Kasihnya Ibu

11:09 PG JunAina 16 Comments

Lirik Lagu Kasihnya Ibu - Sharifah Aini

Kasihnya ibu 
Membawa ke syurga 
Kasihnya saudara 
Masa berada

Berkorban raga 
Rela binasa 
Berkorban nyawa 
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah 
Sanggupkah berpisah 
Dan kasih anaknya 
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa 
Akan tersiksa 
Ikhlas dan rela 
Asal kau bahagia





Doakan Allah s.w.t permudahkan urusan ibu Pak Tuan yang semakin uzur dimamah usia yang semakin menjangkau usia 90 tahun.


Sabtu 29 Mac 2014 kami balik menziarah seperti bulan-bulan yang lalu, masuk ke rumah saya terkaku, Pak Tuan terkedu. Ibu yang mengandungkan dia terbaring lesu, tanpa suara hanya mata merenung sayu. Pak Tuan menahan sendu di hati lantas tangan tua itu dicium, wajah lesu itu dikucup. Lama. Pelukan lembut yang membuatkan hati Pak Tuan lemas sendiri. Setelah bersalam dan mencium emak saya keluar rumah menangis semahunya. Tak sanggup saya melihat mak dalam keadaan begitu dan semakin hiba hati saya memandang wajah suami ketika itu.


Sebulan yang lalu masih ada suara menggamatkan suasana walaupun ingatannya sudah tumpul, sehingga bulan lepas juga dia masih mengenali Pak Tuan berbanding anak-anak yang lain. Kali ini suasana sangat berbeza. Ruang rumah terasa sunyi walaupun riuh dengan suara cucu-cicit mak. Perasaan sangat lain.


Tiada kudrat yang tinggal lagi, hanya mata memberi isyarat kepada anak-anak. Lidahnya telah kelu tidak mampu berkata-kata. Sudah dua minggu tidak sesuap nasi pun masuk ke mulut. Jika ada pun hanya nasi yang lecek menjadi air kemudai dipam kedalam mulut menggunakan picagari, itupun sekadar 1 cm sahaja sekali pam. Sesekali air yang dimasukkan ke dalam botol kecil bermuncung ditakkan dimulut. Bila diberi minum separuh masuk ke tekak separuh lagi meleleh keluar. Hati mana tidak hiba.


Sepanjang petang saya berada di sisi mak mengalunkan bacaan Al-Quran sambil mengusap lengannya, mencium lembut dahinya. Sesekali saya membisik syahadah ke telinganya dengan harapan hatinya juga akan turut bersyahadah dan agar jiwanya tidak lalai. Sepanjang petang itu juga jiwa saya sangat tidak menentu. Sebagai menantu saya juga sangat tersentuh, semakin hiba bila memandang wajah sayu Pak Tuan yang selama ini jiwanya sangat kuat dan tiba-tiba pada hari itu jiwa dia seakan kosong menanggung kesedihan. Sekian lama menjadi isterinya pertama kali saya dapat melihat kesedihan teramat sangat di raut wajahnya.


Tangan tua itu erat dipegang sepanjang berada di rumah mak. Selepas solat magrib kami sama-sama membaca surah Yassin memohon agar Allah s.w.t mempermudahkan segalanya buat mak. Itulah nilai kasih sayang seorang anak. Tenghari itu juga Pak Tuan dan saya ziarah kubur ayah mertua, doa mengiringinya. Dalam doa itu juga Pak Tuan menzahirkan ucapan keampunan agar ayanhnya mengampunkan segala dosa-dosa emak yang lalu andai emak tak sempat memohon ampun dari ayah. Kesedihan yang amat berat untuk ditanggung oleh Pak Tuan sebagai anak lelaki sulung.













Saya abadikan gambar-gambar ini di dalam blog sebagai kenangan buat kami sekelauarga. Dulu semasa sihatnya setiap kali saya balik ke kampung dia tak pernah izinkan saya memasak sebab seboleh-bolehnya dia mahu Pak Tuan makan masakan dia walaupun terpaksa menggunakan kerusi ketika memasak.


16 Rider Beraksi:

Cuti Tanpa Tujuan

12:00 PTG JunAina 9 Comments


Hari ini Jumaat saya kerja separuh hari sahaja, jadi sempena cuti sekolah yang dah nak habis saya pun ambik cuti tapi tak ada plan apa-apa pun. Hanya nak rehat-rehat di rumah dengan anak-anak lagipun Iqbal Hadi akan mengikuti kem di Hulu Langat selama 3 hari 2 malam anjuran surau tempat tinggal saya. Selepas Jumaat bertolak jadi ambik masa untuk uruskan dia jugaklah.


