KLCC Hilang

5:00 PTG JunAina 7 Comments


Pagi tadi melalui Berjaya Time Square dari Jalan Tun Razak. KLCC hilang dari pandangan, merenung lama-lama ke arah bangunan kebanggan negara, kelihatan berbalam-balam. Jerebu terus mengganas nampaknya. Bacaan IPU ketika itu 173. Kuala Lumpur gelap, bergelap dengan jerebu.




Pemandangan ke arah Jalan TAR dan Jalan Raja Laut rasanya bila mengadap KLCC jerebunya lebih kuat. Jaga kesihatan. Pakai face mask bila ada aktiviti luar, minum air dengan cukup. Harap pihak sekolah batalkan semua aktiviti luar buat masa sekarang. Jerebu dan panas bersatu menjadi belenggu, juga belenggu panjang ketiadaan air dan belenggu tak terungkai MH370.

#PrayForMH370



You Might Also Like

7 ulasan:

  1. kaka denoa da balik dari kl hari ni, dia cakap lega sgt sampai terengganu sbb kl tak dapat nak bernafas!

    BalasPadam
  2. Assalam Aina; Alhamdulillah hari ni tempat sy (Banting) IPU semakin baik..senang hati , tak rasa sesak nafas dah bila keluar rumah..tapi masih lg berjaga2 dalam memantau kesihatan diri dan keluarga.

    BalasPadam
  3. Mataku kabur dek airmata pilu MH370 dan jerebu.

    BalasPadam
  4. Saya yakin sekarang KLCC dah muncul :)

    Ikhlas,
    profhariz.com

    BalasPadam
  5. Sejak 16 hb ...kebanyakan tempat dah turun hujan...jerebu makin berkurangan...Alhamduliullah..
    Salam ziarah dari bunda..

    BalasPadam
  6. Dah 3 hari hujan kat gombak ni. Alhamdulillah. Anak anak pun dah start sklh hr ni insya Allah.

    BalasPadam
  7. nasib baik hilang sementara je...hee. semoga jerebu cepat beredar bila dah mula hujan sekarang.

    BalasPadam