PBS, Band Saya Jadi Pening

9:33 PG JunAina 18 Comments

Sabtu. Hari ini saya terpaksa kerja. Pelik bila sudah lama tidak bekerja pada hari Sabtu. Anak-anak pun tertanya-tanya, almaklumlah rasanya hampir setahun juga Sabtu menjadi hari saya duduk rumah, masak serta makan sakan-sakan dengan anak-anak ataupun bawak depa keluar jalan. Paling tidak pasti penuh telinga anak-anak dengan bebelan mak!

Semalam saya cuti pergi sekolah, memantau perkembangan persekolahan anak-anak. Jumaat lepas sekolah abang tapi mak tak perlu ambik cuti kerana perjumpaan sebelah petang (untuk makluman Jumaat saya kerja separuh hari). Bila tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata dan band menjadi pengganti mak sedikit pening. Almaklumlah dulu-dulu jumlah markah menjadi penilaiannya. Abang Tingkatan 1, perintis PBS untuk sekolah menengah. Pada akhir perbincangan saya tanya cikgu tentang abang. Cikgu kata dia pernah begaduh di sekolah, seorang kawannya telah menerima tumbukannya (saya tahu perkara ini abang bagi tahu sendiri). Cikgu kata puncanya bila kawan ejek nama bapanya. Saya faham. Di tinggalkan ayah sejak bayi, kemudain betul-betul menjadi yatim ketika berumur 9 tahun segalanya betul-betul menyentuh hatinya. Saya tak salahkan dia. Tetapi cikgu memuji sekurang-kurangnya dia mahu berkongsi kisah dukanya bersama cikgu, bermakna dia boleh dibantu. Itu kisah Jumaat lepas.

Semalam saya ke sekolah kebangsaan pula. Jumpa cikgu adik. Kelas lenggang mungkin sudah ramai ibu-bapa yang sudah pulang tetapi kedatangan nama saya berada di nombor 20. Jam menunjukkan 8.40am. Berbeza dengan kelas pertama dan kedua, kelas kedua terakhir ibu bapa tidak ramai menunjuk minat untuk mengambil tahu pelajaran anak-anak. Berbanding kelas pertama dan kedua ibu-bapa berpusu-pusu dan panjanglah barisan yang menunggu. Bagi saya di manapun kelas anak kita pemantauan perlu. Dia anak saya saya tetap bangga dengan dia. Keseluruhannya pelajaran adik baik, dari pendiam sudah mula aktif bercakap bila di tanya, pelajaran bertambah baik, attitude pun baik. Kata cikgu penilaian melalui band ini juga menerapkan nilai-nilai murni kepada murid, memantapkan cara berkomunikasi juga bukan sahaja pandai dengan mendapat 5A tetapi mereka didik untuk berani bercakap dan penuh nilai-nilai murni. Adik pula perintis PBS bagi sekolah kebangsaan.

Di sebabkan semalam tidak bekerja jadinya dapatlah saya menjadi ibu yang baik. Sebelum berbuka semuanya telah terhidang. Lengkap. Nasi putih, siakap masam manis, ayam panggang lada hitam, ikan talapia bakar (untuk abah), salad telur dan air asam. Nescafee panas untuk abah dan air laici untuk anak-anak, mama minum air soya. Lega. Sekurang-kurangnya saya dapat menjadi ibu yang sempurna semalam. Sempat juga membakar sebiji kek coklat permintaan adik.

Walaupun tidak bekerja hari saya tetap penuh. Penuh aktiviti dengan anak-anak, aktiviti di rumah. Segalanya nampak tidak sempurna bila ada sedikit masa lebih. Tak mampu rasanya hendak berehat bila ternampak habuk di telivisyen, kipas mahupun melangkah atas lantai yang melekit. Pengakhirnya cuti tetapi tetap penat. Penat dengan urusan rumah tetapi hati puas.




