Bertingkek-Tingkek

11:30 PG JunAina 20 Comments


'Mama mengandung ke?' soalan cepu emas anak buah kala berada di kampung. Cis kek betullah.
'Mana ada'
'Habis tu pasai apa perut mama tu nampak besar?'
'Fesyen' ahahhaaaa...tak boleh blah betul jawapan tu.

Semalam terserempak seorang kawan dalam lif kami bekerja di lantai berlainan.
'Jun, lama tak nampak. Awak nampak macam dah bulat.'
'Ye ke? Senang hati kot'
'Dagu pun dah nampak berlapis'
Hahhaaaa...saya gelak je.

'Abah tengok le ni perut mama dah ada 3 tingkat'
'Elok le tu kenalah dengan lagu 'bertingkek-tingkek' yang anak-anak dok nyanyi tu'
'Apalah abah ni tak memberi motivasi langsung, malam ni tidur luar; ahahhaaa...

Kenyataannya badan saya meman naik sekarang. Jarum penimbang sudah mencapai angka 60. Baju-baju lama saya juga sudah mula agak sendat. Sebenarnya saya tak kisah sangat kalau badan naik sikt tak delah kurus macam orang-orang di tenagah sawah. Masalahnya saya jadi tak selesa bila duduk, seolah-olah ada sesuatu menongkat di dada (perut dah naik sikit katanya). Bila memandu pun rasa tak sedap je kena tolak seat kebelakang lebih sikit. Panjat tangga ke tingkat dua rumah saya pun tercunggap-cunggap.

Sit-up dah lama tak buat, jogging jauh sekali. Kena kuatkan azam, bila umur meningkat metabolisma badan pun berkurang jadinya kena usaha lebih. Tahun baru Hijrah baru beberapa hari berlalu eloklah berazam untuk jaga kesihatan sebaiknya.


You Might Also Like

20 ulasan:

  1. Moga bahagia di hari yg mulia ini. Agaknya kalau Jun jumpa mama terkejut tgk mama...
    heh nak jawab sikit...
    Cendul mana pun rasanya sedap kalau serba serbi seimbang bahan2nya, tak lokek letak bahan..

    BalasPadam
  2. memang 'menci' kalau ditegur badan naik..kalau dikata kurus..kembang hidung..:)
    kalau org lain cakap..saya tak kisah sgt...tp kalau suami saya sendiri yg cakap..mau tarik muncung sedepa...

    BalasPadam
  3. Blognya orang malaysia ini ya!
    izin simak dulu ya kakak!
    :)
    izin follow blognya juga ya!

    BalasPadam
  4. Biasa lah aina, as you age...tak makan (i mean x makan banyak) pun badan naik juga...mungkin lah juga ada kena mengena dgn metabolic kan...sabo je lerrr...

    BalasPadam
  5. Hihiii..sama je cm saya..yg pling x bole blahh tang perut tu,rasa nk potong je masak gulai..hahaha

    BalasPadam
  6. saya rasa ok lah kot kalau berat akak naik sikit, nampak lagi comel...kalau kurus sgt pun tak cun lah kan...

    BalasPadam
  7. nampak cam slim jer kak~
    hehehehe.

    BalasPadam
  8. fesyen mcm tu memang nmpak perut naik. walhal perut Aina tu tk da brlapis pun..saya tau,you tk gemuk, just nice saja.kalau kurus sgt tk cntik pulak. saya pun lama dh tk exercise..krja bnyak sgt.tak dan.

    BalasPadam
  9. bila bdn berat..lemak dah melekat..lg susah nk turun berat semula..jaga2 kak..hahah

    BalasPadam
  10. dulu2 kesah kalau ckp gemuk tapi leni dah imune. hahaha!!!jawapan klise. alhamdulilah cukup makan

    BalasPadam
  11. yer betul kak jun...kadang org fikir diet nak jaga body...tapi hakikat nya..bila terlebih weight ni susah jugak...nak buat apa2 cepat semput...nak bangun duduk pun tak laju..mula lah jadi malas nak bergerak..

    BalasPadam
  12. kalo betingkek2 la cantik..tambah2 kalo kek lagi cantik :)
    Fesyen zaman skrg kan bertengkek2 tu.hehe..jom tahun baru azam baru kita usaha lebih skit. :)

    BalasPadam
  13. salam, buek cam manopun, cam tu jugaklah...makin kito sit up semakin dio pula set up

    BalasPadam
  14. betul, hati senang selagi tiada yang tegur. bila ada yang mula tegur, kita pun mula ambil kisah pasal duduk yang menyesakkan dada. trust me kak, saya tahu perasaan itu. huhu

    BalasPadam
  15. berat bdn akak sme ngan sy..skang nak turun kan berat bdn sket

    BalasPadam
  16. hati senang tu akak....wawa pun tengah on diet...sebab ayah dah bising badan lagi besar dari kakak2 yang dah berkahwin huhu

    BalasPadam
  17. Seangkatan lah kta ni Aina..macam dipam pam..nekcik lah tu..manakan tidak ..asyiiik dating jer...makan lambat kenyang..tido senang selalu!!

    BalasPadam