Tak Ada Air?

9:51 PG JunAina 8 Comments


4.20am penggera pertama berbunyi, 4.35am penggera kedua pula berbunyi cepat-cepat bangun. Siapkan rutin harian. Sebelum subuh mandi, menyambil juga memasak dan mengemas mana yang patut. Termengah-mengah, berpeluh tapi badan mentain jugak gitu.


7.10am ambik kunci kereta bergegas keluar ada jiran di depan koridor. Menegur dalam mengejar masa. Jiran atas sepasang suami-isteri berbangsa Cina bawak tuala dari bawah.
'Joging ke Ping-Ping'
'Apa joging. Air tatak la. Pigi mandi kilang (tempat suami dia bekerja kat Kajang Utama jugak).
'You tak tau air tak ada, tatak masak ke ini pagi'
Aku sengih, malas dah nak layan karang lambat pulak anak-anak ke sekolah.


Haipppp...tepuk-tepuk dahi. Patutlah selepas pukul 6am tangki air senyap sahaja, kebiasaannya berbunyi je isi semula air tangki. Singki dapur saya rosak (direct pipe) jadi saya tak perasan ada air atau tidak. Letih...letih... Jumaat, Sabtu dan Ahad banyak baju nak didobikan. Banyak aktiviti perlukan air.


Masalahnya datang secara tiba-tiba. Tiada notis dari Syabas yang sampai. Tetap bersyukur sebab saya baru pagi ini tak ada air tapi orang lain dah sebulan menderita. Lepas ini saya kena gigih angkut air naik tingkat 2 itupun kalau ada lori tangki hantar air ke sini.


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Akak tulis perkataan penggera tu saya imagine penggera untuk darurat masa perang tu ha.

    BalasPadam
  2. kak anim lagi patut lebih bersyukur. walaupun cuaca kat sp panas betul (maklum..keliling sawah, mana ada pokok hijau) tapi air masih mencukupi. orang pun dok bazir macam biasa..basuh kereta hari2

    BalasPadam
  3. So kalau ikutkan website SYABAS, kawasan rumah akak mmg patutnya tak terlibat lah ya?

    BalasPadam
  4. tido hotel je kak.. tak pn pi langat tido chalet mcm saya haritu hehehe

    BalasPadam
  5. ada hikmah dan ada juga kaffarah dari Allah swt ; tiadanya air itu disebabkan oleh fenomena alam , perubahan cuaca .. hikmahnya supaya setiap muslim sedar akan kekuasaan yg Maha Agung dan kaffarahnya kepada makhluk secara umum tentang dosa dan kesalahan yang telah dilakukan secara sedar atau tidak tapi kesemua kita merasakan musibahnya. Beristigfarlah kita sebanyak mungkin dan perbaiki diri agar tidak melakukan dosa-dosa..

    BalasPadam
  6. Susahnya kalau tak ada air..
    JB masih ok lagi walau pun sebenarnya tempat akak lama dah hujan-hujan...panas dan kering.

    BalasPadam
  7. umah saya selang 2 hari ade dan takde air..

    BalasPadam
  8. Salam.
    Hehe sekali lagi nak kata , SABO... tadi ustaz kat tv kata panas dgr kalau org kata saboooo.

    BalasPadam