Komen Bodoh?

3:59 PTG JunAina 22 Comments


Semua orang ada otak tapi tak semua orang ada akal sebab kalau ada akal kita tak akan cakap benda bukan-bukan atau komen benda yang kita tak tahu. Serah pada orang yang lebih tahu dalam apa keadaan sekali pun, biar orang yang bertanggungjawab atau lebih pakar selesaikan.


Semalam saya pergi pasar seperti biasa. Tempat saya selalu beli ayam tu abang lebai yang jual, sebab dia memang sentiasa pakai kopiah putih. Bila sampai ayam banyak lagi saya gatal mulut tanya.
"Awat ayam banyak lagi ni selalu pukoi 12 lebih tak dak dah"
"Hari ni bisness tak masyuk la kak orang kurang"
"Agaknya orang dok kalut tunggu berita pasai kapai terbang tu kot lah no, akak pon mai lambat hari ni dok tunggu berita"
"Elok la tu kak, asyik-asyik rugi ja. Sekali ni betoi-betoi depa rugi. MAS hilang sebijik kapai terbang"


Saya terus tumbuh tanduk. Marah betul. Mana taknya seluruh rakyat Malaysia bersedih atas kehilangan MH370 dan dia selamba cakap macam tu. Sebab dah biasa dengan dia dalam gelak saya libas jugak sikit.
"MAS tak rugi pun, kapai terbang tu ada insuran. Cuma image bersih tu tercalaq sikit la. 
Hat kita dok kira ni kesedihan kaum keluarga depa yang terlibat la.
Takut-takut ada anak-anak jadi yatim hilang mak, hilang pak. Bini jadi janda laki jadi duda. Mak pak hilang anak. Ada hilang tempat bergantung."


Ada juga yang komen. "Haaaa...dah jadi lagu tu baru kalut nak buat sembahyang hajat semua tu dulu hampa enjoy katak." Rakyat Malaysia buat sembahyang hajat di merata tempat bukan atas permintaaan sesiapa pun semuanya ikhlas dengan rela hati buat untuk kebaikan. Ada juga yang komen "Musibah Allah bagi la tu salah seorang penumpang tu hakim yang kendali kes DSAI. Dapat la balasan dia Allah bayaq cash." Siapa kita untuk tentukan itu hukum Allah buat dia tapi yang pasti itu adalah takdir yang Allah telah tentukan buat mereka semua. Kun Fa Ya Kun.


Tolong la perihatin sikit bila nak bercakap. Sila guna akai bukan guna kepala lutut. Bayangkan dalam kapal terbang tu ada anak-anak, laki atau bini kita, adik-adik atau saudara-mara kita sanggup ke kita cakap yang bukan-bukan.




Ni satu lagi. Akai tak dak komen dangkal. Pi Beijing tu buat maksiat ka? Kalau nak ikut buat maksiat kat Malaysia ni pun berlambak.
(Sumber gambar : Copy & Paste dari FB)



Lebih baik senyap kalau tak tau apa-apa. Doa banyak-banyak untuk mereka untuk keluarga mereka dan untuk diri kita sendiri.
(Sumber gambar : Copy & Paste dari FB)


Entri luahan hati bersama seribu emosi. Saya sedih. Saya pilu. Saya doakan mereka setiap kali solat. Saya buat solat hajat mendoakan segalanya selesai dengan cepat. Itu sahaja yang mampu saya buat.



You Might Also Like

22 ulasan:

  1. Salam ziarah...saya setuju dgn Jun!
    If you don't have anything nice to say...it's better to be silent
    Semoga Allah melindungi penumpang penerbangan MH370...Dia Maha mengetahui segala2nye!

    BalasPadam
  2. amboih sedap je mlt org jual ayam tu ek kak, nsb lah kene libas ngn akak hehehe..bdk yg komen kt tweeter tuh pun,mcm tak gune akal...sesedap hati je jth kan hukum. kadang kite ni pikir apa lah org lain pikir bile time gini, takde ke perasaan sedih pilu mcm yg kite rasa... takde hati perut ke mereka ckp sesedap hati, ngutuk sesedap hati, lbh baik diam dr menyakitkan hati org,...

    BalasPadam
  3. semoga misteri nusantara ini akan terjawab x lama lg..

    BalasPadam
  4. Kadang sesetengah manusia ni tak reti nak jaga sensitiviti orang lain kan kak..
    semoga depa dapat hidayah & petunjuk.. yang penting kita jgn berhenti berdoa buat mereka.. #PrayForMH370

    BalasPadam
  5. masa baca memang sakit hati kak...diorang ni xde otak la...x fikir sensitiviti keluarga mangsa..ni dah masuk 3 hari..macam2 spekulasi yang keluar..terlalu ramai yang tiba2 jadi pakar penerbangan....