Ada angan-angan untuk buat muffin atau brownies sebenarnya, ingat nak bawak balik ke rumah mak mertua hari Sabtu nanti. Sebulan sudah tak balik menjengah emak mertua yang semakin uzur. Kejap ingat kejap lupa, moga Allah s.w.t permudahkan segalanya untuk dia.


Buat semua selamat beristirehat di hujung minggu. Sabtu dan Ahad enjoy your weekend tapi lagi sekali nak tanya mak-mak ni boleh ke nak rehat-rehat lentang bagai bila hari minggu? Sekian bebelan saya yang kekurangan idea.


9 Rider Beraksi:

Intai-Intai

8:00 PG JunAina 12 Comments



Nyenyak tidur walaupun beralaskan lantai tanpa tilam empuk, comel sangat dalam lena. Selepas dua minggu bermastautin bawah katil bilik anak tiba-tiba hilang, balik kerja kecoh Kakak Hayani dan Hikram minta carikan. Dah cari dalam bilik mama pun tak ada. Abah sibuk cari lampu suluh cari bawah katil, dalam bakul, belakang langsir tapi hampa. Menung kejap. Tiba-tiba abah teringat belakang almari terus suluh-suluh kat situ, lega nampak nyenyak tidur kat situ.


Dulu masa Hikram merengek-rengek minta nak bela kucing abah tak izin tetapi sekarang dah terbalik pula sebabnya abah yang lebih-lebih. Pagi-pagi sebelum pergi kerja 2-3 kali jengah belakang almari balik kerja pun sama siap ambik anak kucing dok main-main. Tegas, cengey, keras hati tetapi dalam hati ada taman rupanya.



12 Rider Beraksi:

Rm3.3 juta Seorang

2:38 PTG JunAina 16 Comments



Pelik kenapa tiba-tiba firma dari AS yang sibuk-sibuk menguruskan kes ini. Duit tak dapat membeli nyawa sebagaimana anak-anak kehilangan kasih ayah, isteri yang hilang hangatnya kasih suami dan ibubapa yang hilang anak-anak tersayang, walaupun tidak dinafikan duit itu penting tetapi duit bukanlah segalanya. Apakah mungkin ada yang menangguk di air keruh?



16 Rider Beraksi:

Window Shopping di Tokyo

9:53 PG JunAina 11 Comments


Pertama kali saya pergi ke Tokyo! Yeeyyy... Jalan-jalan window shopping je pun, tak perlu bayar tiket kapal terbang pun free je sebab minyak motor Pak Tuan yang tanggung. Haaaaa...pergi Jepun naik motor ke? Tak lah saya cuma jalan-jalan Tokyo Street, Pavillion. Sungguh walaupun tiap-tiap hari saya lalu depan Pavillion ini adalah kali pertama saya jalan-jalan sini. Jalan jelah nak shopping tak mampu kot.



Comey tak...comey tak. Patung kat belakang tulahkan yang comel.



Yeeeyyyy...bukti saya dah sampai Tokyo Street. Kat situ semua ala-ala Jepun, ada makanan, alat solek, hiasan dan macam-macam lagi dari negara matahari terbit.


Tujuan utama pergi sini nak makan tapi tersasar bila tempat makan yang di cari tak ada pun dekat sini, mungkin Pak Tuan tengok tempat lain tapi dia ingat kat Pavillion. Umur dah banyak ingat-ingat lupalah tu. Nasib baik tak lupa bini! Kat sini selain jalan-jalan sempat juga pergi Daiso juga di Tokyo Street. Banyak yang saya berkenan tetapi sebab nak balik pejabat semula saya batalkan hasrat nak beli dan belah. Masuk pejabat lambat kat tangan penuh barang nampak sangat pi mengular so lain kalilah walaupun kat hati tu menagis-nangis nak beli.


Sejam sahaja waktu rehat jadi tak sempat nak jalan-jalan sangat pun. Pergi makan naik Tokyo Street sekejap. Butik-butik ternama semua tu saya jeling-jeling sahaja. Haihhh...bila le nak dapat shopping sakan-sakan kat situ. Bang minta dopoloh ribu nak shopping...ahahhaaa... Pengsan!


11 Rider Beraksi:

Luahan Hati Seorang Anak Rindu Mak

5:43 PTG JunAina 7 Comments


Tadi adik perempuan saya whatsapp (padahal rumah dia depan rumah saya je pun) ajak balik kampung, tujuan utama nak tengok mak dan kebetulan bapa saudara kahwinkan anak. Kalau balik pun lebih kepada rindu mak sebenarnya. Hati sudah meronta-ronta, tak tertahan. Rasa nak menangis pun ada, sebak dilambung rasa.


