Fesyen Baju Raya

9:51 PG JunAina 25 Comments

Ramadhan 10.

Sibuk memikir baju raya tetapi sebenarnya baju raya dah siap sebelum puasa lagi. Almaklumlah nak booking tukang jahit bukannya senang (walaupun adik sendiri), kalau lambat penuh pulak terpaksa beli yang dah siap. Sekarang banyak pilihan baju siap, pilih sahaja banyak sangat butik termasuk butik maya. Jalan TAR berlambak-lambak baju tapinya mungkin tak mengikut citarasa sendirilah, saiz pun taklah mengikut ukuran badan sendiri. Kadang-kadang baju dah cantik masuk, kain pula gedabak besar.


Sebelum puasa lagi baju dah siap tergantung kat rumah tukang jahit (adik sayalah tu), cuma hujung tangan dan kaki baju belum berjahit nampak gayanya ada harapanlah kena jahit sendiri. Kain belum siap lagi, jangan pakai baju sahaja sudahlah raya nanti. Adik saya tukang jahit merangkap pereka design baju untuk saya, baju raya, dress dinner semua dia design dan jahit untuk saya. Banyak tempahan baju pengantin jugak tetapi masa-masa seperti sekarang ini dia tolak sebab nak bagi tumpuan untuk tempahan baju raya sahaja. Pening kadang tengok dia mereka design kain bertingkat, baju berlapis, beropol bagai untuk pengantin tapi bila siap puas hati sangatlah cantik. Puas hati dia pening-pening pusing kain bagai. Dulu adik saya buka kedai jahit di Fasa 1, Bandar Baru Bangi tapi kedai 2-3 kali kena pecah masuk dia ambik keputusan untuk tutup dan balik menjahit di rumah. Rupanya Allah s.w.t nak bagi rezeki lain kat dia, lepas tu dia dapat baby after 8 years kahwin.


Melalut!


Tahun ini tukang jahit saya beraya di kampung haruslah saya tempah baju sakan-sakan. Mak kalau anak tak cukup sorang kat rumah dia jadi lemau di hari raya. Letih, monyok dan tak ada semangat hendak beraya.  Jadinya kami taklah jalan sakan-sakan. Jadi kalau tukang jahit tak balik saya hanya buat sepasang baju, tahun ini banyak sikit. Dua pasang telah siap dijahit, sepasang cotton blink-blik readymade dan sehelai jubah beli awal tahun dulu belum dipakai. Banyaknya? Inilah baju baru sepanjang tahun saya kerana saya hanya beli/buat baju kurung time raya sahaja. Baju 10 tahun lepas pun saya masih pakai. Begitu juga blouse saya. Agaknya kawan-kawan pejabat naik jemu tengok saya pakai baju yang sama sahaja. Di ulang.


Tukang jahit jarang buat baju kurung biasa untuk saya, pilihan utama dia akan buat kurung pahang, pesak gantung atau kurung moden. Saya bukanlah orang yang mengejar trend. Pakai apa yang rasa cantik di mata kerana bagi saya cantik pada orang belum tentu cantik apabila kita yang sarungkannya. Saya suka color bloc tapi dengan usia diambang 40an begini rasa tidak kena dengan jiwa (sebenarnya suami tak suka). Pernah saya memilih kain bercorak tribal, berkerut kening Pak Tuan memandang. Jadi saya kembali ke alam nyata. Trend tak semestinya sesuai untuk kita. Peplum saya suka tapi untuk menyarungkannya tidak rasanya.



 Jubah dress kembang payung, kainnya di potong. Warna mengikut tema majlis perkahwinan sepupu November 2012. Design dari adik saya, jahit pun adik saya. bahagian tangan tersusun butang balut, senang nak berwuduk.




Kurung moden kain lace, dinner company tahun 2008. Recycle Mess Nite 2010.




Dress satin potongan A kembang di bawah tapi kain still 2 pices. Tiada potongan di bahagian pinggang. Jahitan sulam tampal berwarna dihitam di bahagian dada dan tangan di sulami labuci. Tali pinggang dari kain lembut dan diletakkan brooch besar. Semua idea tukang jahit (adik sayalah tu). Dinner 2011.




Kebaya kesayangan saya. Di buat hampir 9 tahun lepas, sehingga kini saya masih memakai baju ini, sebab sayang sebab suka. Menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat 2 tahun yang lepas.



