Persiapan Menyambut Puasa dan Berhari Raya
Minggu depan 10hb Julai kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan terkumpulnya seribu kebaikan buat kita semua. Insyaallah lagi 8 hari akan bermulalah marathon mengejar pahala berganda buat kita semua. Doa dipanjatkan agar kita semua diberi kekuatan iman untuk merebut apa yang terdaya, juga moga-moga kesihatan kita juga akan baik untuk kita meneyempurnakan ibadah.
Sabtu lepas menghadiri perkahwinan anak seorang teman (kemudian
cerita coz terlupa pulak nak bawak cable untuk copy gambar). Kebetulah masjid di sebelah rumahnya mengadakan karnival.
Semasa solat zohor sempatlah mendengar forum yang di adakan di dalam masjid.
Panelnya seorang ustazah dan ustaz (tidak pasti siapa kerana semasa
sampai forum telah lama berlangsung).
Tajuknya berkenaan Puasa dan Wanita. Antara yang sempat didengar.
1. Tidak
digalakkan berpuasa sunat selepas 15hb Syaban.
2. Di
bolehkan berpuasa selepas 15hb Syaaban apabila berpuasa sunat Isnin dan Khamis
menjadi rutin hidup.
3. Kepada
wanita-wanita yang masih mempunyai puasa qada dibolehkan berpuasa.
4. Puasa
pada hari syak yang jatuh pada hari Isnin atau Khamis di bolehkan bagi yang
rutinnya berpuasa sunat Isnin/Khamis.
Itu adalah antara perkara-perkara yang jarang kita dengar di
ajukan soalan kecuali perkara nombor 1. Banyak lagi soaljawab yang di utarakan
sebagai membantu wanita-wanita yang berada di dalam dilema tentang puasa kerana
bagi lelaki mereka wajib berpuasa penuh selama sebulan tetapi wanita ada masanya
tidak mampu berpuasa yakni uzur syarie yang kadang-kadang memerlukan penjelasan
yang lebih lanjut. Terutama bagi ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.
Seorang ustazah ini juga ada menyebut berkenaan persiapan
Syawal yang melebihi persiapan kita menyambut Ramadhan. Sebelum berpuasa lagi
sudah mula menempah baju, membeli baju raya satu keluarga dan berkira-kira
berapa jenis kuih raya yang hendak dibeli mahupun dibuat. Ada pulak tu sudah
mula bermasam muka berebut hendak beraya di rumah keluarga masing-masing
dahulu. Sedangkan kita mengabaikan
kehadiran Ramadhan, kita tidak pula sibuk mencari telekung yang cantik-cantik
untuk bersolat tarawikh.
Bagi Aina semua orang ada pendapat sendiri. Membuat
persediaan awal untuk Syawal tidak bermakna kita melupakan Ramadhan yang bakal
menjelma dahulu. Persiapan awal juga memberi ruang kepada kita untuk lebih fokus kepada Ramadahan. Tidaklah pula kita sibuk membuat persiapan raya pada siangnya
dan apabila malam selepas berbuka kita keletihan langsung meninggalkan tarawikh
serta amalan-amalan lain.
tima kasey sbb sudi terjah dan follow blog zura..zura dh follow ur blog..
BalasPadamTiap2 tahun skrip nya sama: :P
BalasPadam- berebut nak balik kampung masing2
-berebut plot bazar ramadan
- masjid penuh 10-15 hari pertama ramadan aja
ganti mana yg belum ganti, hihi :D
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamterima kasih atas peringatan yg diberi
Pengisian yg baik Aina. Betul tu apa yg Aina catatkan di sini. Sama juga dgn hal solat. Kalau yg selalu dah solat dhuha, sunat ba'diah dan qobliah pada mereka yg uzur tiba-tiba ganjaran tetap diberikan walau pada hari-hari seterusnya dia hanya solat wajib tapi yg sunat akan dicatat terus sebab biasa dia dah lakukan selalu. Jadi samalah dgn kita yg selalu puasa isnin/khamis boleh lakukan sampai bila-bila...
BalasPadamKita cuba buat Ramadhan ini sebagai Ramadhan yg terbaikkan RS..
BalasPadamassalam,
BalasPadammemang lazimlah masyarakat kita sekarang ni nampaknya persiapan untuk syawal itu mendahului dan melebihi dari persiapan ramadhan...
mudahan di Ramadhan Al Mubarak tahun ini kita akan dibuka pintu hati untuk muhasabah diri memenuhi persediaan rohani agar mendapat syafaat dan keampunan NYA kelak..amiin
tak sabar nak menyambut ramadhan. tahun ni terasa lain sangat. mudah2an ada rezeki dan diberikan umur nak menyambut puasa kali ni. bagus la diadakan ceramah macam tu, dapat refresh balik mana2 yang dah lupa...hehehe
BalasPadamInsyaallah, semoga kita dapat menikmati Ramadhan kali ini. Dah tak lama lagi...
BalasPadamSemuga ramadhan kali ini dilebihkan amal daripada membazir-bazir kan? Selmat menyambut ramadhan jun.
BalasPadamIn sha Allah kak...moga kite mendpt berkat dibulan ramadhan ....syukur alhamdulillah kite bertemu lg ramadhan kali ni kan kak....
BalasPadamLieya tahun ni mcm tahun2 lain bersederhana jugak kak dlm persiapan raya...lebihkan pd anak2 jek...
dalam tazkirah surau tempat saya, ada sebut janganlah perkecil2kan orang yang mai terawih di masjid. "Ala, masa 1-15 ramadhan je penuh, lepas tu sebaris, dua baris saja". Biarlah sebaris ke, 2 baris ke...janji depa datang solat terawih. wallahua'lam
BalasPadamfeel ramadhAn mmg dah lama ditunggu tunggu
BalasPadamSekejap sahaja sudah umat islam bakal melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Semoga amalan dibulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.
BalasPadamtq berkongsi ilmu....nasib baik dh habis ganti puasa...tgg ramadhan dgn gembira
BalasPadamSalam perkenalan :) Ros follow sini, #371.. minggu depan bulan Ramadhan.. kita semua akan berpuasa.. tak sabar rasanya :)
BalasPadamsuka bulan ramadhan sbb rutin harian berubah...saya buat sikit makeover kat rumah...rasa mcm bersemangat nak sambut ramadhan..
BalasPadamsalam moga2 kita akan ada masa sebelum menyambut ramadhan..
BalasPadamsalam kenal dari sahabat cahayacinta.jemputlah datang ke sana ya
InsyAALLAH akan menjalankan ibadah puasa dan terawih dgn sempurna
BalasPadamtq share this. sama2lah kita yer
BalasPadamthanks kak aina berkongsi dan menambahkan ilmu orang yang membaca
BalasPadam