Mak tahun ini akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 63 pada bulan Julai nanti. Setiap kali terpandang wajah mak hati dipagut pilu. Raut wajah tuanya walaupun sangat tenang tetapi terpancar lelahnya. Urat-urat tangan yang timbul sangat jelas kerana kerja kuatnya sedari muda. Terkenang pengorbanan mak membesarkan kami tanpa abah yang dijemput Ilahi ketika kami masih kecil. Kadang-kadang mengalir air mata mengenang perbuatan dan kata-kata yang mungkin suatu ketika dulu yang dibuat menyakiti hati mak. Kalau masa dapat diputar kembali ingin rasanya saya menjadi anak yang solehah serta taat.


Teringat masa kecil-kecil dulu, mak kerja di Kilang Dragon & Pheonik di Jejawi, kemudian mak pernah kerja di sebuah kedai jahit di Arau, berulang kayuh basikal yang jauhnya hampir 5-6km. Mengerah tulang empat keratnya untuk menyara anak-anak. Mak pernah juga buka kedai makan kecil-kecilan, mak pandai memasak tetapi bakat ini belum diwarisi oleh mana-mana anak emak manakala bakat menjahit mak telah diwarisi oleh adik perempauan saya. Bila lelah dengan kedai makan mak buka gerai jual nasi lemak pagi-pagi, buat kuih untuk kantin sekolah, buat kuih hantar ke kedai-kedai dan pernah juga buka gerai tepi jalan jual cendol dan cucur udang. Kerana anak-anak mak tak pernah kenal lelah.


Sekarang anak-anak mak semuanya sudah besar termasuk dua adik lelaki berlainan bapa (rezeki mak ditinggal tanpa pesan). Semuanya sudah boleh berdikari dan kami adik beradik tak izinkan mak bekerja lagi. Sebolehnya saya akan memenuhi setiap keinginan mak, kali ini hati saya terkilan sebab ada lagi hajat mak saya tak tunaikan. Beberapa hari lepas saya telefon mak dan dia tanya 'Kak yang balik tak kenduri rumah Pak Tih'. Saya tahu sebenarnya dia dah rindu pada anak cucu kenduri itu hanyalah alasan semata-mata, sudah dua perimtaan mak tak tertunai. Sedih gila kot!


Allah...Allah...Allah...bersama jari menekan papan kekunci ini bukan hanya hati yang menagis tetapi air mata terus laju kerana rindukan mak. Perasaan bersalah bersarang di hati. Mak ampunkan anak-anak. Mak jangan biarkan air mata mak mengalir kerana setiap titis air mata mak akan menjadi dosa pada anak-anak. Sesungguhnya kami anak-anak mak sangat sayangkan mak!


Masih mengharapkan rezeki dari Allah s.w.t manalah tahu tiba-tiba saya dapat 'durian runtuh' atau 'rezeki terpijak' dan dapat menunaikan harapan mak yang tertangguh. Saya masih menanggung satu beban besar yang masih tak tertunai, insyaallah andai ada rezeki mak...kita ambik balik.



7 Rider Beraksi:

Pertama Kali Solat Jumaat

12:00 PTG JunAina 11 Comments


Solat Jumaat adalah wajib bagi lelaki muslim tetapi tidak bagi wanita.


Sabda Nabi SAW;


الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض



Maksudnya;

“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”


Jumaat yang lalu saya mempunyai urusan bersama Pak Tuan, jadi dia membawa saya ke Masjid Negara dan meminta saya menunggunya dan kemudian dia mengubah fikiran. Pak Tuan meminta saya ke ruang solat wanita di bahagian atas, jadi nanti tidak tergesa-gesa saya untuk bersolat zohor. Bila sampai di ruang solat saya lihat kebanyakannya adalah berbangsa Arab dan Cina. Bila azan zohor berkumandang saya melihat mereka bersolat dua rakaat kemudian duduk semula menunggu khutbah. Jadi saya membuat keputusan untuk bersolat Jumaat berjemaah berbanding solat zohor bersendirian. Ini adalah pertama kali saya solat Jumaat di sepanjang hidup selama hampir 40 tahun tetapi bagi yang sudah biasa ke Mekah ini adalah perkara biasa.


Di Malaysia adalah sangat jarang ada wanita yang menunaikan solat zohor kerana kita berpegang adalah lebih afdal wanita bersolat zohor di rumah dan kewajipan solat Jumaat adalah keatas lelaki. Sekiranya masjid mempunyai ruang solat khusus untuk wanita adalah dibolehkan selagi tidak menimbulkan fitnah, sebaliknya sekiranya tiada ruang khusus keutamaannya adalah untuk kaum lelaki.


HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.

Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.

Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.

Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah.


Saya mendapat ilmu baru, pengalaman baru juga kawan-kawan baru yang sama-sama menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut. Rupanya ukhwah terus terjalin tanpa kita rancang.