Seiring peningkatan usia, fesyen saya juga turut sedikit berubah. Tiada lagi kebaya yang ditempah tetapi masih mengenakan juga kebaya yang dibuat 6-7 tahun lalu. Pemilihan t-shirt, blouse, tudung juga turut berubah. Sebabnya manusia sehingga sampai satu tahap dia akan berubah dan mungkin telah sampai masanya saya melalui fasa itu. Berfesyen tetap berfesyen tetapi saya meletakkan satu had untuk diri sendiri sebagai guidline.




You Might Also Like

25 ulasan:

  1. bestnye kak ada adik tukang jahit. siap boleh design fesyen baju lg..

    BalasPadam
  2. KA suka berjubah lak skang ni hehehe

    BalasPadam
  3. 1 baju dah siap sebelum posa..
    tinggal 1 lagi je kat tailor..

    BalasPadam
  4. Kiranya Aina masih maintain tak gemuk walau dah 9 tahun masih boleh pakai lagi baju-baju tu..

    BalasPadam
  5. cantik2 baju akak....rupenye adik sendiri yg buat...untung la camtu kak...

    hepy weekend kak!~

    BalasPadam
  6. Blh pos ni kak. Jeles la. Cantik.....

    BalasPadam
  7. Dress satin tu cantik kak..berkenan nengoknya. hihi. adik akk buat juga ya..pandai dia buat.. :)

    BalasPadam
  8. berkenan sgt ngn baju biru lace kak jun tu !!

    BalasPadam
  9. Nisah masih terkial2 duk pikir warna ape lah baju raya tahun ni hehhehe :)

    BalasPadam
  10. Pelbagai fesyen baju raya kan?.. cantik je tgk..
    tahun ni meriah dengan kurung peplum kot...:)

    BalasPadam
  11. Baju raya...selalunya baju kurung la tapi makcik lebih suka cotton lebih sejuk.

    BalasPadam
  12. ni kira pandai berfesyen jugakle.
    kak ni tak boleh masuk book. dari dulu, kalau tak kurung riau, mesti kurung pesak. badan jun maintain, kira oraitle tu. beruntung dapat adik, si tukang jahit ya...

    BalasPadam
  13. amboiiii yg pakai dress putih tu..mcm mak datin la... ;-)

    BalasPadam
  14. untungla ada adik tailor, saya senang ja.pi kedai try ,bayar dn bawa balik.tpi best kan kalau ada tailor sndiri yg willing to sew for you anytime u want it.msti I reka mcm2 fashion..

    BalasPadam
  15. lawa-lawa belaka. untung ada adik tukang jahit, dia designer, dia tailor. saya selalu beli butik biasa je. memang nasib badan agaknya..susah nak cari tailor. yang ada pulak tutup tempahan awal. yang tak ok banyak la...bila jahit ada je tak sedap.

    BalasPadam
  16. berfesyen mengikut kesesuaian usia kan..akak baru nak start menjahit baju anak2 ni.

    BalasPadam
  17. saye sokong..bile sampai mase.. naluri hati yang akan pandu kite ke arah berfesyen.. biar lah bersederhana.. jgn terlampau menonjol sampai memjadi perhatian org ramai..

    BalasPadam
  18. cantik je fesyennya... tak kisah la kan, janji kita masih menutup aurat dan nampak adab orang timur

    BalasPadam
  19. singgah sini..
    skrg fesyen peplum yg byk..baju raya pun peplum.
    pandai adik jahit.

    BalasPadam
  20. Aina...
    org bekerja ni lagi kreatif nak mempelbagaikan fesyen baju kurungnya...
    akak...
    biasa jer dari tahun 92 sampai sekarang....
    (92-sebab last kerja..)

    BalasPadam
  21. Senang bila adik sendiri jadi fesyen designer nikan JA....
    Lagi pun JA ni slim ...pakai apa pun cantik dan sesuai!

    BalasPadam
  22. akk pndai bergaya..sy x reti..hehe.. ntah knapa selesa berbaju kurung jeee..

    BalasPadam
  23. tahun m3h tak tempah baju raya,pakai bajum lme je..hee

    BalasPadam
  24. ada kawan saya
    tempah baju kat kampung dia kat Kuching
    murah gila..
    sepasang 40 rm
    budak2 20 rm

    BalasPadam