Sebenarnya Saya Isteri Dia - Anak Encik Mintak Tahan Wad

1:09 PTG JunAina 20 Comments


Dulu masa dia masih bertugas sebagai Pegawai Polis di Bukit Aman (sekarang sudah bersara) Pak Tuan lah tu, tiap-tiap hari menjadi kemestian menghantar dan mengambil isteri di tempat kerja. Tak jauh pun pejabat kami berjalan kaki pun boleh sampai sebab setiap hari Jumaat saya akan jalan ke sana dan lepak kat bilik dia sehingga petang (Jumaat saya kerja separuh harikan).


Suatu hari dia dengan bergayanya berdiri di bahagian hadapan San Francissco Coffe yang terletak dibangunan pejabat saya. Memberi senyuman paling manis buat isteri yang berlenggang kangkung bagai itik pulang petang bersama kawan-kawan. Dia dengan yakinnya terus menghulurkan kaki ke jalan raya tempat parking motosikal dan ketinggian antara lantai ke jalan raya tidak sampai 1 kaki (bayangkan anda memegang pembaris panjang 30cm). Tiba-tiba kaki Pak Tuan terpelecok, rupanya di situ ada satu longkang kecil lorong air yang lebih dalam dan memang diluar jangkaan.


Esoknya bekerja seperti biasa, buku lali bengkak. Sampai di pejabat agaknya sudah tidak mampu menahan sakit. Telefon isteri dan saya bergegas berjalan kaki ke sana, start motor dan bawak Pak Tuan ke klinik panel di Vista Tower. Doktor minta saya pilih mana-mana hospital untuk di rujuk. Buku lali Pak Tuan bengkak sangat, perlu x-ray dan rawatan lanjut. Saya memilih Pusrawi yang paling dekat dengan keadaan Pak Tuan yang tidak mampu berjalan, untuk ke klinik di tingkat 16 pun terpaksa menggunakan kerusi roda. Akhirnya klinik pinjamkan tongkat. Bayangkan saya bawak motor dengan Pak Tuan yang besar kat belakang siap dengan tongkat!


Terus ke bahagian kecemasan petugas ambil kerusi roda dan saya pergi parking motor. Kemudian uruskan pendaftaran. Bila jumpa doktor saya minta jasa baik untuk tahan Pak Tuan kat hospital sebab saya tahu walaupun dalam kesakitan dia tetap akan pergi kerja jadi kaki akan lambat baik. Di bawa ke tempat rawatan kecemasan untuk letak support bahagian kaki sementara saya menguruskan kemasukan ke wad. Masa di katil dia sibuk hendak balik. Kebetulan saya sampai tetapi di belakang langsir terdengar jururawat berkata. 'Encik tak boleh balik kena masuk hospital, anak encik minta doktor tahan encik kat wad'. Masuk ja saya senyum-senyum dan dia gelak besar.


Esoknya semasa doktor melawat saya masih di sisi Pak Tuan sebagai seorang isteri yang setia. Doktor memberi penerangan berkenaan rawatan yang akan diberi. Saya yang banyak bercakap bertanya itu dan ini, Pak Tuan hanya diam. Doktor pandang saya dengan satu tanda soal besar agaknya. Tanpa di minta saya beritahu 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!'. Senyum.


Buat MRI. Ligamen koyak. Rehat di hospital 3 hari 2 malam kemudian sambung cuti sakit selama sebulan. Saya puas hati kerana dapat memaksa Pak Tuan bercuti kalau tidak cuti tahunnya tak pernah berkurang cuti sakit jauh sekali. Namanya lelaki tentulah sangat memberi komitment yang tinggi pada kerjaya, masih ke pejabat sekiranya terdapat keperluan walaupun dalam cuti sakit.


Kesinambungan cerita dari sini dan sini.




You Might Also Like

20 ulasan:

  1. besar pengorbanan kita sebagai isteri kan..

    BalasPadam
  2. heheheh. comel ok citer akak ni. boleh buat SSID part 2! hihi~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kita cari produce eh. Mahu jadi heroin tak?

      Padam
  3. Hahahaha....rupanya isteri dia

    BalasPadam
  4. saya sebenarnya isteri dia..nakal citer ni kak..

    BalasPadam
  5. Berapa beza umur Pak Tuan dgn kak aina?

    Ligament koyak...huhuhu...buat surgical repair tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa soalan cepumas DZ oiii... 21 tahun! Boleh bayangkan? hahhaaaa...

      Tak pun! Letak support ja, buat physio beberapa kali kot (dah ingat lupa).

      Padam
    2. 21 tahun????? !
      Hihihih..

      Padam
  6. Sambil baca sambil senyum. TErbayang isteri menunggaang motor, suami dok belakang. So sweet ☺☺

    BalasPadam
  7. tetiba sy rs seriau bla bc part terpelecok tu aduiiii

    BalasPadam
  8. Mcm baca cerpen pun ada...^__^

    BalasPadam
  9. Biasa laa lelaki kan kalau dah suka kerja tuh tak nak dia cuti2 kerja tuh lebih penting dari kesihatan..kan..

    BalasPadam
  10. so sweet..teringat sepupu dee..suami dia takde lesen motor..isterinya ada..masa naik motor tetiba ada roadblock..so tukarlah..isteri bawak, suami jadi penumpang..tapi polis mcm tak caya sbb masakan seorang suami boleh biarkan seorang isteri yang mengandung 7 bulan membonceng suami dia di belakang..hahaha..xde lesen pya pasal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaaa...itu lagi kelakar Dee, isteri nagndung tu!

      Padam
  11. isteri memang pikiaq semua benda kan Aina ?nama pun isteri kan?.nak yg trbaik saja utk family.

    BalasPadam
  12. hehehhehehee..

    boleh buat skrip drama!!

    BalasPadam
  13. hadoi ngilu nye baca part ligamen koyak tuh...

    BalasPadam