Saya sempat mengintai jemaah lelaki di bahagian bawah semasa khutbah Jumaat. Ruang solat yang sangat luas dengan penyaman udara di Masjid Negara memang sangat selesa bagi jemaah yang bersolat di sini. Walaupun berbelas tahun saya bekerja di Kuala Lumpur ini adalah kali pertama saya bersolat di sini.



11 Rider Beraksi:

Pesanan Buat Anak-Anak

9:32 PG JunAina 11 Comments






11 Rider Beraksi:

Apprisal 2013/2014

4:00 PTG JunAina 7 Comments


Saya sedang buka buku, belajar serta buat ulangkaji. Sejak semalam 'bos baru' sedang buat Appraisal 2013/2014. Hulur borang tau-tau dia keluar soalan teknikal macam interview nak masuk kerja tak ke buntang biji mata saya nanti. Harus buka buku dan mentelaah mana yang patut, kadang-kadang masa buat kerja boleh sahaja tetapi bila kena tanya langsung lupa semua yang ada dalam kepala. Gugup!


Kali pertama appraisal dengan bos yang mengambil alih tugasan sebagai ketua kami. Cara dia belum tahu lagi tetapi mengikut track record ada harapan akan disoal dan digasak dengan soalan. Dua bos saya terdahulu hanya membincangkan apa yang telah dipersetujui bersama lead. Andai ada bantahan, pandangan, cadangan mahupun aduan dan ketidak puasan hati berkenaan lead. Sebagai orang bawahan kami juga diberi hak untuk bersuara.


Besar harapan untuk melihat keberhasilan yang tinggi terhadap appraisal kali ini tetapi jawapan seakan sudah pasti dengan ketiadaan projek baru. Ramai kakitangan yang terpaksa mengisi timecard menggunakan 'stand by time' yang membawa maksud tiada projek, di mana bagi syarikat tempat saya bekerja kakitangan akan booking hours kerja mengikut projek dan client akan membayar mengikut rate tertentu kepada syarikat. Sekarang kebanyakan kakitangan terpaksa dibayar oleh syarikat.


Saya juga cuba untuk menukar haluan tetapi mungkin belum rezeki. Berangan-angan juga untuk menceburi bidang perniagaan tetapi risiko yang perlu diambil terlalu besar dan tiada sokongan dari teman sebantal. Jadinya terpaksa bersabar sehingga masa yang menentukan segalanya.


7 Rider Beraksi:

MH370 Takziah Andai Itu Takdirnya

10:23 PG JunAina 13 Comments


Durasi 4 minit sidang media yang di terajui Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak memberi impak yang terlalu besar kepada pencarian 17 hari MH370. Kesedihan serta kesukaran melafazkan berita buruk terpancar di wajah beliau tetapi beliau tetap tidak menggunakan perkataan 'terhempas' atau 'nahas'. Masih meletakkan harapan mungkin walaupun tipis.


PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time."



Kita semua bersedih, bukan rakyat Malaysia sahaja tetapi semua penduduk dunia yang ada hati dan perasaan bersedih apatah lagi keluarga mangsa yang menaggung resah sejak 17 hari lalu. Terlerai bebanan di hati namum itulah puncak kesedihan. Sekurang-kurangnya kehilangan mereka bukan lagi misteri tidak terungkai tanpa khabar berita. Walaupun pusara nun di lautan tetapi ahli keluarga tahu itulah takdir buat mereka.



Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya, kekuatan 17 hari yang dilaluinya tak mampu dibendung bila secara rasmi PM mengumukan MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi. Segagah hati lelakinya tumpas kerana kesedihan sekian lama ditanggung - Ahmad Jauhari Yahya (tetapi ada juga hati-hati yang mati antara kita yang terus menerus membuat fitnah dan komen biadap).


Kita semua masih berharap dan terus berdoa walaupun sangat tipis harapannya agar ada yang terselamat. Selebihnya kita berserah bertawakal dan menerima ketentuannya dengan hati yang terbuka walaupun hati dibelenggu kesedihan.


Berikutan pengumuman tersebut 'takziah' buat semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370, kuatkan hati, kuatkan hati, kuatkan hati. Bagi waris beragama Islam mungkin mereka telah mula menghadzam kekalutan ini seminggu lepas dan kini redha dengan Qadar dan Qadar yang telah Allah s.w.t tentukan walaupun seribu kesedihan mencengkam jiwa.


MH370 satu pengajaran buat kita, pengajaran terbesar yang harus juga dikutip oleh MAS dan Malaysia. Juga memberi ilmu baru kepada kancah penerbangan dunia.


Saya masih juga tertarik untuk terus membaca komen-komen bradokapak menerusi blognya Drama Raja.


