Peluang Pekerjaan
Tahun ke-7 di syarikat yang banyak mengubah kehidupan dan taraf ekonomi hidup saya. Dari tiada apa-apa sehinggalah saya mampu membeli kereta dan sebuah rumah teres atas penat lelah dan perit-jerih saya berkerja di sini. Itu antara pencapaian terbaik saya sepanjang 7 tahun.
Alhamdulillah saya masih di sini walaupun ada di antara teman-teman terpaksa melangkah keluar apabila keadaan syarikat tidak mengizinkan. Kini hati mula berdolak-dalik, berbelah bahagi bila antara teman-teman sekepala dengan rela mengubah haluan hidup demi penghidupan yang lebih baik. Hati saya kian suram, jiwa saya mula bergelora. Tambahan pula saya kini terpaksa bekerja dengan insan yang banyak dolak-dalik dan berhati kelam. Semakin merimaskan.
Langkah pertama telah diambil. Mungkin telah tiba masanya saya berhijrah untuk kebaikan. Hijrah yang mungkin akan lebih membuka seribu peluang buat saya. Saya selesa di sini tetapi hijrah akan memungkinkan segalanya.
InsyaAllah Jun, dengan penghijrahan itu mungkin ada hikmah yg baik menanti...
BalasPadamapa pon keputusan kak just follow your heart ye kak :)
BalasPadamKak, bila keadaan di pejabat tidak lagi menggembirakan, walaupun gaji banyak, akak perlu buat keputusan. Kalau kerja tak ikhlas, bahaya kak. Kita dapat penat aje.
BalasPadamMakchaq tak suka di sini... tapi terpaksa bertahan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan....
BalasPadamrasa nak berenti tapi keadaan belum mengizinkan...
harap terbaik untuk akak
BalasPadamfikir2 kan yg terbaik, mudah2an dipermudahkan semua urusan yer !
BalasPadamBila dah tak selesa dengan persekitaran kerja sekarang, mula la berkira-kira nak cari haluan lain pulakkan kak. Harap dapat buat keputusan yang betul nanti.
BalasPadamInshaAllah kak.. tak salah kalau nak berhijrah..
BalasPadamsemoga ada hikmah disebalik apa yang terjadi..
all the best :)
Hijrah andai ada peluang lebih baik :)
BalasPadamkalauade peluang yg baik apa salahnya berhijrah kan..
BalasPadammesti langkahnya berat tu. tapi andai itu yang terbaik. Mengapa tidak kak?
BalasPadamSalam.
BalasPadamKesabaran ada hadnya. Buatlah apa yang paling baik....
Buat solat istikharah kak. mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik agar kita tidak hanya mengikut hati dan membelakangkan akal.
BalasPadam