Sindrom Carpal Tunnel

8:41 PG JunAina 12 Comments


Dua bulan yang lalu Pak Tuan diserang sakit dada yang agak kritikal semasa dalam perjalanan balik dari Bota ke Kajang. Petangnya dia mengadu sakit dada tapi masih boleh bertahan tetapi bila malamnya sakit menjadi-jadi terbaring tidak boleh bergerak di dalam kereta. Saya memecut laju untuk cepat sampai ke Kuala Lumpur dan bila sakit berkurangan Pak Tuan berdegil untuk ke hospital. Minggu lepas sekali lagi serangan itu melanda semasa dia sedang bersolat. Saya paksa dia ke Klinik Segara yang merupakan klinik panel. Buat ECG dan bacaan jantung normal tetapi doktor tetap merujuk ke doktor pakar.


Saya paksa dia. Saya memilih KPJ Kajang specialist bertemu dengan Pakar Cardiologi Doktor Onn Akhbar, lama menunggu sebab ada kes kecemasan. Sekali lagi buat ECG dan bacaan tetap normal. Bila berjumpa doktor dia bertanya tentang sejarah kesihatan, juga ubat-ubatan rutin yang di ambil. Simptom-simptom yang di rasai. Akhirnya ujian darah di buat untuk mengesan sama ada kesakitan dada itu adalah disebabkan serangan jantung atau tidak. Alhamdulillah, negatif.


Berkenaan kebas-kebas jari dan tapak tangan yang Pak Tuan alami mengikut doktor adalah lebih kepada gangguan saraf. Doktor meminta saya membuat sedikit carian mengenai 'Sindrom Carpal Tunnel'. Tegas doktor bila sakit dada terus datang ke hospital ketika masih sakit bukan tunggu kemudian atau esok!


'SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.'


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Selanjutnya boleh baca di utusan online.


Simptom yang Pak Tuan alami adalah lebih kepada Sindrom Carpal Tunnel. Penggunaan tangan yang banyak terutama ketika mengawal handal motor mahupun menghayun parang di kebun adalah antara penyebabnya. Pak Tuan masih perlu mengikuti klinik seterusnya bersama Doktor Onn Akhbar. Saya doakan agar semua baik-baik sahaja.



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. ooo ada gak rasa kebas masa memandu... tapi takler teruk sangat.. kena rujuk ke doktor jugalerni...
    kalau bawak berurut boleh tak...

    BalasPadam
  2. semoga PakTuan sentiasa mendapat rawatan dan beransur sihat

    BalasPadam
  3. alaaaa....ingatkan kalau berkebun tu badan jadi sihat sbb exercise...hmmm

    BalasPadam
  4. harap x bahaya lah penyakit tu ye..
    x melarat ke penyakit lainkan?

    BalasPadam
  5. kalau kebas sangat.. pakai wrist guard

    BalasPadam
  6. Kena knebedah x kak..ni mcm kakcik seroja kena tu kan?

    BalasPadam
  7. saya perasan, ramai pulak yg kena sakit carpal tunnel ni kan.. ngeri lak..

    BalasPadam
  8. Kakak baru tahu tentang ini Aina. Takutlah bila kata sakit dada mesti kita ingat jantung. Apa pun tindakan Aina betul sebab kita tak tahu tanpa nasihat/pemeriksaan doktor..

    Harap Pak Tuan oklah..

    BalasPadam
  9. mujur akak rajin cari maklumat tambahan...at least dpt gak pengetahuan pasal penyakit nieh...hope tak serius kak yeak.....dah masih di peringkat awal.....begitu la kan kak, makin meningkat usia mcm2 laa penyakti datang bertandang...in sha Allah moga Allah swt memberi kite semua kesihatan yg baik dan kekal sihat tuk beribadat....

    in sha Allah...

    BalasPadam
  10. sy dah rasa...dr kata kalau teruk mmg kena refer pakar...setakat ni masih boleh dikawal. sy mmg hadkan kerja2 yg guna tgn secara berterusan...maksudnya kalau rasa dah lain macam rest. Kawan sy dah operation...sy tak mo mcm dia.

    BalasPadam
  11. Siannyer... Memang carpal tunnel syndrom ni penyakit yg berkaitan dengan pekerjaan... so biasanya kita rasa effect dia bila dah pencen atau dah laam bekerja.. harap2 keadaan pak tuan x teruk

    BalasPadam