13 Rider Beraksi:

Separuh Jiwaku Pergi

5:14 PTG JunAina 6 Comments


Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku
(*)
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
(Ulang *)
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semu

Sesungguhnya semangat untuk berkerja telah hilang kebelakangan ini, jika tidak mengenangkan tanggungjawab yang tergalas rasanya diri ini telah tersungkur menyembah bumi. Ku gagahi kaki untuk terus melangkah demi perjuangan sebuah kehidupan. Semangat bagaikan hilang seolah 'Separuh Jiwaku Pergi' meninggalkan diri ini.


Demi tanggungjawab diri ini terus akur, tak bisa terus bergantung dengan dia. Demi kelangsungan kami hangatnya semangat ku tiup setiap hari ke dalam diri. Suatu hari pasti ada sinar harapan di hujung kegelapan pasti ada cahaya.


Luahan perasaan saya yang 'semangat kian hilang' bersama masa. Setelah ada kawan-kawan yang terpaksa pergi, kelembapan projek pula melanda bukan hanya di syarikat tempat saya bekerja tetapi juga di semua syarikat di dalam aliran yang sama. Kuatkan hati, kuatkan hati...



6 Rider Beraksi:

Biru Jarinya

9:47 PG JunAina 15 Comments



Korang hado? Jari yang dicat masih belum hilang warnanya. Keputusan pun semua sudah maklum. Besar harapan sangat wakil rakyat yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab serta menggalas amanah dengan baik. Allah s.w.t lebih tahu.


Berat tanggungjawab menjadi seorang pemimpin bukan setakat dunia sahaja perlu ditanggung tetapi akhirat esok juga perlu dijawab. Bersediakah? Jadi sebagai penyokong usah tambah dosa sedia membukit kepada menggunung tapi siapa pula kita nak menilai dosa pahala orang.


Selamat berkerja bagi yang bekerja dan jangan nak 'monday blues' sangat, niatkan kerja itu satu ibadah. Bagi yang bercuti happy holiday, wahhhh saya sangat jeles sebab tak dapat bercuti!


15 Rider Beraksi:

Sup Ayam Kuah Kentang

12:00 PTG JunAina 13 Comments


Sup Ayam Kuah Kentang, alahai anak-anak sudah rezeki begitu hari ini. Jumaat biasanya menu simple, lazimnya sup ayam atau daging. Hari agak malas jam 5am baru bangun, potong bawang, potong kecil ayam, tumis bahan masak macam biasa sambil dadu kentang, dadu lobak merah dan belah tomato.


Kejap kacau sup, kejap perapkan ayam yang nak digoreng. Sambil tu goreng nugget tempura Ayamas sebab dah tak rajin nak masak sarapan pagi. Keluarkan 3 mug, 2 untuk milo 1 untuk nescafee sarapan anak-anak. Azan berkumandang, perasakan sup yang telah dimasukkan semua bahan kemudian mandi dan solat subuh sambil tu kejut anak-anak.


Usai solat ke dapur untuk goreng ayam dan sediakan meja untuk sarapan. Sekali tengok sup masih mendidih di atas  dapur. Terus menjerit. Kuah dah mengering dan memekat! Ambik senduk cedok sup tengok kentang dah terlebih masak, mencair dalam kuah. Tambah air, perasakan garam semula. Redha. Makanlah anak rezeki hari ini. Selalu anak-anak suka kentang dalam sup hari ini kentang yang tinggal dah tak banyak sebab memang dadu kecil sedikit sebab nak cepat empuk.


Jumaat datamg lagi. Selamat beristirehat di hujung minggu tapi ada ke istilah rehat bagi ibu-ibu?


13 Rider Beraksi:

Kisah Kembar Enam

8:39 PG JunAina 8 Comments


Hari ini nak cerita kisah kembar enam yang tiba-tiba hadir dalam keluarga kami. Gembira sangat tetapi hati tetap gelisah, boleh ke nak jaga sampai enam sekali ni. Kisah bermula bila seekor kucing liar dengan perut memboyot hari-hari minta makan di pintu pagi dan malam, mula-mula bagi sisa ikan lama-lama beli ikan untuk dia. Tiap-tiap hari dia akan tunggu pintu dan memandang muka kita dengan pandangan sayu. Tak tahan hati ni!


Sehari dua kucing ni tak datang, tertanya-tanya jugak kemanalah dia minta makan agaknya. Selepas itu nampak kelibat dia tetapi perut dah kempis! Masuk rumah dok sekodeng bilik belakang. Saya halau dia lari keluar. Semasa sedang solat asar saya terdengar bunyi anak kucing tapi abaikan sahaja. Sedang baring-baring golek-golek tengah rumah saya nampak kucing berjalan sambil 'gonggong' leher anak masuk bilik. Menjerit kejap. Lepas tu Pak Tuan periksa bilik, nampak 4 ekor anak kucing sedap landing atas lantai bawah katil. Lepas tu angkat tilam rupanya ada enam ekor!