Buat Kak Anim terima kasih daun keladi, kecil tetapi sangat bererti. Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan dan kita berjodoh untuk bertemu suatu hari nanti.


You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Saya sungguh kagum dengan seorang wanita yang bergelar ibu... Dimanakah datangnya kekuatan yang sedemikian rupa? Benarlah pepatah..."tangan menghayun buaian mampu mengoncang dunia" Semoga anda tabah dan terus sihat bertenaga dan saya yakin sangat anda akan berjaya mengharunginya...

    BalasPadam
  2. salam. sy mengajar F4 jd x terlibat dgn PBS ni. thn dpn pun selamat lg. jemputlah join segmen GiveAway di blog saya. hadiah istimewa menanti anda..Thanks...

    BalasPadam
  3. Betullah Aina
    Cikgu pun kata payah nak terangkan bila guru yg mengajar tiada nak menerangkan ttg satu2 matapelajaran...
    Rasanya lebih terperinci pelajaran anak2 kita bila di uji dengan berbagai periksa.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    mesti dia orang hepi dapat berbuka dengan masakan ibu ;)

    BalasPadam
  5. Bagus dapat ibu prihatin seperti jun ( saya x panggil aina lagilah, ya)
    Suka part di mana pun anak kita berada, jai ibu kita mesti bangga. Walaupun saya seorang guru, salah seorang anak saya slow learner tapi saya tanamkan pd dirinya...insyaAllah, nanti dia lebih hebat dari oranglain.

    P/s tqvm kerana mghargai pemberian kecil itu. Mudah2an diberi kesempatan uk bersua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Anim. Jun atau Aina ikutlah mana2 yg selesa.

      Anak yang kecik tu memang slow learner jugak Tahun 3 baru boleh membaca dengan lancar. Alhamdulillah. Biasanya sesi membaca Jun buat secara santai ja sambil baring2 dan satu muka surat satu malam. Jadi dia tak stress.

      Padam
  6. Akak rozie x de mase la. Huhuhu... Ni dah slow2 nak update blog....

    BalasPadam
  7. Salam kak,,,. Rozie x de mase. Ni dah azam nak slow2 updatedr x de langsung kan....

    BalasPadam
  8. Kak Azie faham sangat bab PBS dan Band ni. Kami sendiri terlibat dalam hal buat buku Lembaran PBS, Lembaran Bestari, Band dan segala bagai jenis sylabus lagi. Apapun tahniah untuk anak-anak yang sentiasa ada peningkatan.

    Sempat bakar Kek Coklat? Hebat tuuuu...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ganjaran buat Hikram yang puasa Kak Azie. Dah le keding makin cekeding.

      Padam
  9. kak jun...
    anak2 dah besar lain plak ragamnya dgn anak2 yg masih baya anak yan...tp yan suspect eh, respect kak jun yg amik masa utk g sekolah anak2...kl yan, mesti yan suh abah diorang aje....hihihi

    selamat berpuasa kak jun...xoxo

    BalasPadam
  10. aduhai..meriah menu masakan berbuka akak..

    BalasPadam
  11. samalah kita tak paham2 cikgu tu terangkan.. bukan tak paham tapi tak biasa gamaknyer jadi lagutuler... anak kita tetap terbaik ....

    BalasPadam
  12. it feels good to be a gd mum kan.keep it up.

    BalasPadam
  13. Be Strong..We are super mak..kiki

    BalasPadam
  14. Suka dengan pendekatan awak JA sangat positif.... anak anak mmg tak sama antara satu sama lain...yang penting bagi semangat kat mereka.... Sama je dengan anak OKje tu...

    Tapi PBS ni mmg memeningkan!

    BalasPadam
  15. Takpe, walaupun penat tapi rumah bersih hati jadi tenang kan ;)

    BalasPadam
  16. anak saya pun terlibat dengan PBS , tak suka sangat sebab macam susah nak pantau tahap pembelajaran beliau .. hantar pergi dan balik je .

    BalasPadam