MH370 Hangat Hati

6:14 PTG JunAina 14 Comments


Sepatutnya petang ni memang dah tak ada entri tapi sebab hangat hati punya pasai nak juga menulis. Dari ada muka yang kena penumbuk baiklah saya legakan sedikit tekanan dan rasa menyampah saya kat sini. Tak pasal-pasal saya tambah dosa nanti.


Diskusi petang seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India (bukan rakyat tempatan) sedang berborak. Bagi saya tak kisahlah apa yang diborakkan, yang penting jangan ganggu saya. Tapi yang menyakitkan telinga dan hati saya menggelegak. Melayunya dok bercakap pandai pung pang pung pang lepas tu semua orang tak betoi, ulas sana ulas sini cerita kehilangan MH370 macamlah dia dok pi berenang tengah laut cari mangsa! Rendahkan bangsa sendiri pulak tu! Kata macam-macam. Kalau kita sendiri tak hormatkan bangsa sendiri boleh kita nak minta bangsa lain hormat kita?


Saya bengang sebab cara dia cakap macam dialah pandai segalanya. Tahu apa  yang petugas tengah buat tengah laut dan di udara. Reti segala peralatan ketenteraan dan kegunaannya. Hang pistol pun tak pernah pegang jangan cakaplah. Kalau setakat pistol air tu pi main jauh-jauh.


Berpelajaran tinggi jadi tolonglah guna akal yang cerdik yang Allah telah berikan untuk kegunaan yang lebih berfaedah. Paling tidak tolong doakan mangsa, tolong doakan keluarga mereka agar tabah dan paling penting tolong doakan misi pencarian MH370 berhasil.


Ya...saya meluahkan rasa marah di sini. Saya harap tidak ada entri terbaru di blog saya tentang kisah MH370 sehingga ada berita gembira yang dibawa. Doa buat mereka.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Assalam,

    Hangat benor nih nampak gayanyer.... depa dok mai perangatkan lagi pulok doh. Tu lah kalu akak pun hangin dan hangat jugak. Yang hangat lagi tu awat dok panggei Raja Bomoh? Cer panggei ulamak ka org2 solleh lagi beriman ka. Awat depa dah tak kenai ka yg mana satu ulamak yg betoi2 waraq dan ....... Yg ada title ulamak skang nih had yg ada pangkat ajer kot. Ulamak fulus. Sampai dok pi panggei bomoh lak. walau bomoh tu bagi alasan guna ayat quran tapi tak akan setaraf doa ulamak2 solleh lagi...... Hah.. tu kan cek dah hangat nih... Peace no war.

    BalasPadam
  2. tu jenis pandai ckp je kak tp habuk pun tarak

    BalasPadam
  3. Huhuhu... tak tau nak kata apa....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Dahhhhhh 2 orang dok hangat hati hu hu hu hu
    Daku pun hangat hati jugak...tapi masih boleh tahan ni. Tak mau tambah jadi 3...kang terbakooo payah nak panggil bomba.

    sebaiknya, kita doakan yang terbaik untuk MH370

    BalasPadam
  5. Apalah mmat tu ckp ek saampai marah betul tu. Sbb tu jm x suka lelaki melayu sbb cara ckp tu x berkenan cam x guna akal opsss habislahhh tx semua kanp

    BalasPadam
  6. wah! mmg betul2 hangat hati nih
    sabar lah sis
    org mcm tu ada dimana2
    kdg2 saya pun malu bila mrk sembang dgn bangsa lain dgn merendahkan bangsa sendiri
    kalau ia pun benar, tak payahlah tunjuk sgt
    sabar ye
    meh kita doa sama2 moga mh370 pulang dgn selamat

    BalasPadam
  7. Bagi lah sedas dua geng...ckp pandai sgt...tolong doa ada gak dpt pahala...

    BalasPadam
  8. Perangai biasa bagi orang yang mentaliti mereka rendah. Kalau diam aje nanti ingat tak ikuti perkembangan pulak. Jadi baik la bercakap walaupun tak betul semua yang dikatakan.

    BalasPadam
  9. macam2 spekulasi dengar dah.... --geleng kepala--

    kita doakan yang terbaik untuk mereka yang hilang.. mereka yang mencari dan buat kita semua...

    semoga di permudah kan segala urusan....

    BalasPadam
  10. marah betul nih nampaknyer... sbr ye kak.... tp gitulah kadang org tau komen je... sama lah ngn dana mcm kt opis nih, mcm2 spekulasi ada... konon sbb itulah sbb ini lah, cara ckp tuh mcm dh penah bt misi mencari n menyelamat je sebelum2 nih... dr kita ckp yg bukan2 baik kite doakan mereka semua selamat n diam je kan

    BalasPadam
  11. Kak jun...aduyaiii inilah yg menjelikkan sgt...bila ckp mcm dia pandai segalanya...semua org x betul...bahaya ni nak buat kawan...nsb akak terdengar jek...harap sgt MH307 Allah lindungi...amiinnn

    BalasPadam
  12. saya dah naik malas nak baca gossip tak berapa nak tentu hala kak..baca lepas tu buat tak tau.. semoga cepat ditemui..

    BalasPadam
  13. tlalu banyak spekulasi kan kak. diam dan doa. thats the best way.

    BalasPadam
  14. Okje pun tumpang marah ni....ingat senang ke nak cari MH370 yg tak tahu biji butirnya kat tgh laut tu....cakap mmg le senangkan JA....

    BalasPadam