Luahan Hati Seorang Anak Rindu Mak
Tadi adik perempuan saya whatsapp (padahal rumah dia depan rumah saya je pun) ajak balik kampung, tujuan utama nak tengok mak dan kebetulan bapa saudara kahwinkan anak. Kalau balik pun lebih kepada rindu mak sebenarnya. Hati sudah meronta-ronta, tak tertahan. Rasa nak menangis pun ada, sebak dilambung rasa.
Mak tahun ini akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 63 pada bulan Julai nanti. Setiap kali terpandang wajah mak hati dipagut pilu. Raut wajah tuanya walaupun sangat tenang tetapi terpancar lelahnya. Urat-urat tangan yang timbul sangat jelas kerana kerja kuatnya sedari muda. Terkenang pengorbanan mak membesarkan kami tanpa abah yang dijemput Ilahi ketika kami masih kecil. Kadang-kadang mengalir air mata mengenang perbuatan dan kata-kata yang mungkin suatu ketika dulu yang dibuat menyakiti hati mak. Kalau masa dapat diputar kembali ingin rasanya saya menjadi anak yang solehah serta taat.
Teringat masa kecil-kecil dulu, mak kerja di Kilang Dragon & Pheonik di Jejawi, kemudian mak pernah kerja di sebuah kedai jahit di Arau, berulang kayuh basikal yang jauhnya hampir 5-6km. Mengerah tulang empat keratnya untuk menyara anak-anak. Mak pernah juga buka kedai makan kecil-kecilan, mak pandai memasak tetapi bakat ini belum diwarisi oleh mana-mana anak emak manakala bakat menjahit mak telah diwarisi oleh adik perempauan saya. Bila lelah dengan kedai makan mak buka gerai jual nasi lemak pagi-pagi, buat kuih untuk kantin sekolah, buat kuih hantar ke kedai-kedai dan pernah juga buka gerai tepi jalan jual cendol dan cucur udang. Kerana anak-anak mak tak pernah kenal lelah.
Sekarang anak-anak mak semuanya sudah besar termasuk dua adik lelaki berlainan bapa (rezeki mak ditinggal tanpa pesan). Semuanya sudah boleh berdikari dan kami adik beradik tak izinkan mak bekerja lagi. Sebolehnya saya akan memenuhi setiap keinginan mak, kali ini hati saya terkilan sebab ada lagi hajat mak saya tak tunaikan. Beberapa hari lepas saya telefon mak dan dia tanya 'Kak yang balik tak kenduri rumah Pak Tih'. Saya tahu sebenarnya dia dah rindu pada anak cucu kenduri itu hanyalah alasan semata-mata, sudah dua perimtaan mak tak tertunai. Sedih gila kot!
Allah...Allah...Allah...bersama jari menekan papan kekunci ini bukan hanya hati yang menagis tetapi air mata terus laju kerana rindukan mak. Perasaan bersalah bersarang di hati. Mak ampunkan anak-anak. Mak jangan biarkan air mata mak mengalir kerana setiap titis air mata mak akan menjadi dosa pada anak-anak. Sesungguhnya kami anak-anak mak sangat sayangkan mak!
Masih mengharapkan rezeki dari Allah s.w.t manalah tahu tiba-tiba saya dapat 'durian runtuh' atau 'rezeki terpijak' dan dapat menunaikan harapan mak yang tertangguh. Saya masih menanggung satu beban besar yang masih tak tertunai, insyaallah andai ada rezeki mak...kita ambik balik.
Kalau ada ruang dan peluang balik la... makchaq doakan Aina dapat tunaikan permintàn mak tu..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamNak balik jugakkkkkkkkk!
Siang tadi telefon Mek...alhamdulillah ceria je dia. Musim coti sekulah, cucu2 balik jenguk sat. Hepi lah kan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan niat murni Aina untuk mak. InsyaAllah.
BalasPadamBaca entry ni buat saya pun rindu mak… Rindu yg semakin lama menggunung, tak sabar nak balik utk peluk mak :(
BalasPadamBetapa besarnya pengorbanan seorang ibu...
Moga dipermudahkan rezeki kamu geng..Niat baik kamu buat mak ..InsyaAllah ada jalannya nnt...Baliklah geng kalau ada kelapangan kan...
BalasPadamsalam kak..dan dan saya pun teringin nak balik kampung T_T
BalasPadamSuka tau ...buat cite tergantung gitu! Huhu...
BalasPadamMuda lagi emak awak yeh JA....Emak awak tu lebih muda dengan kakak sulung okje tau!....mana anak yg tak pernah melawan makkan...bila dah ada anak sendiri baru sedar ....hehe...