Resepi Roti Goreng Mudah dan Sedap

12:16 PTG JunAina 23 Comments


Sebagai seorang wanita berkerjaya yang sentiasa dihambat waktu semestinya memilih menu yang mudah di siapkan buat keluarga tetapi mutu kesedapan tetap perlu dijaga. Kesibukan bekerja, kesesakan lalu lintas semuanya itu terlalu membataskan waktu untuk menyediakan hidangan yang renyah buat keluarga. Hari ini saya ingin berkongsi resepi mudah dan sedap yang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak.


Resepi ini juga dapat mengelakkan pembaziran kerana intinya boleh gunakan leftover iftar hari sebelumnya. Contohnya seperti sambal sardin dan sambal ikan bilis yang saya guna.


roti goreng mudah dan sedap


Resepi Roti Goreng

Bahan:

Roti Putih Gardenia (boleh juga guna jenama lain)
Sambal ikan bilis/sambal ikan sardin
Tepung gandum
Tepung beras
Garam
(Boleh juga masukkan tepung goreng pisang + tepung gandum)

Cara-cara:

Campurkan tepung gandum dan tepung beras dengan nisbah 2:1
Bancuh dengan air dan tambah garam serta sedikit kunyit (untuk serikan warna roti)
Roti dipotong empat secara menyerong
Letakkkan sambal ikan bilis/sambal sardin ke atas roti dan ambil sekeping lagi letak di bahagian atas (seperti buat sandwich)
Celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan


Resepi mudah, cepat dan sedap telah siap. Ini adalah menu kegemaran anak-anak saya. Biasanya mereka tidak suka menjamah kuih sewaktu berbuka tetapi bila roti ini dihidangkan mereka pasti mengulang sampai habis. Intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh menggunakan daging cincang yang dimasak bersama sayuran atau dimasak dengan kentang. Boleh juga diganti dengan sayuran campur yang ada kacang, jagung dan carrot di masak dengan telur atau daging/ayam cincang atau boleh juga guna sosej. Sekiranya suka manis boleh diganti dengan inti kelapa lebihan buat ketayap, inti kacang merah lebihan buat pau mahupun inti kacang hijau lebihan kuih kasturi. Pendek kata ikut kreativiti masing-masing.


Saya sentiasa menjadikan masak-memasak tempat saya melepaskan lelah bekerja. Puas hati tengok hasil setelah bertungkus-lumus memasak dan selepas itu keluarga makan dengan penuh berselera. Masak dengan ikhlas akan terbit kasih sayang dan dengan kasih sayang walaupun makanan itu hanyalah menu biasa-biasa akan terasa luar biasa bagi anak-anak. 


Contohnya semalam saya lewat balik kerja, mengharapkan si abang di rumah masak nasi, rebus telur dan keluarkan ayam. Sampai di rumah saya bersilat di dapur memanaskan sambal yang memang saya masak untuk stok seminggu, masukkan telur siap sambal telur saya. Sementara itu saya garam kunyitkan ayam, masuk rempah kari daging, campak tepung gandum dan sedikit tepung beras dan goreng siap ayam goreng celup tepung saya. Dua resepi mudah berbuka puasa menjadi tiga bila sambal goreng masih berbaki (ini pun saya buat semasa cuti hujung minggu, sambal goreng kering dan garing yang tahan berhari-hari).


Ibu bekerjaya perlu bijak mengurus masa tambahan pula saya tiada pembantu.




You Might Also Like

23 ulasan:

  1. salam ramadhan # 14
    sedap ni,m3h pun suka..tq share

    BalasPadam
  2. ni pon dah cukup utk menu buka puasa kak..

    BalasPadam
  3. thanks akak share resepi...wawa suka semua makanan berunsurkan roti ni..memang best! tq :)

    BalasPadam
  4. alahai...favourite saya ni..lebih-lebih lagi kalau intinya sardin..boleh habis sepinggan tau...

    BalasPadam
  5. sedapnya buat roti goreng...
    nur pula intinya sardin, salut dengan serbuk roti dan goreng...ini yang nak buat..selalu bln posa tak pernah miss buat...

    BalasPadam
  6. pernah gak try buat sekali lama dulu tapi tak jadi.. tgn takde seni..
    hehe..

    BalasPadam
  7. Boleh cuba ni...thanks sharing...

    BalasPadam
  8. masak sendiri lagi sedap dari beli kat luar kan kak.. ;)

    BalasPadam
  9. mmg sedap ni selain kita celupkan degn telur kan !tq share yer

    BalasPadam
  10. uiii semua bhn ada kt umah...bleh buat ptg nnt...

    p/s TERIMA krn sudi join GA sy ;-)

    BalasPadam
  11. Sedap juga kalau makan masa balik terawih ni, sambil minum teh panas.

    BalasPadam
  12. bulan puasa tak membeli roti jd xleh ler buat roti goreng ni..bulan tak puasa baru boleh buat..hehe

    BalasPadam
  13. Hmm..mmg sedap kalau wat gini.. :)

    BalasPadam
  14. Aina memang cekap memasak..siap sampai bersilat2 lagi tu, ...takkpa yg penting keluarga tak terabai sbb bekerjaya yg memenatkan di luar seharian. Selamat meneruskan ibadah Puasa dibulan Ramadhan yang mulia ini dgn keceriaan makan makanan masak sendiri.

    BalasPadam
  15. wah...lebih hebat dari "lipas kudung" ni, jun..
    tapi penat hilang bila anak2 menyukainya kan...

    BalasPadam
  16. sedapnya kak...saya suka roti sardin...

    BalasPadam
  17. setuju sangat ni, mudah, sedap, menyelerakan dan sodap.

    BalasPadam
  18. saya pun pnh buat.. alahhh tiba2 plak rasa nak buat lagi.. hihi

    BalasPadam
  19. Wanita bekerjaya kene tangkas gitu....

    BalasPadam
  20. roti goreng tu..
    kalau beli 5 ketul 2 ringgit
    padehal kalau buat sendiri.. lagi sangat berbaloi kan..

    [ malas je nak buat]
    hehehee

    BalasPadam
  21. Betul tu JA....memang kena tangkas mengurus masa dan kreatif...
    Roti tu kira mcm kita goreng pisanglah yeh!...emm boleh cuba tu...selalunya goreng celup telur je!

    BalasPadam