Saya kata 'kalau abang nak buang, saya tak nak subahat'...ahahhaaa... Ada ke patut cakap macam tu. Sebenarnya saya tak sampai hati nak buang anak kucing yang masih belum boleh buka mata tu, kesian. Walaupun saya sangat 'geli' nak pegang mahupun nak tengok tapi hati saya sangat berat nak buang. Kesian kot. Jadinya dalam rumah saya sekarang ada 7 ekor kucing!


Saya bagitahu Pak Tuan. 'Hikram minta nak bela kucing dah lama tapi abah tak izinkan, sampaikan mak tok bagi kucing seekor di kampung yang katanya kucing Hikram mak tok tolong bela. Setiap kali balik kampung kucing itulah yang dicari dulu. Hari ini Allah bayar cash atas keengganan abah. Bukan seekor sekali 6 ekor di bagiNya!' Pak Tuan gelak. Sebenarnya dia pun tak sampai hati jugak nak buang kucing tu. Sibuk dah suruh belikan sangkar kucing. Sekarang saya yang pening terpaksa handle tambahan 6 anak!



Mak kucing yang sangat eksyen sebab dah tak perlu mengemis minta makan dan ada tempat berteduh. Rezeki anak katanya kan...



Anak-anak baru saya. Cabaran selepas bertahun-tahun tak bela kucing, bertambah kerja mak.


8 Rider Beraksi:

Abuain Kitchen Dessert Sensation

3:16 PTG JunAina 4 Comments





Kalau ada yang berminat sila singgah ke blog Abuain Kitchen, sambil masak-masak, berkongsi tip dapat juga beramah mesra dengan dua chef yang tak asing ini iaitu Chef Adu Amran dan Chef Izyan Hani. Pelaburan berbaloi, pasti anda tak menyesal keluarkan duit. Bukan itu sahaja anda juga akan mendapat buku hasil karya kedua-dua chef tersebut.


4 Rider Beraksi:

Berpusing Macam Lagu Atai

11:16 PG JunAina 5 Comments


Lirik Lagu Pusing - Atai

* Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing


Saya sejak dua minggu lepas pening-pening, kejap baik kejap pening berulang-ulang. Pertama kali kena selepas saya menghadiri majlis di Saloma Bistro, balik rumah saya hanya terbaring. Rumah berpusing-pusing bila bangun. Gagahkan diri bepaut pada kerusi urus makan suami dan anak-anak. Esoknya saya langsung tak bangun dan anak-anak urus makan sendiri. Alhamdulillah. Abang Iqbal Hadi masak nasi goreng untuk makan tengahari. Paginya beli roti canai.



Hari ini kepala mula berpusing kala sedang menikmati sarapan, berjalan ke pejabat saya hampir jatuh nasib baik Pak Tuan sempat papah. Sempat juga kena marah supaya hentikan tabiat 'nescafee tarik' hidangan setiap pagi saya sejak 3 bulan lalu. 'Tabiat' susah nak buangkan? Rasa hidup tak sempurna tanpa kopi.


Nak jumpa doktor pun malas, sebab bila ambik ubat tak makan buat semak rumah je. Sudahnya tahan sendiri sakitnya. Sendiri cari pasal sendiri tanggung.




5 Rider Beraksi:

Keputusan SPM 2013

8:00 PG JunAina 8 Comments


Selepas tamat sahaja PLKN bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 terus terima keputusan. Tak sempat nak melepaskan lelah latihan datang pula debaran keputusan. Latihan PLKN Sesi 1/2014 dengan rasminya tamat Selasa atau Rabu bergantung kepada kem. Ibu-bapa juga tak kurang debaran, silap-silap anak tidur nyenyak ibu-bapa pula berkeluh-kesah tak mampu melelapkan mata.


Bagi anak-anak mungkin lebih teruja untuk mengambil keputusan peperiksaan di sekolah, disamping dapat berjumpa rakan-rakan dan guru mereka akan sama berkongsi kegembiraan tak kurang juga kesedihan bila harapan yang diletakkan tidak tercapai. Bagi ibu bapa yang tidak sabar menunggu anak pulang bolehlah mencuba cara alternatif yang telah di sediakan iaitu melalui sms.

Taip : SPM (Nombor kad pengenalan)(angka giliran) hantar kan sms kepada 15888

Pastikan anda menyimpan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran anak-anak. Kemudahan ini diaktifkan bermula pukul 10 pagi 20hb Mac 2014.


Terlebih dahulu 'TAHNIAH' buat anak-anak yang berjaya, bagi yang kurang berjaya usaha lebih di masa hadapan dan bagi yang gagal masih ada lorong-lorong lain yang boleh dipilih. Sijil itu penting tetapi ilmu bukan sahaja terletak pada sijil. Kerajinan, ketekunan akan membuahkan seribu kejayaan. Paling penting jangan berhenti berusaha dan berdoa.