    BalasPadam
  6. Salam JunAina,semoga kapal terbang MAS akan ditemui & semua penumpang dlm keadaan slmt.Aaminnn.Atie pon klu dgr berita ttg kapalterbang MAS ni berdebar2 rasa hati...

    BalasPadam
  7. Bongok dangkal punya manusia. Malu aa komen macam tu.

    BalasPadam
  8. dia igt kalau naik kapalterbang gi mekah aja yg bagus...buat ibadah..
    melihat dunia yg Allah ciptakan ni, bukan ibadah agaknya..

    BalasPadam
  9. Sama2 kita doakan semoga semuanya selamat.

    BalasPadam
  10. Salam Aina.

    Betul apa yg Aina kata ni. Ada orang tak guna akal main komen semberono. Tak kena batang hidung dia boleh lah dia cakap mcm tu. Cubalah fahami perasaan keluarga2 yg terlibat tu ….. huhu

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,
    Budak sekulah mana nak pi buat maksit jauh bebenornya sampai Beijing. macamlah Malaysia ni suci bersih benar dari maksiat hu huhuhuh u

    Kan elok dok dendiam dari buat status yang menampakkan kerendahan tahap IQ macam ni...

    BalasPadam
  12. org yg bagi komen vooodoooh tu mmg tak dak akal, kalau terkena batang hidung sendiri ke famili sendiri ke... baru depa tau... bukannya nak doakan keselamatan mangsa tapi tambah lagi sedih org lain...

    BalasPadam
  13. Tweet yg di buat oleh suehanajaafar memang !@#$%^&...

    BalasPadam
  14. Orang-orang yang bagi komen negatif tu...hmm biarkanlah. They've shown their true colors...for the whole world to see.
    Sekarang ni senang kalau nak risik-risik perangai (yang betul2 bukan lakonan) calon menantu, adik/kakak/abang ipar. Cari jer akaun Twitter, Facebook, Instagram atau blog, pastu check apa yang dia post. Too easy :)

    BalasPadam
  15. Ya Allah geram pulak saya dengar (baca). Kan lebih elok diam jer dari keluarkan kata2 yang menguris bukan setakat ahli keluarga yang terlibat, tapi kita2 yang tak putus berdoa semoga depa selamat.

    BalasPadam
  16. Belum kena tang batang hidung sendiri atau kaum kerabat sendiri tak pelah...mereka takkan merasa betapa peritnya...

    #prayforMH37... :(

    BalasPadam
  17. saya hanya boleh berdoa supaya mereka yang terlibat terus tabah dan kuat menghadapi dugaan hebat tu!..lain-lain tak nak buat spekulasi sendiri!

    BalasPadam
  18. amboi, panasnya nya komen
    saya MAS staf sedap mulut je yg katanya lebai tu mengomen

    yg katanya pegi Beijing buat maksiat tu cakap pasal diri sendiri ke?
    @ dia jenis tak penah kuar dri umah?
    pnh dengar tak 'tuntutlah ilmu walau sampai ke negara china?'
    nampak sgt pendek akal
    macam2 benda ada kat china, itu juga syurga pemborong bg peniaga
    kalau niat nak maksiat, kat genting pun boleh je maksiat,kat mana genting?
    dalam malaysia je kan?

    maaf komen panjang kat sini
    emo lak saya,huhu

    BalasPadam
  19. mcm2 org zaman la ni kak ... tak kena kat adik beradik sepupu sepapat depa bulih la dok buat kemaih macam tu.. cuba kalao salah sorg tu ada kaitan dengan depa rasa nya depa tak bok kluaq statement bodoh mcm tu

    BalasPadam
  20. Setuju tu JA...cuba kalau dalam perut kapai terbang ahli keluarga kita...tentu tak sanggup kita nk cakap macam tu kan ...
    Moga mereka selamat kembali....tiada yg mustahil kalu Allah mengkhendaki...

    BalasPadam
  21. assalamualaikum tuan tanah...tumpang komen sat...
    org mcm tu blom prnah mrase khilangan org yg trsayang kot....
    main sdap jari die je nk taip ikut suka hati die...x amek kire sensitiviti kaum kluarga yg terlibat.....
    kami dr kluarga besar MAS pon ckup sdih dgn brita ni....
    psal nk buat maksiat tu pon 1 hal jgak....ape ke bengap sgt laa.....(kn da kene)
    kite siapa nk jatuh kn hukum pd org lain???
    rmai yg tny sy ape crita terbaru MH370?jwpn yg sy bg ckup snang...ko tgok je berita kt tv....
    ape2 pon sme2 la kite doakan MH370 kembali dgn slamat....

    #prayforMH370

    from:nazirul sepang

    BalasPadam
  22. Main taip je kan dorang nih..tak tau hujung pangkal main komen je sesedap hati...
    Kalau nk buat maksiat, takyah pg oversea dah, kat msia pun boleh..baik dok diam2 jgn komen ape2..

    BalasPadam