Pertama Kali Solat Jumaat

12:00 PTG JunAina 11 Comments


Solat Jumaat adalah wajib bagi lelaki muslim tetapi tidak bagi wanita.


Sabda Nabi SAW;


الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض



Maksudnya;

“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”


Jumaat yang lalu saya mempunyai urusan bersama Pak Tuan, jadi dia membawa saya ke Masjid Negara dan meminta saya menunggunya dan kemudian dia mengubah fikiran. Pak Tuan meminta saya ke ruang solat wanita di bahagian atas, jadi nanti tidak tergesa-gesa saya untuk bersolat zohor. Bila sampai di ruang solat saya lihat kebanyakannya adalah berbangsa Arab dan Cina. Bila azan zohor berkumandang saya melihat mereka bersolat dua rakaat kemudian duduk semula menunggu khutbah. Jadi saya membuat keputusan untuk bersolat Jumaat berjemaah berbanding solat zohor bersendirian. Ini adalah pertama kali saya solat Jumaat di sepanjang hidup selama hampir 40 tahun tetapi bagi yang sudah biasa ke Mekah ini adalah perkara biasa.


Di Malaysia adalah sangat jarang ada wanita yang menunaikan solat zohor kerana kita berpegang adalah lebih afdal wanita bersolat zohor di rumah dan kewajipan solat Jumaat adalah keatas lelaki. Sekiranya masjid mempunyai ruang solat khusus untuk wanita adalah dibolehkan selagi tidak menimbulkan fitnah, sebaliknya sekiranya tiada ruang khusus keutamaannya adalah untuk kaum lelaki.


HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.

Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.

Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.

Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah.


Saya mendapat ilmu baru, pengalaman baru juga kawan-kawan baru yang sama-sama menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut. Rupanya ukhwah terus terjalin tanpa kita rancang.



Saya sempat mengintai jemaah lelaki di bahagian bawah semasa khutbah Jumaat. Ruang solat yang sangat luas dengan penyaman udara di Masjid Negara memang sangat selesa bagi jemaah yang bersolat di sini. Walaupun berbelas tahun saya bekerja di Kuala Lumpur ini adalah kali pertama saya bersolat di sini.



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. saya yg jahil ni nak tanya..
    kalau perempuan solat jumaat, dia kena solat zohor juga ke atau tak perlu?

    BalasPadam
  2. Setahu saya bila dah solat Jumaat tidak perlu lagi solat zohor.

    BalasPadam
  3. yang Arab dan Cina tu.. bukan orang Malaysia eh?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Wahhhh! untungnya dapat merasa pengalaman tu

    BalasPadam
  5. betul, kat mekah perkara biasa/ kak pernah menunggu suami di kereta waktu solat jumaat di masjid bukit aman dan solat zuhur selepas jemaah lelaki berpusu2 keluar. nak buat macamana..kak je perempuan

    BalasPadam
  6. ooo tak tau jugalah sebab tak pernah terfikirpoun nak bersembahyang jumaat... mungkin tak pernah ke negara arab jadi tiada pengalaman...
    masa kecik dulu ada ke masjid negara sebab atuk dulu kalau datang KL mesti nak bersembahyang berjemaah.. jadi tuk sedara selalu bawak ke masjid negara dan masjid2 sekitar KL...

    BalasPadam
  7. Kakak pertama kali solat jumaat ketika berada di Madinah. Sebab nak cukupkan solat 40 waktu jadi masa itu Tabung Haji galakkan kita ikut solat Jumaat.. kalau tak rugi tak cukup solat 40 waktu di Masjidnabawi..

    BalasPadam
  8. tak pernah lg solat jumaat.
    pengalaman baru kan

    BalasPadam
  9. dana pun tak penah walau sekali kak....

    BalasPadam
  10. Tak pernah jugak sumur idup semayang jumaat ..tp sy pernah dengar wanita keturunan arab agak biasa..

    BalasPadam
  11. Untunglah yek dpt solat Jumaat...okje langsung tak pernah!

    BalasPadam