Cabaran Sepuluh Malam Terakhir

3:15 PTG JunAina 14 Comments


Syukur alhamdulillah kita melalui Ramadhan dengan limpah kurnia kesihatan yang baik, membolehkan kita melakukan ibadah sesempurna mungkin. Berpuasa tanpa tinggal, berterawikh setiap malam dan berqimullail selagi mampu. Satu bulan dari 12 bulan yang perlu sedikit pengorbanan untuk pahala berganda.


Suatu hari saya berkesempatan untuk menonton televisyen rancangan Unsung Places - Echoes Of Ummah yang dihoskan oleh Fakhrulradhi, kembara Vietnam ke sebuah perkampungan terapung yang dihuni oleh penduduk Islam. Menemubual seorang penduduk Islam di sana nyata mereka lebih menghargai Ramadhan yang datang setahun sekali, kedatangan yang membawa seribu rahmat dan pahala berganda. '11 bulan bekerja mencari rezeki demi tuntutan dunia Ramadhan akan dipenuhi dengan amal ibadah dan meninggalkan semua kerja lain, hanya menumpukan kepada ibadah.' Kagum. Bermakna pada bulan Ramadhan dia akan bercuti dari melakukan kerja dan walaupun ada pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lumayan sekali pun dia akan meolak demi menumpukan pada ibadah. Masyaallah. Semoga pengorbanannya terbalas.


Tidak dinafikan setelah melalui 20 hari puasa badan mungkin agak semakin keletihan sementelah pula seharian bekerja, balik kerja menghadap jem yang agak teruk. Inilah antara cabaran yang besar. Fizikal semakin letih tetapi minda perlulah kuat, lawan tuntutan badan dan mata. Setkan di minda arah serta tujuan kita yang sebenarnya berserta niat insyaallah semua akan berjalan dengan baik. Allah s.w.t akan membantu. 


Kaum ibu pula lain cabarannya. Persiapan hari raya yang tak pernah habis sehingga tiba pagi lebaran. Berlumba-lumba menyiapkan baju, langsir dan juga biskut raya. Kadang-kadang sehingga terlupa pada sisi-sisi penting hadirnya Ramadhan (ini termasuklah saya letih menguruskan segalanya kadang-kadang tidur pun nyenyak).


Pertambahan umur mempengaruhi cara kita berfikir dan menerima Ramadhan. Suatu ketika dahulu kita berkeinginan biarlah Ramadhan cepat berlalu. Puasa seperti rasanya tersiksa, zaman kanak-kanak yang sentiasa manis. Bila semakin dewasa kita menerima seadanya, berterawikh seperti orang lain. Memasuki usia matang berbeza pula cara penerimaannya. Kita menghayati, merebut apa juga nikmat dan rahmat yang Allah s.w.t bawa bersama Ramadhan. Kita mula memahami dan menghayati ertikata sebenar bulan mulia ini.



أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kuatkan mental bersama-sama kita mencari Lailatul-Qadar moga kita akan mendapat apa yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t yang sentiasa pasti. Beruntunglah bagi orang yang sentiasa penuhi jiwanya denga keimanan. Sekiranya mampu beriktikaflah di masjid kerana itu adalah yang terbaik. Sekiranya tidak buatlah sehabis baik di bulan ini berbanding 11 bulan yang lain.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Suka jugak tgk rancangan unsung places tuh.. Kesian tgk tempat tinggal dan tempat solat mereka.. Tabah betul dia org kan..

    BalasPadam
  2. 10 terakhir Ramadhan adalah saat yang sangat sangat indah. Ketika inilah nak buat ibadah banyak banyak, supaya dapat pahala macam 1000 blan beribadah & plus doa kita akan dimakbulkan ketika Lailatul Qadr.. InshaAllah

    BalasPadam
  3. kalau anak2 siap tanya bila lailatur qadar nak datang ni mama...

    BalasPadam
  4. moga Hidayah Allah diberikan pada kita ....dn malam tersebut menjadi milik kita..amin..amin

    BalasPadam
  5. teringat pesan suami kak, "kalau tak boleh buat banyak, jangan langsung tak buat"

    BalasPadam
  6. Salam aina..

    bila umur semakin meningkat terasa begitu sayang dengan ramadhan.. sebab tak tahu lagi boleh berjumpa atau tidak kita dengan ramadhan yang seterusnya.. semoga segala amalan dan doa2 kita diterima oleh Allah.. semoga kita dapat bertemu dengan malam lailatul qadar.. insyaAllah..

    BalasPadam
  7. lagi hendak buat anyak ibadat..lagi banyak godaannya, letih la..megantuk la... insyaAllah hadapi dgn semangat dan "ikat kain ketat-ketat" .

    BalasPadam
  8. tp yg bestnya kan kak =) org prmpn wlau ltih mcm mn pn..ttp smgat bershopping raya dn bt biskut raya..he3 pelik jugak sy..apa pn..jum sama2 kita cari malam lailatul qadar =)..smga dpermudahknNya

    BalasPadam
  9. Salam JunAina,
    Semoga Allah utuhkan iman serta taqwa kita ...

    BalasPadam
  10. Untung akak masih boleh tengok tb. Saya. Huhuhu.....

    BalasPadam
  11. makin lama makin berat dugaan yang tiba...adakah kita mampu bertahan?

    BalasPadam
  12. Kalau lah boleh beriktikaf dalam masjid.. cabaran orang ada anak kecik lain pula halnya.. baru mengaji dua, tiga mukasurat Deeja nak kencing la.. solat terawih pun buat di rumah je, sbb takut Deeja ganggu jemaah lain.. baru buat 4 rakaat terawih deeja dah merengek nak perhatian.. ujian Allah untuk kita kan.. bagi menjadikan kita lebih bertaqwa..

    BalasPadam
  13. sbb tu shin kesian kalo emak emak yak penat dok bekeje.. lik umah kena buli wat itu ini.. masak.. membasuh.. mengemas.. kang ada yak x kena org len tau mengomplen je.. tau mengoder je.. hope sama sama la bantu emak emak mana yak "mampu".. hikk.. kesian emak emak.. dorang kena sehat dan berehat utk focus activity beribadah dalam bulan Ramadhan gak..

    BalasPadam
  14. Betul tu JA kalau ye tak ye mmg malas, mengantuk dan macam macam lagi dugaannya!

    BalasPadam