Soalnya Hati
Saya jarang kisahkan hati saya, yang saya selalu kisahkan hati orang disekeliling saya terutama suami, anak-anak, mak dan adik-beradik serta tak lupa teman-teman. Saya selalu simpan semua rasa hati. Bila tak tersimpan saya selalunya akan menulis secara tidak langsung untuk meluahkan rasa hati secara rahsia yang bermaksud saya masih beralas ketika menulis.
Soalnya hati terlalu berat untuk diperkatakan, risau disalah ertikan atau ada yang tersalah faham atau mungkin secara tidak langsung seolah-olah membuka pekung di dada sendiri. Sedar atau tidak. Kadang-kadang terlajak juga sebab soalnya hati kadang-kala sukar dikawal seperti juga soalnya hati yang tak mampu diduga.
Hati saya milik saya. Apa di hati selalunya tidak sama dengan yang di mulut ada ketikanya sebab soalnya hati kadang-kadang amat sukar difahami. Halus. Saya mencuba yang terbaik agar soalnya hati saya akan sentiasa teguh.
Ini luahan hati saya jadi kalau tak faham sila abaikan sahaja.
kena luah jgk..
BalasPadamdalam hati sapa tahu.
dalam hati sape yg tau mak kann.,ahHKs
BalasPadambetul tu, kalau boleh nak buat yg terbaik utk semua yg kita sayang
BalasPadamhurmm mungkin ada maksud tersirat disitu.. tapi hnya empunya hati je yang paham kot.
BalasPadamSabarlah wahai hati.. =)
Sering terabai menjaga hati sendiri kerana disekeliling kita ada yg perlu dan memerlukan kita kelihatan tabah selalu...untuk hati kita sendiri kita korbankan kebahagiaannya...saya juga sering luahkan hati yg gudah melalui tulisan..terkdang rasa takut meluahkan biarpun pd individu yg sgt saya percaya...namun luahan hati masih berlapik..terpulang pd mereka yg membaca..apa juga komen dan nasihat yg mereka beri mengikut fahaman mereka saya sering hormati sis...
BalasPadamSangat salute dgn pendirian awak pasal soal hati JA....mcm okje ....kurang suka simpan, lebih suka berterus terang...baru puas hati hehe
BalasPadam