Semanis Tebu, Sesedap Mata Kucing Di Petang Raya

2:30 PTG JunAina 23 Comments



Petang sikit keluar ke Hutan Lembah, Mata Ayer menziarah adik mak Pak Njang Ismail yang demam di hari raya (Hutan Lembah tu nama tempat yang sebenarnya tak ada hutan tebal pun kat situ). Beraya di rumah baru dan ini juga kali pertama saya sampai ke sini. Hidangannya laksa, ketupat palas dan biskut bagai. Gambar makanan tak ada sebab orang asyik beraya di dalam rumah kami pulak lepak sakan-sakan di pondok kat luar rumah. Nikmat.



Mak dara pinggitan. Gambar ini menggamit kenangan memori dulu-dulu masa bermain keleboq, berlari di bataih bendang dan berkubang tangkap ikan. Syahdu. Angin sepoi-sepoi bahasa di bawah rimbunan pohon bambu depan kolam ikan. Teringat zaman kecik-kecik kutip telur itik yang bertelur sesuka hati di batas bendang, di dalam semak mahupun di perdu pohon rumbia.



Pak Njang saya, masih tak sihat muka pun nampak pucat dan letih tapi gelak sakan-sakan jugak bila adik-beradik, anak menakan dan cucu menakan berkumpul ramai-ramai kat rumah depa. Apa taknya kami konvoi 5 biji kereta, 1 Estima dan 1 Toyota Hilux, parking penuh halaman tu pun tak habis yang datang depa pi sesi malam.



Suasana kat dalam rumah di ruang tamu ke dua, kat ruang utama pun penuh juga. Kat sini cepat sikit boleh makan pasai dekat dengan dapur sikit.



Edisi luar rumah, intai ikan kat kolam konon nak mancing petang-petang raya ikan pun dah kenyang makan ketupatlah. Pakcik sekeluarga dalam warna ungu, baju belang anak bungsu Pak Njang Pasrah Ridzwan tapi kami panggil Malim.



Jemu ketupat, rendang dan segala jamuan raya kami selongkaq bahagian luar rumah. Tebu subur di halaman jadi mangsa. Nikmat-nikmat. Budak-budak zaman sekarang mana reti makan tebu gitu minum ayaq tebu depa tau la.



Korang ada? Petik mata kucing yang berbuah lebat, pokok pun rendah je senang tak perlu nak bergalah bagai. Habis kami kerjakan buah mata kucing yang ada. Besar, manis dan berjus.



Penutup me and my anak bujang. Rajin ni anak bujang saya ada yang nak booking jadi besan saya tak? Hahhaaaa...


Selepas rumah Pak Njang kami ke Kok Klang rumah saudara mak, menjengah baby baru lahir. Ziarah keluarga dari Acheh. Mak saya masih kuat lagi darah Aceh. Baru-baru ini ada saudara dari Aceh datang mencari susur galur keluarga siap bawa salasilah keluarga yang telah kusam. Pencarian sehingga ke Muzium Kedah. Ini lain kali saya cerita bila saya dapat pergi Aceh sebab masa depa mai saya kat Kajang depa jumpa mak saya sahaja. Tapi rupa keluarga kat sana lebih kurang seiras kami kat Malaysia.


Monyang perempuan saya Aceh moyang lelaki saya Siam mari.



You Might Also Like

23 ulasan:

  1. Paling kakak teruja nampak bendang/sawah tu Aina. Nampak nyaman betul kampung macam ini kan. Kalau bawa makanan makan tepi bendang pun mesti sedap kan. Kakak tak penah rasa seumur hidup dah tua macam ini tau...

    BalasPadam
  2. sama muka akk ngan anak bujang.ich mmg sama sgt lah.

    BalasPadam
  3. Seronoknya dpt berangin tepi bendang...
    Dapat petik mata kucing lagi....
    Mmg suasana idaman akak tu tp blm ada peluang nak rasai suasana begitu....

    BalasPadam
  4. lieya bace jek dah rase suasane meriah tu kak....7 biji kite tuuuuu konvoi...mmg ramai laa serbu rumah heheeheh....mmg meriah betul....paling sonok dpt mkn buah fresh tuuu...kebetulan mmg musim buahan kan kak raye kalini...

    amboii ensem anak bujang akak...akak dan mcm kakak ngan adik jek ngan anak akak tu tau....

    BalasPadam
  5. tingat ms kecik2 suka petik pokok mata kucing jiran sblh hehehehe

    BalasPadam
  6. bestnya ada pokok mata kucing..saya suka buah mata kucing...

    BalasPadam
  7. gambar mulatu feeling habis no...
    kita yang membacanyerni terasa2 tiupan angin sepoi2 bahasa di tepi bendang... balik kampung nanti harus ambil gambar kat bendang... tengok gambar raya kengkawan 2-3 orang kat blogni buatkan kita rasa ruginyer tak posing kat bendang kampung sendiri..
    memang meriahler semua pun datangkan... orang sakitpun senang hati...

    BalasPadam
  8. Makan tepi sawah mesti bertambah2... dah lama tak makan tebu mentah..

    BalasPadam
  9. suka sy tgk ramai2 gitu kak...meriah kan...hehe...

    BalasPadam
  10. terkenang kenangan dulu-dulu...
    lama tak makan tebu...dah tak reti pula nak gigit

    BalasPadam
  11. mmg jeles tgk dpt kutip buah mata kucing tu....eiiii, bestnyeerrr

    BalasPadam
  12. Memang seronoklah beraya bila ada hidangan segar dari ladang macam tu. :)

    BalasPadam
  13. Kehadiran sedara mara mesti membuatkan tuan rumah rasa cukup gembira, yg sakit pun ceria. Semoga silaturrahim terus erat terutama generasi muda agar mengenali sedara2 mereka.

    BalasPadam
  14. rajinnyer carik susur galor tu makk.,uhHuuu

    BalasPadam
  15. untungnya ada moyang lagi......

    selamat hari raya !

    BalasPadam
  16. Meriahnya beraya kat kampung...time raya camni leh konvoi ramai2 kan pi beraya rumah sedara...wow ada darah campuran...mesti best kan dpt tau susur galur family ni

    BalasPadam
  17. ish syoknya dpat dok disitu, gigit tebu, trjun dlm keleboq, tngkap ikan ruan, silap2 tgkap kepala ulaq he he.makan msti sdap, masak ringkas tapi berpeluh dgn smbai blacan .pulun tk nmpak org kiri kanan.bestnya hidup dikampung kan?

    BalasPadam
  18. seronok nya ada kebun sendiri...

    BalasPadam
  19. Ni kira susur galur darah oversealah ni JA hehe....hebat tu...
    Dulu masa kecik kecik tebu tu mmg main gigit gitu je...nasib gigi tak patahkan JA...kuat pulak akar gigi tu! Sekarang....harus sebaris rongak haha...
    Susah nk dapat abak lelaki rajin la ni! Kira beruntunglah awak tu!

    BalasPadam
  20. sedap kan gigit tebu cmtuh jerk...teringat kenangan zaman kecik2 dulu.. skrg ni minum air tebu yg dh siap mesin jer..

    BalasPadam