8 Rider Beraksi:

MH370 Drama Raja Harap-harap Ini Bukanlah Cerita Drama

1:26 PTG JunAina 24 Comments


Sejak akhir-akhir ini banyak sekali pengulas-pengulas keselamatan negara yang wujud secara tiba-tiba, tak kurang cerdik-pandai yang tiba-tiba arif dengan segala jenis radar, kapal terbang, kapal perang dan saya harap jangan jadi temberang sudah.


Salah satu blog yang mendapat perhatian tinggi adalah blog dramaraja nukilan bradokapak yang dibina khusus untuk mengulas berita kehilangan MH370. Saya tidak mengenali beliau sebelum ini cuma secara kebetulan terbaca melalui link di fb. Sejak itu saya mengikuti perkembangan blog ini.


 Sekiranya anda masuk ke blog beliau saya tidak bertanggungjawab atas kecelaruan fikiran anda. Saya baca tanpa menghadam, saya hanya membaca untuk pengetahuan dan tidak akan meletakkan hukuman betul atau tidak.



Saya tidak mahu menyentuh tentang isu yang diketengahkan, saya cuma nak bagitau blog ini antara yang terhebat buat masa sekarang. Beberapa hari di buka tengoklah pageview blog ini. Korang hado? Satu ribu dua ratus tigapuluh enam sedang membaca dengan total pageview sepanjang di buka (selepas kehilangan MH370 pada 8hb Mac 2014) satu juta dua ratus lapanbelas ribu lapan ratus limapuluh dua setakat pukul 11am 19 Mac 2014. Hebat!


24 Rider Beraksi:

Kembar Enam

9:46 PG JunAina 13 Comments





Saya tak pegang tapi...geli...


13 Rider Beraksi:

Bidadari Dari Syurga

2:43 PTG JunAina 16 Comments


Alhamdulillah. Teman lama satu pejabat telah selamat melahirkan anak keduanya. Bidadari dari syurga. Menyempatkan diri pergi tengok baby dan mommy kat Hospital Kuala Lumpur. Mommy sihat dan baby pun sihat cuma kena tahan wad kejap, doktor nak monitor baby takut jangkintan kuman kerana air ketuban dah kering katanya. Pecah ketuban esok baru bersalin.



Izz Tashfin tengok makcik Aina terus senyum. Geramnya. Kata mommy ambik berkat, haishhh dah tua-tua ni tak payah le bagi peluang orang muda pulak. Perasaan sukar diungkap bila pegang baby macam ni. Seronok ada sedih pun ada. Kalau jadi dulu baby Aina dah 7 bulan tapi tak ada rezeki.



Sebab senyum lebar sangat tadi dan makcik sangat geram terus kena cium sampai merah muka. Wangiiiii wehhhh bau baby. Terus rasa nak tambah ahli keluarga...ahahahaa...


Tahniah buat Wie dan suami, dah ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Rezeki. Doa agar Izz Tashfin akan membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah yang bakal menyejukkan hati kedua ibu dan ayah.



16 Rider Beraksi:

Redup Rimbun Corner

9:22 PG JunAina 10 Comments


Hari Sabtu saya jarang memasak sebab sepanjang minggu saya sudah masak untuk anak-anak sarapan dan makan tengahari. Jadi kebiasaannya hari cuti saya beli sarapan dan tengahari kalau rajin saya masak nasi dan lauk-pauk, kalau terasa tak rajin saya goreng nasi tetapi kalau dah malas memang makan luar. Tempat makan kegemaran kami buka tempat mewah tetapi hanya gerai tepi tasik iaitu Redup Rimbun Corner, di Tasik Cempaka yang bersebelahan Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi.


Beberapa kali saya pernah menulis tentang gerai ini antaranya cendol dan laksa sedap Bandar Baru Bangi. Kemudian ais kacang nikmat. Setelah mendapat info dari blog Kak Rahmah mengatakan di Redup Rimbun Corner satu ketika dulu sudah menghidangkan menu-menu lain selain laksa dan cendol kami terus mencuba dan sejak itu hati terus terpaut. Kalau nak makan-makan luar anak-anak terus ajak makan di sini sambil bersantai tepi tasik nikmati pemandangan.



Kueyteow goreng sangat sedap kerana cara masak dipengaruhi oleh masakan orang utara, jadi masakannya sangat kena dengan selera kami anak-beranak. Portion pun banyak. Dimasak bersama hirisan ayam, sayur sawi serta kubis dan pecahan telur. Tidak terlalu pedas terasa kelemakan terhasil dari telur yang dikacau bersama kueyteow. Hidangan kat atas tu dah kena tolak sana-sini dek anak-anak untuk kurangkan kepanasan supaya boleh cepat makan.



