Sup Ayam Kuah Kentang
Sup Ayam Kuah Kentang, alahai anak-anak sudah rezeki begitu hari ini. Jumaat biasanya menu simple, lazimnya sup ayam atau daging. Hari agak malas jam 5am baru bangun, potong bawang, potong kecil ayam, tumis bahan masak macam biasa sambil dadu kentang, dadu lobak merah dan belah tomato.
Kejap kacau sup, kejap perapkan ayam yang nak digoreng. Sambil tu goreng nugget tempura Ayamas sebab dah tak rajin nak masak sarapan pagi. Keluarkan 3 mug, 2 untuk milo 1 untuk nescafee sarapan anak-anak. Azan berkumandang, perasakan sup yang telah dimasukkan semua bahan kemudian mandi dan solat subuh sambil tu kejut anak-anak.
Usai solat ke dapur untuk goreng ayam dan sediakan meja untuk sarapan. Sekali tengok sup masih mendidih di atas dapur. Terus menjerit. Kuah dah mengering dan memekat! Ambik senduk cedok sup tengok kentang dah terlebih masak, mencair dalam kuah. Tambah air, perasakan garam semula. Redha. Makanlah anak rezeki hari ini. Selalu anak-anak suka kentang dalam sup hari ini kentang yang tinggal dah tak banyak sebab memang dadu kecil sedikit sebab nak cepat empuk.
Jumaat datamg lagi. Selamat beristirehat di hujung minggu tapi ada ke istilah rehat bagi ibu-ibu?
ala kak cerita pasal makanan tapi gambaq xletak buat saya kempunan ja .. hikhik
BalasPadamRezeki kak.. Janji boleh makan lg..
BalasPadamKalau hangit tu lain lah kann hehehe
Salam jumaat kak.. Happy weekend!
Tu lah mak2 ni kan..pagi petang bersilat jer kejenya didapur...biarpun bekerja...Tkasih mak2 semua...kdg2 otak pun dah tak berapa tajam berfikir..heheh..sib baik tak mengering terus sup ayam tu..
BalasPadamala...kenapa xde gambar...baru nak feeling2 lapor ni....
BalasPadamJun,
BalasPadamMakan nasi sup, sedap!
June,
BalasPadamSalam Jumaat penghulu segala hari yang barakah. Insya'Allah.
Bagi kaum Ibu, mana ada istilah rehat sebenarnya.
Dalam tidur pun boleh dok mikir macam-macam lagi.
Apa kata diblend je sup kentang..ha jadi betul-betul sup...tentua sodap!
BalasPadamMana gambar kak? Tak dapat bayang kan kuah kentang.
BalasPadamsalam singgah. biar simple asalkan seikhlas hati, setulus cinta, segunung kasih sayang ^_^
BalasPadamaina...nasib baik juga tak mwngering dan hitam hangus,,
BalasPadamlembut dah kentang tu...sedap jugal
biasalah tu sis..kdg2 terjadi mcm sis ni namun tetap bersyukur..ada juga benda nak makan kan..
BalasPadamUit feberet anak anak sy nih kak...nak nak ayam tuh..sup la die hirup hirup smbil ckp dap ummi
BalasPadamJangan biat selalu nanti jadi macam kami... Periuk belobang! ! Kesian namun rezeki tetap ada..alhamdulillah.
BalasPadam