tu.

    BalasPadam