Stress Bila Selalu Berfikir Negatif
Bila keadaan mendesak kita akan sentiasa memusatkan fikiran kita kepada perkara-perkara negatif. Fikiran seolah-olah menolak kemungkinan keputusan positif dalam setiap perkara. Bila penolakan berlaku makanya tidak akan ada sesuatu yang positif pun yang boleh kita terima pakai sebagai penenang hati.
Saya kerap berada di dalam keadaan seperti itu. Berfikiran negatif terhadap perkara yang berlaku di dalam hidup dan terus-menerus menolak pemikiran positif. Padahal kita tahu berfikiran positif akan sangat mempengaruhi emosi kita. Sekurang-kurangnya dengan berfikir positif emosi kita akan semakin sihat.
Jumaat ini moga kita semua akan sentiasa diberkati. Menjadi insan yang sentiasa positif dalam mengharungi kitaran hidup seharian. Terima setiap ujian secara positif kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita walaupun itu bukanlah kemahuan kita.
Salam istirehat buat semua. Johor dah start cuti Jumaat kah?
Saya akan menjadi sangat positif bila melihat orang yang saya sayang tersenyum gembira macam ini. Mereka ubat jiwa paling mujarab.
bila berfikiran positif insyaallah perkara yg berlaku pon akan sentiasa positif
BalasPadamjangan stress...releks2..enjoy....
BalasPadamsentiasa berfikiran positif..berbaik sangka...
BalasPadamawai taun baru coti jemaat....
BalasPadamjangan stress2 kak.... nanti tak awet muda......hehehehee
setuju! kalau kita berfikiran positif..insya allah kita akan sentiasa bersangka baik dengan Allah.. percaya yang setiap cabaran ada jalan penyelesaiannya dan Allah akan sentiasa membantu hambanya..
BalasPadamterapi minda kan sis bila tengok yang tersayang ada bersama kita & happy bersama kita.. rasa dunia ini aku yang punya :))
BalasPadamRasanya Johor effective nxt year kot yang jumaat cuti tu.. ke saya salah?? hehehe
Kalau boleh memang nak +ve aje Aina, tapi minda kita kadang tersasar lupa.
BalasPadamJohor mula cuti Jumaat January 2014 Aina. Tapi kakak kerja swasta dan related kerja semuanya keluar negara kena cuti Sabtu dan Ahad juga. Itu yg tak best anak dan hubby kakak cuti Jumaat/Sabtu tak sama dgn kakak.
Betul kak,
BalasPadamsaya pun kadang suka berfikiran negatif last2 saya sendiri yang stress..
kena slalu motivasikan diri kot. ehe...salam jumaat :)
Aina, saya pun sama suka pikir walaupun bnda2 remeh..memang dh cm tu tk boleh ubah..
BalasPadamsalam kak JA,
BalasPadambila kita terasa stress.. pergi kepada org yg banyak keluarkan tenaga positif.. aura positif tu boleh kurangkan stress kita.. jgn menambahkan stress sedia ada dengan menyerap aura negatif dari org2 yg sentisa bersedih, murung, buruk sangka, pendengki .. dll yg sewaktu dengannya..
naik motor pun boleh hilang stress kan..??
bila Selangor dan KL nak mula eh?
BalasPadambetul tu aina...dalam apa jua keadaan, selalunya mereka tersayang menjadi penyelamat
BalasPadamTak boleh larilah JA dpd berfikiran negative kadang tu terbabas gak!
BalasPadam