Abang Iqbal tak boleh lari dari Nasi Goreng Kampung sangat typical seleranya. Saya tak pandai nak bagi berbintang-bintang tetapi bagi kami sekeluarga memang memenuhi selera. Nasi goreng kampung ini ada kelainan sedikit sebab biasanya digoreng bersama ikan bilis tetapi nasi ini di goreng bersama hirisan ayam, sayur kangkung dan ada ikan bilis juga. Pedas cili api yang tidak menyengat. Masa kami pergi ini yang lain-lain order laksa dan minumannya cendol, cendol pulut dan adik hikram sangat typical dengan milo ais.


Pendapat peribadi saya makanan di sini memang berbaloi untuk dibayar. Cuma saya berharap mereka mengekalkan rasa, kualiti serta presentation makanan mereka walaupun sudah terkenal. Entah kali keberapa saya pergi cara mereka hidangkan cendol agak tidak menarik tetapi rasanya tetap sama dan apa yang saya perasan pekerja yang biasa ambil pesanan sudah berganti. Saya cuma berkongsi tempat makan ini untuk faedah bersama. Pandangan saya juga tidak mewakili lain-lain pendapat sebab lain orang lain seleranya lain pendapatnya.



10 Rider Beraksi:

Nasi Ayam Bogel

2:42 PTG JunAina 25 Comments




Dah jangan nak over ehhh, ini bukan spekulasi bukan mencari publisiti murahan pun tetapi rasa sakit hati dan rasa menyampah sangat melebihi segalanya. Bismillah makan dengan redha dalam terpaksa. Rezeki setakat tu sahaja hari Jumaat lepas tetapi kita bayar jadi penjual harus memberi yang sepatutnya.


Ceritanya Jumaat lepas balik ikut Jalan Cheras konon nak singgah kedai biasa rupanya tak buka pergi kedai sebelah lauk pula tiada yang berbaki. Tawakkal balik ikut Sungai Sekamat dengan harapan ada rezeki kami tiba-tiba nampak ayam bergayut kat sebuah kedai dan kami pun singgah. Kedai tak perasan namanya tetapi letaknya bersebelahan Bilik Gerakan PKR, Sungai Sekamat dan hari tersebut sempatlah bertentang mata dengan calonnya DSWan Azizah jugak.


Balik cerita nasi ayam. Order punyalah lama tunggu, yang ambik order tadi kejap-kejap lap celak kejap-kejap tengok cermin nasi ayam tak juga sampai. Perut lapar, saya berangin. Lambai-lambai waiter. Saya tanya nasi ayam mana, lama dah order. Cepat budak lelaki tu pergi buat. Sekali datangnya memang betul-betul nasi ayam! Hanya nasi, ayam yang dituang kicap serta cili dan sup. Saya pandang dia. Sayurnya mana dik? Tak ada kak. Pak Tuan sambung ini kena potong harga sebab tak lengkap. Budak tu berlalu tanpa minta maaf pun. Buat apa nak jaga pelanggan macam kami ni kot sebab dia lagi untung besar 2 minggu ni, agaknya!


Nasiblah hari tu angin Pak Tuan baik, kalau tak kecoh satu kedai.



25 Rider Beraksi:

Rahmat DiSebalik Dugaan

10:34 PG JunAina 17 Comments


Kemarau, panas, krisis air, jerebu dan paling kritikal kehilangan MH370 tanpa kesan. Dugaan yang Allah berikan kepada kita akhir-akhir ini amatlah sukar untuk ditelan tak kurang pelbagai telahan dibuat bila berhadapan dengan perkara tersebut. Kita sebagai orang Islam masih terus berpegang pasti ada 'Rahmat DiSebalik Dugaan'. Bila semuanya telah pulih seperti sediakala pasti kita akan dapat lihat rahmat yang terselindung, cuma masnya belum tiba.


Panas yang berdeting memberi rahmat serta rezeki melimpah ruah kepada penjual air, krisis air melambakkan rezeki kepada penjual tong-tong air dan penjual air mineral, jerebu memberi rezeki kepada klinik-klinik di mana Allah menarik rezeki kesihatan sedikit dari kebanyakan kita. Rahmat buat mereka yang berkenaan dan ujian buat kita yang terpilih untuk mengharunginya.





Panas, tanah kering dan tanah merekah tetapi pokok belimbing buluh ini berbuah lebat, ada yang sudah boleh di petik, ada yang masih kecil dan ada juga bunga-bunga baru yang berkembang. Rahmat buat kami sekeluarga dan rezeki buat jiran-jiran yang dapat merasa. Konsep kecil "Rahmat DiSebalik Dugaan".


17 Rider Beraksi: