Apprisal 2013/2014

4:00 PTG JunAina 7 Comments


Saya sedang buka buku, belajar serta buat ulangkaji. Sejak semalam 'bos baru' sedang buat Appraisal 2013/2014. Hulur borang tau-tau dia keluar soalan teknikal macam interview nak masuk kerja tak ke buntang biji mata saya nanti. Harus buka buku dan mentelaah mana yang patut, kadang-kadang masa buat kerja boleh sahaja tetapi bila kena tanya langsung lupa semua yang ada dalam kepala. Gugup!


Kali pertama appraisal dengan bos yang mengambil alih tugasan sebagai ketua kami. Cara dia belum tahu lagi tetapi mengikut track record ada harapan akan disoal dan digasak dengan soalan. Dua bos saya terdahulu hanya membincangkan apa yang telah dipersetujui bersama lead. Andai ada bantahan, pandangan, cadangan mahupun aduan dan ketidak puasan hati berkenaan lead. Sebagai orang bawahan kami juga diberi hak untuk bersuara.


Besar harapan untuk melihat keberhasilan yang tinggi terhadap appraisal kali ini tetapi jawapan seakan sudah pasti dengan ketiadaan projek baru. Ramai kakitangan yang terpaksa mengisi timecard menggunakan 'stand by time' yang membawa maksud tiada projek, di mana bagi syarikat tempat saya bekerja kakitangan akan booking hours kerja mengikut projek dan client akan membayar mengikut rate tertentu kepada syarikat. Sekarang kebanyakan kakitangan terpaksa dibayar oleh syarikat.


Saya juga cuba untuk menukar haluan tetapi mungkin belum rezeki. Berangan-angan juga untuk menceburi bidang perniagaan tetapi risiko yang perlu diambil terlalu besar dan tiada sokongan dari teman sebantal. Jadinya terpaksa bersabar sehingga masa yang menentukan segalanya.


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. berniaga memang seronok..tpi perlu ada semangat yang kental.kalau jatuh tak boleh nak terus mengalah.kena bangkit teruskan prjuangan..btl kan kak :)

    BalasPadam
  2. org baru, cara baru.... boleh ikut atau tidak rentaknya, itu yg kita kena tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  3. lain org lain cara kan kak..
    nak ikut rentak baru ni kita kena follow the flow..
    apa2 pun all the best utk akak dlm career yer..

    BalasPadam
  4. Nak berniaga perlu ada motivasi dan kekuatan untuk berniaga. INSYA ALLAH, semoga dipermudahkan untuk memulakan perniagaan.

    BalasPadam
  5. In Shaa Allah. Semoga dipermudahkn...

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Kak JunAina,

    InsyaAllah teman sebantal akan terbuka hati memberi dorongan apabila melihat kegigihan dan kesungguhan kita.

    All the best ya Kak, kekadang mengambil masa nak adjust dengan ketua baru.

    BalasPadam
  7. Tetiba teringat masa kerja dulu....bulan bulan sekarang ni lah tgh bizi dengan appraisal dan adjustment....mmg makcik kayolah tak lama lagi...hehe

    BalasPadam