MH370 Salah Seorang Penumpang Rakan Sekerja
Rakyat Malaysia sedang dilanda kesedihan, pilu atas kehilangan MH370 tanpa kesan atau jejak. Berat bagi kita yang memandang berat lagi bagi mereka yang memikul. Doa yang tak putus agar semua kemelut dan tanda tanya ini akan cepat terungkai.
Rutin saya masuk pejabat buka email, periksa sekiranya ada mesyuarat mahupun training yang patut di hadiri atau pesanan dari bos yang dihantar melalui email. Mata saya menagkap satu email yang dihantar pada petang Sabtu lalu. Saya memang tidak menyangka salah seorang penumpang MH370 dari KLIA ke Beijing tersebut adalah teman sepejabat. Kesedihan saya berganda.
Dear
Colleagues,
As
some of you may be aware, there have been reports that flight MH370, en route
from Kuala Lumpur to Beijing, is missing. We have since confirmed that BSC
global iM team member, Puspanathan (Nathan) Subramanian was aboard this
flight.
Our
team is in close contact with Nathan’s family to offer any assistance during
this difficult time.
There
is a lot of information circulating on this situation, and we are committed to
keeping all of our employees up-to-date on all confirmed information.
This
is a tough time for Nathan’s family and all of us in Malaysia. Please know that
the management and HR teams are here, should you need any support. You can
direct any questions around this situation to Neville Clement, Munirah Ghazali,
myself or Rashdan.
Regards,
Allan Hedley
Semalam Pak Tuan juga memberitahu pasangan pengantin baru yang ingin berbulan madu ke Beijing dalam penerbangan yang sama adalah anak seorang anggota polis kenalannya. Tidak kira siapa juga berada di dalam MH370 hati saya sangat bersedih. Sehingga ke hari ini setiap kali menonton perkembangan semasa hati saya akan berdebar-debar.
Allah. Allah. Allah. Sesungguhnya Engkau yang lebih mengethui segalanya. Bantulah keluarga mereka menghadapi dugaan ini dengan sabar. Engkau bantulah juga agar pencarian mereka yag telibat akan segera berhasil. Semua yang berlaku adalah kehendak Mu jua Ya-Allah.
Mampukah kita melihat senyuam itu lagi. Nathan bersama isteri dan anak-anak.
semoga mereka semua selamat aminnn
BalasPadamMunirah Ghazali..that's my adik..you kenal dia? Glad to know that..
BalasPadamSemoga pencarian pesawat MH370 dipermudahkan k.Aina. I wanna cry but I can't..I'm too scared. Seriously ..
BalasPadamMoga segalanya dipermudahkan oleh Allah kerana dia maha mengetahui.
BalasPadamAl-fatihah untuk mereka semua. Semoga Dia permudahkan segala urusan kita.
BalasPadamsama-sama kita mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal MH370..aminnn..
BalasPadamsedih kan kak... bg dana walaupun bkn saudara mara or sahabat handai tp kite ttp rasa pilu, rasa sedih... moga dipermudahkan semua usaha mencari...
BalasPadamSedih kan akak.. semoga mereka semua ditemui dalam keadaan selamat.. :(
BalasPadamSama juga dgn kami di sini..ada kakitangan kami yg ada dlm flight yg sama..ada pakcik kpd officemate juga dlm flight tu..Ya Allah...pertemukanla kami dgn pesawat MH370 agar terlerai segala kekusutan..amin..
BalasPadamDh lama JM tak singgah sini...ye betul tu..rata2 masih menunggu berita yang baik-baik...kia hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik buat mereka
BalasPadamsama-sama kita doakan semoga semunampang MH370 selamat dan dilindungi Allah.
BalasPadamAllah.... Aina memang tak mampu nak kata apa bila baca macam-macam message dari keluarga masing-masing. Meruntun sedih dan airmata tak mampu dibendung. Apa lagi keluarga mereka kan..
BalasPadamBersama kita berdoa Aina..
Sama la ngan saya... baru tahu ada salah sorang rakan sekerja tapi berlainan Jabatan... saya orang baru tak berapa kenal, tapi kawan2 yg dah lama kerja semua kenal... katanya kakak tu PA kepada pengarah ... baru hari Jumaat lepas buat kenduri sempena kakak tu nak bercuti hingga pencen bulan April ni... org cakap kakak tu ada sebut.. 'dia nak pergi bercuti taknak balik dah'
BalasPadamBiarpun tiada kenalan sahabat atau saudara mara didlam MH370..semalam beberapa kali juga saya menangis...hati sentiasa gundah...TV 24hours dibuka semalam...byk kerja rumah saya abaikan semuanya kerana nak mengetahui perkembangan terkini..Semoga Ditemukan Peyudahnya..tidak kira baik atau sebaliknya...Htai masih mengharapkan yg BAIK kesudahannya...
BalasPadamyo ler kitapun berdebar2 jer.. macam2 maklumat sampai malas nak baca facebook.. hanya duk tengok tvjer..
BalasPadambetul kak sedih sangat kak. saya buka tv pon tak tengok cerita or drama cuma dok tunggu update terbaru ja.. harap2 semua nya selamat lagi
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamsatu dunia mendoakan kesejahteraan mereka biar apapun keadaannya. semoga semua ini cepat berakhir.
Moga keluarga Nathan tabah menghadapi situasiyang amat menguji ini....kita yang tiada sangkut paut secara langsung pun sedih, apatah lagi mereka......
BalasPadamMoga Allah permudahkan segala-gala nya
Semua menaruh harapan walaupun harapan tu tipis..
BalasPadamMoga semua waris kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini.
Tidak kiralah siapa pun yg menjadi penumpang pesawat tu Jun... saya tetap sedih dan turut berhiba sama... Setiap kali membaca berita, doa, banner serta harapan semua rakyat M'sia airmata saya bergenang. Semoga berita gembira akan muncul.
BalasPadamya..sama-sama kita berdoa untuk mereka
BalasPadamp/s : Jom Sokong Muslim Niaga
lebih terkesan bila mereka adalah kenalan @ kenalan pada org yg kita kenal
BalasPadamsama2 doa moga mh370 pulang
Alahai sedihnya JA ...
BalasPadamKalau boleh tk mau menghadapi situasi macam tu
as-salam sis :)
BalasPadamowh semalam ada keluar di WHI (kalau tak silap)...wartawan temuramah salah seorang ahli keluarganya,Sebak ....sedih...keliru....letih...risau...segala2nya ada di raut wajah ahli keluarga.Kita sama2 berdoa untuk mereka