Tudung 2U Pilihan Tanpa Sempadan

11:50 PG JunAina 9 Comments




Mood raya belum habis, masih sibuk sana-sini dengan open house bagai. Tak cukup dengan itu kita juga sibuk dengan jemputan perkahwinan. Setiap hari kita sibuk bekerja hujung minggu pula kita sibuk menghadiri jemputan. Belek-belek baju masih ada yang tidak lengkap, rupanya tudung masih tidak kena dengan baju.


Demi menjimatkan masa  kesibukan apa kata kita jamu mata dengan tudung-tudung yang ada di butik tudung online iaitu Tudung 2U mungkin ada salah satu tudungnya nanti terpaut di hati dan bersesuaian dengan baju. Boleh melaram sakan-sakan ke majlis rumah terbuka mahupun majlis perkahwinan.


Paling menarik ada potongan istimewa buat pembaca blog Rider Sejati . Bagi mendapatkan potongan harga 15%  semasa membuat pembelian sila sertakan kod voucher 
ADV2013
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.







Koleksi halfmoon yang telah menggugat hati serta perasaan saya. Emerald Green yang paling atas tu harus saya grab jugak lepas tu cari baju yang matching dengan warna tudung pula.




Ini pula selendang panjang. Cantik sangat yang dua warna tu, padanan dua warna terang serta penuh keceriaaan, bagi peminat warna pastel serta tidak menyerlah sangat bolehlah memilih warna kelabu. Dua-dua pun sangat memikat kalbu. Kena pulak dengan cara pemakaiannya.


Ini pula koleksi tudung yang ada awning kain cotton yang sangat lembut lepas tu di penuhi taburan jahitan labuci eksklusif di bahagian kepala. Tudung ini sangat terkenal di Kelantan sekarang. Saya juga ada dua helai tudung seperi ini. Sejuk bila di pakai, jahitan labucinya pulak sangat kemas.

Walaupun dalam kegilaan wanita pada tudung berawning mahupun halfmoon tetapi tudung bawal masih ada peminat setianya tersendiri. Di Tudung 2U juga terdapat koleksi tudung bawal dan ini merupakan tudung bawal no 1 dari Kelantan yang di penuhi sulaman serta batu yang sangat cantik di bahagian kepala. Tudung ini sangat lembut dan di datangkan dalam pelbagai warna serta corak sulaman.



Tudung di atas pula ada tudung V-Shape berwarna hijau dari material bawal bermotifkan flower garden manakala yang berwarna merah pula V-Shape Rope Lace Eksklusif warna terang yang boleh membuatkan orang menoleh dua kali kepada anda.



Sebagai pelengkap gaya Tudung 2U juga menyediakan brooch tang sangat cantik dengan harga yang sangat berpatutan. Terus match and matching sahaja dengan tudung yang anda pilih.


Di samping menawarkan tudung dengan harga berpatutan website Tudung 2U sangat mesra pengguna. Jadi anda boleh memilih, membuat oder serta buat pembayaran dengan mudah. Tudung 2U juga sangat menitik beratkan kepuasan pelanggan di mana sekiranya pembeli tidak berpuas hati anda boleh memulang dan menukar dengan barangan lain tetapi perlu mengikuti terma dan syarat yang ditetapka seperti di sini. Jadi berbelanjalah tanpa ragu-ragu di Tudung 2U.



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Wah...syiok nie k.aina..huhu

    BalasPadam
  2. salam,,

    tak pernah beli baju atau tudung online, sebab takut kualiti tak sama seperti gambar ;)

    BalasPadam
  3. cantiklah tudung ni...
    simple...senang nak pakai

    BalasPadam
  4. wahh cantik2 tudungnya kak.. t kalau berkenan jijah guna kod tu yer..

    BalasPadam
  5. MACAM2 TUDUNG ADA.. ORANG RUMAH SAYA PUN JUAL TUDUNG ONLINE.. :)

    BalasPadam
  6. Boleh gak try masuk website ni nanti.... teringin pulak nk pakai selendang mcm atas tu JA

    BalasPadam
  7. sesuai sgt la pakai tudung2 tu utk g openhouse...

    BalasPadam