MH370 Takziah Andai Itu Takdirnya

10:23 PG JunAina 13 Comments


Durasi 4 minit sidang media yang di terajui Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak memberi impak yang terlalu besar kepada pencarian 17 hari MH370. Kesedihan serta kesukaran melafazkan berita buruk terpancar di wajah beliau tetapi beliau tetap tidak menggunakan perkataan 'terhempas' atau 'nahas'. Masih meletakkan harapan mungkin walaupun tipis.


PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time."



Kita semua bersedih, bukan rakyat Malaysia sahaja tetapi semua penduduk dunia yang ada hati dan perasaan bersedih apatah lagi keluarga mangsa yang menaggung resah sejak 17 hari lalu. Terlerai bebanan di hati namum itulah puncak kesedihan. Sekurang-kurangnya kehilangan mereka bukan lagi misteri tidak terungkai tanpa khabar berita. Walaupun pusara nun di lautan tetapi ahli keluarga tahu itulah takdir buat mereka.



Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya, kekuatan 17 hari yang dilaluinya tak mampu dibendung bila secara rasmi PM mengumukan MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi. Segagah hati lelakinya tumpas kerana kesedihan sekian lama ditanggung - Ahmad Jauhari Yahya (tetapi ada juga hati-hati yang mati antara kita yang terus menerus membuat fitnah dan komen biadap).


Kita semua masih berharap dan terus berdoa walaupun sangat tipis harapannya agar ada yang terselamat. Selebihnya kita berserah bertawakal dan menerima ketentuannya dengan hati yang terbuka walaupun hati dibelenggu kesedihan.


Berikutan pengumuman tersebut 'takziah' buat semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370, kuatkan hati, kuatkan hati, kuatkan hati. Bagi waris beragama Islam mungkin mereka telah mula menghadzam kekalutan ini seminggu lepas dan kini redha dengan Qadar dan Qadar yang telah Allah s.w.t tentukan walaupun seribu kesedihan mencengkam jiwa.


MH370 satu pengajaran buat kita, pengajaran terbesar yang harus juga dikutip oleh MAS dan Malaysia. Juga memberi ilmu baru kepada kancah penerbangan dunia.


Saya masih juga tertarik untuk terus membaca komen-komen bradokapak menerusi blognya Drama Raja.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. sy yg xde kaitan pun mengeletar dgr ....

    BalasPadam
  2. sungguh,.... yg ada hati & perasaan tentu bersedih... tabahlah...

    BalasPadam
  3. sampai tak boleh tido dana mlm td kak dek penangan tgk sidang media nih... sayu rasa, mule lah meleleh air mata..... mcmne lah agaknyer 3 tonggak utama yg ada kt sidang media setiap hari tuh... sedangkn tgk berita kt awani mlm td pun pembaca berita tuh sebak jgk suara nye

    BalasPadam
  4. Takziah buat semua ahli keluarga.. Tapi masih berharap kut mereka semua dpt dijumpai di mana2 aje..

    BalasPadam
  5. alfatihah buat kru dan penumpang yang beragama islam.

    p/s kak pun rajin baca pendapat brader tu..huhu

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah Dan Takziah buat semua yg terlibat didalam penerbangan MH370....

    BalasPadam
  7. Alftihah tuk arwah2 yg beragama islam & takziah
    sangat sedih dengan confirmation PM nie wpun dah expect dr awal akan nasib MH nie...Allah jua yg lebih mengetahui..

    BalasPadam
  8. Kesedihan dan kepahitan yg terpaksa ditelan dgn redha ni Aina..
    Biar gagah lelaki pun kita tahu apa yg bergolak dihatinya. Sedih:(

    BalasPadam
  9. Tiada kata yang mampu diucapkan selain dari Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa TragediMH370...

    BalasPadam
  10. Bukan sesuatu yang mudah untuk PM kita membuat ucapan semalam, boleh dirasakan gementar sedih apabila beliau berucap mengawal perasaan.
    Insan-insan yang kuat memegang kepercayaan kepada kitab Allah memberikan kekuatan ke atas penerimaan takdir yang telah berlaku.

    BalasPadam
  11. Kesian okje tengok Ahmad Jauhari ni....masa dia mengemudi MAS pulak benda ni berlaku...

    BalasPadam
  12. Ahmad Jauhari baru kehilangan ibunya yg sgt dikasihi seminggu lebih seblm kejadian ini. Mahukan tak rasa sedih.

    Utk MAS nak survive kita perlukan AJ. AJ can alway go, but he stays to do national service. He is non politic and straight fwd guy.

    All doa smoga dipermudahkan segalanya...
    yg bawa fitnah mas ni mereka ada vested interest.

    BalasPadam