Mereka Yang Perlu DiBantu - 'Projek Iqra'

6:05 PTG JunAina 19 Comments


Hari ke dua berpuasa. Setelah melalui hari pertama yang sedikit kalang-kabut, almaklumlah tempat kerja di Kuala Lumpur rumah pula di Selangor. Kesuntukan masa. Alhamdulillah abang sudah boleh diharap membeli juadah untuk adik. Bila balik makanan sudah terhidang tetapi semuanya hasil belian abang. Sedih. Hari pertama puasa terasa ingin melayan anak-anak sebaik mungkin tetapi Allah lebih mengetahui perancangan hanya tinggal perancangan.
Alhamdulillah anak-anak juga tidak banyak soal. Letih berpuasa membuatkan mereka makan sahaja tanpa merungut tetapi sebagai ibu masih lagi memasak selepas berbuka dan bersolat magrib. Balik dari surau anak-anak terus makan nasi yang telah di masak.
Bila Ramadhan menjelang hati sangat-sangat tersentuh. Teringat kisah suka-duka zaman kecil. Kisah kami yang menjadi yatim sejak kecil. Perit, jerih emak membesarkan kami seorang diri tanpa pendapatan tetap. Emak cuma mendapat pencen Perkeso sebanyak Rm240/sebulan bila arwah abah meninggal ketika berusia 26 tahun. Kemalangan di tempat kerja. Traktor menarik tebu yang dibawaknya terbalik dan menimpa separuh dari badannya. Kenangan kain 'cukin' di bawa sehingga ke sana. Duit sebanyak itulah jugak emak membesarkan kami empat beradik.
Sehingga kini apabila menyebut kisah anak yatim hati cepat tersentuh, air mata senang gugur. Mereka umpama bayang-bayang kesusahan kami yang lampau. Makan ala kadar, pakai sekadar ada bermewah jauh sekali. Apa yang pasti Ramadhan adalah saat paling kami tunggu kerana tika ini pelbagai bantuan dan sedekah bertali arus. Baju raya, duit raya tak kurang juga jemputan berbuka puasa dari kerajaan Negeri, YB atau orang perseorangan. Walau hanya dapat Rm10 kami sudah cukup gembira tika itu. Biasanya duit dalam jumlah yang banyak kami beri kepada emak. Untuk perbelanjaan raya, untuk simpanan masa tiada terutama untuk membayar yuran sekolah.
Segalanya ada hikmah tersembunyi. Saya tetap memegang 'Allah lebih hebat perancangan Nya' buat kita. Alhamdulillah sekarang saya di sini. Susah mengajar insan menjadi kuat semangat, lebih berusaha, tahu bersyukur.
Bila berada pada kedudukan sekarang saya sangat-sangat bersyukur. Walaupun tidak kaya tetapi tetap mampu hidup agak selesa. Masih mampu memenuhi setiap permintaan anak-anak. Paling penting saya dapat memenuhi setiap permintaan emak dan selagi termampu saya akan terus penuhi, selagi terdaya.
Tujuan utama saya adalah untuk sama-sama berkongsi satu program iaitu 'Projek Iqra’ – Shopping Raya 2013. Mungkin kita ada sedikit kelapangan dari segi keewangan atau juga masa. Sama-samalah kita membantu, sekiranya tidak banyak mungkin sedikit buat bekalan kita ke akhirat kelak. Melalui program ini bantuan akan disalurkan ke rumah-rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua juga kepada badan-badan amal.
Cerita selanjutnya silalah ke halaman 'Kak Jie-kujie.com'. Ada cerita penuhnya di sana serta perkongsian lebih mendalam tentang projek ini.
projek iqra shopping raya 2013
Sama-samalah membantu. Memberi kepada yang memerlukan. Mereka perlu dibantu. Mungkin dengan sedikit pemberian kita, akan memberi senyuman buat mereka di lebaran nanti. Kegembiraan Syawal kita kongsi bersama.

'Projek Iqra’ – Shopping Raya 2013.
AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
Sila isi  borang di sini Projek Shopping Raya 2013 sekiranya anda telah menyumbang. Maklumat terbaru boleh juga diikuti di Facebook Projek Iqra.

You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Assalamualaikum Aina

    moga keluarga Aina dipermudahkan segala urusan
    perit dan pahit yg dilalui akan membawa kebahagian di masa2 akan datang dan di Akhirat nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah atuk. Saya redza terima segalanya.

      Padam
  2. kesusahan masa lalu yang menguatkan kita...saya pernah mengalami kehidupan sukar di waktu kecil, Namun seperyi kata Aina, Allah ada perancangannya. Kadang2 bila mengenang kembali, menitik airmata, seolah2 tak percaya kita dapat melaluinya..

    p/s insyaAllah..nanti saya jengok sana

    BalasPadam
  3. Terima kasih.. kak jie tak sabar nak turut serta pada hari tersebut.. bawa anak-anak untuk bersama anak yatim.

    Pendedahan yang baik untuk mereka dan alhamdulillah kali ini berkesempatan.

    Selapas pos entri kat blog, kak jie dah berjaya kumpul beberapa blog dan kami sudah menaja 2 orang anak yatim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak sikit2 kita syer jadi banyak jugak.

      Tahun ini tak dapatlah nak join menjadi sukarelawan, insyaallah tahun depan.

      Padam
  4. salam pagi kak,,

    saya setuju dgn pegangan akak tu, dan itulah yang selalu saya cakap pada diri sendiri juga.... semoga sinar bahagia sentiasa bersama kita semua...amin.

    BalasPadam
  5. moga dipermudahkan..

    syukur dgn apa yg ada..

    BalasPadam
  6. ya Allah kak....bergenang air mate lieya bace kisah arwah ayah akak .....sian akak sekeluarga....arwah pergi di waktu2 di saat2 semua masih memerlukan....moga arwah sedang bahagia menanti sanak saudaranya di syurga Allah...alfatihah.....

    program yg menarik ni kak....tangan yg memberi lebih dari tangan yg menerima....moga program mendapat sambutan yg baik....


    selamat berhujung minggu kak...

    BalasPadam
  7. kisah hidup akak tak kurangnya dgn kisah hidup saya...emak yg membanting tulang membesarkan kami dua beradik...sedih kalau ingat balik, tapi mcm akak ckp, Allah itu lebih mengetahui perancangan...


    saya pun kalau tgk anak yatim, saya senang mengalir air mata kak...

    BalasPadam
  8. Alahai mudanya ayah masa tu JA... Tapi betul Allah lagi hebat perancangannya...
    Dan peristiwa cenggitulah yg membuatkan kita lagi matang sebenarnyakan JA...

    BalasPadam
  9. usaha yg murni..moga program ini berjayalah hendaknya..

    BalasPadam
  10. zura pun time2 ramadhan cmni teringat sgt kat arwah ayah...kita senasib la, dah tkde ayah...

    BalasPadam
  11. bulan yg mulia ni kita digalakkan byk2 bersedekah..pahala nya nnt dpt berkali-kali gandanya...

    BalasPadam
  12. sy pun selalu tersentuh kalao tgk anak2 yatim. tak sangka akakpun melalui nasib yg sama.

    BalasPadam
  13. semoga mendapat sambutan kan utk tolong mereka yg memerlukan aminnnn :)

    BalasPadam
  14. ooo kak jun...bagusnyaaaaa...
    OK kl ade rezeki insya Allah sy bantu...

    BalasPadam