Tip Elakkan Sakit Perut

7:30 PG JunAina 6 Comments


Hari raya macam-macam hidangan ada ketupat, rendang, mee kari, me rebus, biskut, dodol dan segala jenis kuih moden dan tradisional termasuklah pelbagai jenis air dalam berbagai variasi dan perisa. Balas dendam setelah sebulan berpuasa, kalau boleh semua nak makan, bukan setakat makan tapi buruk lantak. Bila semua dan masuk perut macam-macam boleh jadi. Perut yang pasti terkejut, sebulan behave tiba-tiba diasak sebegitu rupa. Nanges.


Mengawal apa yang kita makan adalah paling terbaik. Bagi pesakit gastrik seperti saya makan perlulah sangat berhati-hati. Gastrik bukan sahaja menyerang bila kurang makan, makan tidak menentu juga akan menyerang bila terlebih makan. Hebat. Makan lebih pun tak boleh.


Tip Elakkan Sakit Perut


1. Bangun pagi terus minum air suam/air masak.

2. Minum susu dan makan kurma.

3. Elakkan minum kopi atau teh ketika perut kosong.

4. Jamah makanan yang tidak pedas dan tidak berminyak.

5. Ambil dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

6. Elakkan memakan makanan yang bersifat sejuk dan berangin (sila rujuk kepada petua orang tua-tua).

7. Mengurangkan pengambilan air ais (kadang-kadang air yang tidak di masak boleh akibatkan sakit perut).

8. Sekiranya dihidangkan dengan air berkarbonat seeloknya jangan minum.


Pada musim perayaan semua makanan yang dihidangkan nampak sedap dimata dan dihati sementelaah pulak kita telah berpuasa selama sebulan. Berhati-hatilah dengan setiap makanan yang disuap ke dalam mulut kita, berfikir lah 2-3 kali sebelum makan, andai lebih membawa kepada kemudaratan eloklah dielakkan. Sakit diri sendiri yang tanggung.


Tip ini bukanlah hanya untuk pesakit gatrik. Sekiranya anda seorang yang sihat pun pasti akan berlaku benda-benda seperti ini apatah lagi ketika musim perayaan. Belajarlah bersabar ketika berhadapan dengan makanan. Sakit dalam tubuh kita berasal dari apa yang kita makan.



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Salam Syawal

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. hari raya ramai yang kena cirit birit..... alhamdulillah, tahun ni saya selamat dari cirit birit

    BalasPadam
  3. thanks akak share tips ni...memang pun...kalau hari raya ni macam2 makanan bercampur dalam 1 hari tu...pastu mula lah sakit perut :)

    BalasPadam
  4. sebenarnya saya sakit perut masa raya pertama. makan banyak sangat. bercampur baur dalam perut. hahaha!

    BalasPadam
  5. salam lebaran utk k aina & keluarga!

    di musim raya ni memang semua juadah nampak menyelerakan ... semakin kuat cabaran menahan nafsu makan di syawal sebenarnya berbanding ramadhan ;)

    BalasPadam